26/09/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pelanggan-Pelanggan (Deponen) Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Wangsa Maju. Saya Taib Bin Ahmad akan menamatkan perkhidmatan saya sebagai Pesuruhjaya Sumpah Wangsa Maju mulai 08 Oktober 2022, kerana faktor umur yang telah mencapai 66 tahun. Di sini saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang pernah datang ke Pejabat saya. Sekian.
Rujukan: Umur Persaraan sebagai Pesuruhjaya Sumpah:
"Seseorang itu layak dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah jika dia telah mencapai umur dua puluh satu tahun tetapi belum mencapai umur enam puluh enam tahun" [2 (c), muka surat 3, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018].