The Beauty Of Hijama

The Beauty Of Hijama Perkhidmatan bekam sunnah Dan urutan Dari rumah ke rumah..anda tak perlu bersusah payah utk keluar Kami datang kepada anda.

Preparation for 2 slot head cupping tonight..Kami Masih beroperasi Dalam diam sebenarnya ๐Ÿ˜Š kerana kekangan masa Dan tuga...
29/08/2018

Preparation for 2 slot head cupping tonight..Kami Masih beroperasi Dalam diam sebenarnya ๐Ÿ˜Š kerana kekangan masa Dan tugas2 hakiki Kami fokus pada regular customer Dan kawasan berdekatan sahaja..Terima kasih kerana mempercayai service the beauty of Hijama..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
DAN YAKIN REZEKI ITU SENTIASA ADA... #

17/05/2018

*BERBEKAM KETIKA PUASA*

JOHOR BAHRU: : "Boleh ke berbekam ketika puasa? tak batal puasa ke?" tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam.

Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama. Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.

Berbekam ketika puasa lebih baik

Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Rawatan Terapi Al Azhar, Johor Bahru, Dr Muhammad N. Azhar.

Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak.

Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.

"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit", katanya menjelaskan perkara itu.

Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

Malah katanya rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.

Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.

"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.

"Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih", katanya kepada Bernama.

Waktu pagi paling sesuai

Suhaimi berkata waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7.00 hingga 11.00 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan.

"Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan.

"Namun kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Oleh itu bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam", katanya.

Bagaimanapun ada juga yang tetap ingin melakukan rawatan bekam pada waktu petang. Ini kerana menurut Ibnu Sina yang merupakan pakar sains Islam, rawatan bekam yang paling sesuai dilakukan adalah sekitar pukul 3 petang kerana ketika itu cuaca panas dan saluran darah akan mengembang, memudahkan untuk mengeluarkan darah pada urat-urat kecil di bawah kulit berbanding waktu pagi.

Namun katanya bagi mengelakkan risiko, beliau akan mengurangkan cucukan jarum pada setiap titik bekam daripada 30 cucukan kepada antara 10 dan 15 sahaja.

Yakin berbekam ketika berpuasa

Seorang daripada yang mengamalkan rawatan bekam ketika berpuasa ialah Osman Sulaiman, 64, yang sering menghadapi bengkak di kaki selain lesu di badan.

Pada awalnya beliau turut ragu-ragu untuk berbekam pada bulan puasa kerana dibimbangi boleh membatalkan puasa.

"Setelah membaca hukum yang diputuskan tentang amalan berbekam, baharu saya tahu dan yakin untuk berbekam", katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berbekam setiap tiga bulan, sejak tahun lepas setelah diberitahu oleh rakannya kebaikan perubatan tersebut yang mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.

"Bila sekali cuba, terasa badan ringan dan sihat. Jika bulan puasa saya lakukan pada waktu pagi sekitar pukul 10 pagi. Tidak ada perbezaan pun ketika berbekam bukan waktu puasa dan ketika bulan puasa.

"Alhamdulillah bengkak pada kaki saya juga semakin sembuh dan mudah untuk saya beribadat ketika bulan Ramadan", katanya.

Rawatan untuk pelbagai penyakit

Menjelaskan kebaikan rawatan bekam, Suhaimi berkata selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun tidak semua darah itu akan dapat dikeluarkan.

Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.

Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan urik asid, urea dan toksin.

Apabila sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk, katanya.

Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan beragama Islam, tetapi juga kaum lain yang semakin mengetahui kebaikan berbekam.

"Ramai pesakit saya yang datang adalah dari kaum India dan Cina. Ia bukan untuk orang Islam sahaja. Semua orang boleh mendapatkan rawatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk seluruh umat", ujar Dr. Muhammad N.Azhar yang berharap rawatan bekam akan diterima lebih meluas lagi dalam masyarakat Malaysia.

16/05/2018

Salam Ramadhan Dari Kami The Beauty of Hijama. Sama-sama Kita pertingkatkan amalan Di Bulan yg mulia ini.

Alhamdulillah.. selesai slot Hari nie. Terima kasih kerana percayakan Kami untuk rawatan Bekam kesihatan. Mereka sudah.....
11/05/2018

Alhamdulillah.. selesai slot Hari nie. Terima kasih kerana percayakan Kami untuk rawatan Bekam kesihatan. Mereka sudah..anda bila lagi...? ๐Ÿ˜Š
#
#

07/05/2018

Esok lepas mengundi...Jom Kita buat bekam Pula...hilangkan stress memikir siapa Yang menang..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜
#0163709271 #

06/05/2018
Terima Kasih kerana percayakan Kami. Sama-sama Kita memartabatan rawatan bekam kesihatan.  #  #  #  #  #
06/05/2018

Terima Kasih kerana percayakan Kami. Sama-sama Kita memartabatan rawatan bekam kesihatan.
#
#
#
#
#

Alhamdulillah...terima kasih kerana menjadikan The beauty of Hijama sebahagian Daripada team KOHIJAB.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
06/05/2018

Alhamdulillah...terima kasih kerana menjadikan The beauty of Hijama sebahagian Daripada team KOHIJAB.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

06/05/2018

Menanti 2 slot bekam Hari nie ๐Ÿ˜Š
Terima kasih kerana percayakan The beauty of Hijama.

05/05/2018

Koperasi Hijama Berhad...in the making..Sama Kita melestarikan rawatan Hijamah ke Mata dunia..

05/05/2018

Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun mengatakan: โ€œDiperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan karena cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan karena bisa jadi cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh karena itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya karena Gaya Gravitasi Bulan yang sangat Kuat saat pertengahan Bulanโ€

Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahwa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik karena dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan-makanan berat 3-4 jam sebelumnya.

1. Dari Abu Hurairah radhiallaahu โ€˜anhu, Rasulullah SAW bersabda: โ€œBarangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.โ€ (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

05/05/2018

Martabatkan Hijamah...

Address

Taman Abadi Indah, Jalan Kelang Lama
Serdang
58100

Telephone

0163709271

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Beauty Of Hijama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram