Tanya Dietitian

Tanya Dietitian An Alternative Way For You To Find Information On Diet And Nutrition

https://geefiwellness.com/ Malaysians registered dietitians, health advocate

Ask away

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar l...
03/07/2024

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥

Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar la cerita pasal sakit buah pinggang dah tahap kena dialisis, diabetes teruk dari gemuk sampai keding badan. Dulu kerja tukang rumah, sekarang dah tak bekerja. Hanya harapkan duit bantuan RM450 sebulan & gaji isteri bekerja kampung RM30 sehari.

Riak wajah memang kesian & dia sendiri menyesal sangat² tak jaga kesihatan. Mulut dia tak berhenti duk pesan minta jaga anak² jangan bagi makan benda merapu, cekedis, air gas, manggi. Sebenarnya dia sendiri terkejut, bila pergi jumpa Dr tu buah pinggang dah tahap teruk. Tak sempat ikhtiar buat apa dah nak kena standby cuci.

Sekarang rutin mingguan 3x seminggu wajib kena dialisis. Yang paling sadis, dia bagitau kat pusat dialisis dah ramai anak² muda pun kena dialisis dah 😭😭. Tu yang dia pesan sungguh-sungguh. Sebab menyesal sangat dah sekarang.

Masa dia muda dulu makan ikut sedap mulut je. Apa orang kata tak kisah dah, janji tertunai selera, semua bedal. Sekarang menyesal tak nampak jalan dengan isteri masih muda 30-an, anak 2 orang kecil masih bersekolah.

Bayangkan perasan hati seorang lelaki bila tanggungjawab sebagai suami & ayah tak dapat nak buat betul-betul. Boleh tertekan dan rasa diri tak berguna 🥹

p.s: kalian minta sangat pantau apa yang anak² makan kat sekolah, apa yang dia beli. Kat luar pagar sekolah, dah macam² penjual. Depa kadang kenyang makan benda merapu. Dan tolong sangat cakna buat SARINGAN pemeriksaan darah bila dah cecah masuk 30-an.




[ INSULIN RESISTANCE ]
23/11/2023

[ INSULIN RESISTANCE ]

Gula tinggi (diabetes) adalah simptom. Penyakitnya ialah Insulin Resistance.

Bila kita mula memahami keadaan ni.
Fokus kita mula beralih kepada rawat penyakit (insulin resistance) bukan lagi hilangkan penyakit (gula tinggi)

Bila fokus rendahkan gula darah, memadai dengan telan metformin, herba atau cucuk insulin. Tapi masalah belum selesai dan dibaiki ke akar umbi.

Terlebih insulin menyebabkan 🔜 obesiti

Terlebih insulin terlalu lama menyebabkan insulin resistant 🔜 Irreversible diabetes

Terlebih insulin menyebabkan salt and water retention 🔜 sembab dan hypertension

Terlebih insulin (anabolic hormones) menyebabkan lebih activity tumbesaran 🔜 possible cancer

Punca terlebih insulin ialah lebih carbs dan gula

ACTION PLAN:
•Go low carbs dan berpuasa
•Elak semua karbohidrat ringkas
•Fokus kepada karbohidrat kompleks & makanan padat nutrisi
•Elak makanan radang
•Memahami bagaimana fungsi badan bekerja

Klik link untuk dibantu:
geefiwellness.com

Sila ikuti Group Telegram IFHD kami untuk tips-tips kesihatan dan diet pemakanan di: https://t.me/ifhd_official




D I A - B E T E S1. Ramai tak faham medical report2. Kebanyakan buntu & tidak ada idea apa disebaliknya3. Soalannya bera...
22/01/2022

D I A - B E T E S

1. Ramai tak faham medical report
2. Kebanyakan buntu & tidak ada idea apa disebaliknya
3. Soalannya berapa ramai orang tahu pemakanan mampu reverse keadaan ?

Soalan diatas sangat sensitif. Kita bincang dalam kelas ya.

Kelas PERCUMA. Seat terhad.
Rujuk bahagian KOMEN untuk pendaftaran okey 🤗


*KURSUS INTENSIF KESUBURAN*Tarikh yang dinantikan oleh ramai wanita yang bergelar isteri diluar sana..Isteri-isteri yang...
28/10/2020

*KURSUS INTENSIF KESUBURAN*

Tarikh yang dinantikan oleh ramai wanita yang bergelar isteri diluar sana..

