12/03/2026
Doktor… mula-mula anak saya je demam.
Beberapa hari selepas cuti raya, satu keluarga datang ke klinik.
Ibu tersebut bercerita,
“Mula-mula anak saya yang kecil demam.
Kami ingat selesema biasa sebab baru balik dari rumah saudara masa raya.”
Tetapi dalam masa 2–3 hari sahaja, keadaan berubah.
Anak kedua p**a mula batuk dan demam.
Ayah p**a mula sakit badan dan menggigil.
Akhirnya hampir satu keluarga dijangkiti.
Selepas pemeriksaan, rupanya jangkitan influenza.
Ini sebenarnya sangat biasa berlaku selepas musim perayaan.
Semasa raya:
🏠 Kita berkunjung dari rumah ke rumah
👨👩👧👦 Berkumpul dengan ramai ahli keluarga
🤝 Bersalam dan berinteraksi rapat
✈️ Ada juga yang bercuti dan travel jauh
Dalam keadaan ini, virus influenza mudah merebak dalam keluarga.
Kadang-kadang bermula dari seorang kanak-kanak,
kemudian menjangkiti seluruh ahli keluarga.
Sebab itu setiap tahun saya selalu nasihatkan pesakit:
💉 Ambil vaksin influenza sebelum musim cuti atau perayaan.
Vaksin membantu:
✔️ Mengurangkan risiko jangkitan
✔️ Mengurangkan simptom yang teruk
✔️ Melindungi anak-anak dan warga emas
Raya sepatutnya masa untuk bergembira bersama keluarga,
bukan masa untuk demam dan batuk satu rumah.