11/11/2016
----------------------------------------------------------------------------
Cara Merawat Kencing Manis Secara Tradisional Dan Alami
----------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya banyak ulam ulaman tempatan kita cukup hebat dalam merawat masalah kencing manis ni seperti buah petai dan jering, dimana dua-dua ulaman ini bersifat kelat
1. Buah petai, selalu makan 2 3 biji pada setiap kali makan. Jangan lebih boleh merosakkan buah pinggang.
2. Pucuk petai siam, selalu makan dijadikan ulam.
3. Akar manggis, 1 jengkal,direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1/3 airnya. Diminum 1/4 cawan. 3 kali sehari selama 3 hari.
4. Kayu tebu gajah, 3 kerat, direbus dan diminum. (kurang digalakkan bagi pesakit darah rendah kalau selalu (meminumnya).
5. Daun sirih serta sulurnya, direbus 7 helai, diminum.
6. Dedalu yang tumbuh di atas pokok limau nipis, direbus dan minum (Mujarab).
7. Buah tamar serta bijinya ditumbuk sebanyak sekilo dimakan selama 3 hari. (Mujarab).
8. Kulit kayu manis, diasah dan diminum.
9. Pokok misai kucing, direbus segengam dan diminum.
10. Akar nipah,direbus segengam dan diminum.
11. Akar lalang secekak direbus diminum
12. Teberau (tebu hutan) direbus 3 ruas (dibuang bukunya) diminum (berhenti minum jika dah pulih, kerana meminum air akat teberau secara serius boleh melemahkan tenaga batin.
13. Pelepah betik yang kuning (hampir gugur) direbus 3 pelepah dan minum.
14. Akar mempelas, dipotong sulurnya ditadah airnya diminum 1/4 cawan 3 kali sehari.
15. Isi kelapa hijau kehingusan dimasak sehingga menggelegak kemudian masukan serai 7 batang. Minum ketika suam 1 gelas 3 kali sehari.