Isteri-isteri yang sedang menantikan zuriat atau cahaya mata.

👶 Adakah anda sudah lama berkahwin tapi belum punyai zuriat?
👶 Sudah mencuba pelbagai cara dan perasaan putus asa + menyerah takdir sahaja mulai menyelinap tanpa ingin berusaha lagi?
👶 Sudah bosan dengan janji manis dari produk - produk kesuburan di pasaran

⚠️ atau anda sudah lakukan pemeriksaan suami isteri dan hasilnya

📝 anda mempunyai fibroid yang besar
📝 hormone FSH atau LH (hormone kesuburan ) tidak stabil
📝 period tak teratur sekejap datang sekejap tak datang..datang p**a banyak dan diantara period ada pendarahan kecil
📝 doktor kata ada PCOS
sebab tu berat payah nak turun
📝 ada endometriosis kronik dan sakit senggugut
📝 suami p**a keputusan air mani tak cantik
📝 masalah saluran tube sumbat
📝 masalah “unknown infertility “ atau bahasa melayu kata dah cek semua okay tapi tak hamil juga
📝 hamil tapi gugur banyak kali
📝 ada ketumbuhan di rahim seperti polyps

Ditambah p**a:
😰Anda mulai sedih melihat sahabat lain dapat anak
😰Sedih melihat saudara mara meraikan anak mereka
😰 Takda orang faham perasaan anda
😰Pernah lakukan IUi dan IVF tapi gagal

Memperkenalkan Kursus Intensif Kesuburan.
Satu-satunya program di Malaysia yang memfokus kepada golongan yang hanya merintih dalam senyap ini..

Ia merangkumi:

✅ Pemahaman terperinci berkenaan anatomi pembiakan dan permasalahan yang menggangu proses kehamilan berlaku
✅ Ilmu untuk membolehkan anda yakin hamil diusia 40-an
✅ Pelajari unsur-unsur yang mencantas kesihatan sistem pembiakan anda
✅ Kenali dengan terperinci 10 makanan larangan yang anda tidak ketahui.
✅ Kenali 10 aktiviti yang merencatkan kesihatan organ pembiakan anda
✅ Apakah persediaan mental yang penting untuk memberi signal positif kepada organ pembiakan kita
✅ Kenali 12 superfood yang memberi kesan luar biasa kepada kesihatan organ peranakan anda
✅ Kenali teknik aktiviti kerohanian yang boleh menyuburkan sistem peranakan anda
✅ Teknik mengenali titik-titik penting di badan untuk merangsang keharmonian sistem perjalanan peranakan kita
✅ Ayat-ayat Al-Quran dan doa penting untuk diamalkan
✅ Bonus anda juga akan menerima buku yang tidak ada jual dipasaran
ia merangkumi:

🌟Buku menu kesuburan
🌟Manual lengkap persediaan siap disusun
🌟Journal catatan
🌟Tips pengurusan kos IVF kepada yang perlukan

💫kesemua buku bernilai Rm299
kerana ia telah diolah kepada 2 bahasa

Kursus ini hanya bernilai RM130 tetapi
masa dan rujukan yang digunakan bernilai puluhan ribu!!!!

Hanya 4 jam sahaja pelaburan anda..
Kami akan melakukan perkongsian tertutup dan mesra ini di zoom.

Butiran seperti berikut:

Tarikh: 31 Oct 2020
Masa : 8.30am tepat-12.30pm
waktu rehat hanya 15 minit pada jam 10am (sekiranya perlu)

⏱Pastikan anda terima link awal sebelum bermula.
✏️ Pastikan anda sediakan pen dan buku untuk mencatat sesuatu untuk ditanya
✏️ Pastikan air kosong atau snek sihat disebelah anda.
✏️ Pastikan anda selesai segala tugasan dan memberikan sepenuh fokus untuk proses ikhtiar hamil anda berjaya insyaAllah.
✏️ Pastikan line internet anda stabil dan anda berada dikawasan tenang bebas gangguan.
✏️ Pastikan anda bersiap secara santai kerana kami perlu melihat anda melalui video semasa proses kursus

Sila dapatkan link segera daripada wakil coach kami segera kerana kami hanya limit kepada 20 pasangan terawal sahaja.

💌Berita baik!!!
Kesemua peserta yang sudah bersetuju akan menerima hadiah istimewa dari Liyana tan sebagai tanda doa semoga anda dikurniakan zuriat dengan amalan dan pengubahan cara hidup baru..

Selamat maju jaya..



07/11/2013

Guna Minyak Sayuran untuk Sihat?

Minyak sayuran selalu dikaitkan baik untuk kesihatan dan digunakan sebagai alternatif dalam masakan bagi menggantikan minyak sawit.....namun sejauh mana kebenarannya. Di dalam perubatan tibb-nabawi iaitu amalan pengubatan melalui kaedah Rasulullah menyarankan agar tidak menggunakan minyak sayuran terutama bagi ibu mengandung.

http://wellnessmama.com/2193/why-you-should-never-eat-vegetable-oil-or-margarine/

Tahu cara untuk menambah berat badan secara sihat? Klik untuk tahu lebih lanjut.
28/08/2013

Tahu cara untuk menambah berat badan secara sihat? Klik untuk tahu lebih lanjut.

Ibu bapa kurus.. anak2 kurus.. ibu bapa berisi anak berisi.. atau sebaliknya???
20/04/2013

Ibu bapa kurus.. anak2 kurus.. ibu bapa berisi anak berisi.. atau sebaliknya???

18/01/2013

Fact or fiction? Fakta atau 'auta'?

Myth: Fresh fruits and vegetables are healthier than frozen or canned.
Fact: Research shows frozen and canned foods are as nutritious as fresh. In fact, since lycopene is more easily absorbed in the body after it has been processed, canned tomatoes, corn and carrots are sometimes better nutrition choices.

Mitos: buah-buahan dan sayur-sayuran segar lebih sihat berbanding yang di sejukbeku atau di dalam tin.
Fakta: kajian menunjukkan makanan yang disejukbeku atau yang bertin lebih kurang sama seperti yang segar. Bahkan, lycopene lebih mudah diserap oleh tubuh setelah mengalami pemprosesan, tomato, jagung dan lobak dalam tin mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.

12/11/2012

Magic pills don’t make you thinner. And the more magic pills you take the more you’re bound to get sick – and then you’ll be on a magic diet. Well, of course herbs cause effects on man. You can get high or you can get low or you can wake up dead – or with a squeaky liver

Supplemen ada bahan kritikal?Apa bahan kritikal yang saya maksudkan?pasti ramai yang tertanya-tanya...tahukah anda dalam...
19/10/2012

Supplemen ada bahan kritikal?

Apa bahan kritikal yang saya maksudkan?
pasti ramai yang tertanya-tanya...tahukah anda dalam penghasilan produk vitamin pihak pembekal bahan mentah untuk vitamin seperti beta-karotene, lutein dan vitamin D menggunakan sedikit gelatin untuk memastikan kestabilan dan jangka hayat bahan aktif ini. Oleh itu gelatin dari sumber sumber babi atau lembu digunakan dalam penghasilan produk
vitamin ini.
Mesej yang penting perlu kita ingat ialah bukan ubat yang berbentuk kapsul sahaja yang mengandungi gelatin, vitamin-vitamin dalam bentuk tablet juga ada yang menggunakan gelatin dalam kandungannya.
Jadi bacalah label ubat sebelum kita membeli, atau lebih senang kita terus bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tempat kita beli.

http://www.halalscience.com/blog/

Pakar Islam Perlu Teroka Vaksin Halal: Pesakit Tiada Pilihan Selain Menerima Ubat Diberi Doktor Tanpa Tahu Status Berdasarkan Kamus Dewan, vaksinBaca Selanjutnya...

apabila terlalu 'berusaha' untuk menurunkan berat badan.. ada yang x amek peduli apa yang mereka telan... THERE'S NO SUC...
19/10/2012

apabila terlalu 'berusaha' untuk menurunkan berat badan.. ada yang x amek peduli apa yang mereka telan... THERE'S NO SUCH THINGS LIKE MAGIC PILL'... come on human.. you can make a different with your own efforts! Live a healthy Life Style, eating right and do your exercise!

3 ejen ‘herba ajaib’ diserbu

KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.


“Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.


Beliau berkata, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat pengiklanan melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka menggunakan pos laju.

“Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.


“Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.


Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai mencecah RM70,000 dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain dipercayai pil vitamin mengandungi racun Dexamethasone dan Hydroquinone untuk mencerahkan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19

http://www.hmetro.com.my/articles/3ejen__8216_herbaajaib__8217_diserbu/Article

why need products when we can get it fresh and healthier?
17/10/2012

why need products when we can get it fresh and healthier?

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanya Dietitian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram