Pusat Latihan & Konsultansi KP MAIWP

Pusat Latihan & Konsultansi KP MAIWP Pusat Latihan & Konsultansi Kolej Profesional MAIWP

SEDANG BERLANGSUNG !!!!Kursus Profesional Halal Executive Training Program (PHETP) sesi 2/2025. Program ini berlangsung ...
06/11/2025

SEDANG BERLANGSUNG !!!!

Kursus Profesional Halal Executive Training Program (PHETP) sesi 2/2025. Program ini berlangsung dari 3 - 14 November 2025 secara fizikal (Face to Face).

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai 12 Orang peserta Dari kalangan pemain Industri Dan Alumni KPMAIWP.

Program ini bertujuan bagi para peserta mendalami ilmu berkaitan HALAL. Sasaran utama program ini adalah kepada pihak industri yang berminat untuk melantik Halal Eksekutif di kalangan pekerja mereka atau orang perseorangan yang hendak memajukan diri dengan memperolehi Sijil Profesional Eksekutif Halal yang sah dan dikeluarkan oleh PIHAK Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM.

Pentingnya sesebuah syarikat yang ingin memohon pensijilan halal, melantik Eksekutif Halal yang diiktiraf / memiliki sijil untuk melaksanakan tugas-tugas hal ehwal HALAL.

Kursus ini dijalankan oleh Trainer yang cukup berpengalaman dalam Industri.

Pendaftaran bagi Sesi 3/2025 telah dibuka
Tempat adalah Terhad. Ayuh daftar sekarang
https://forms.gle/WbVYavzehT4iX5g17

Atau emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPMAIWP TRAINING & CONSULTANCY

PERTUBUHAN PENYEDIA LATIHAN HALAL MALAYSIA (MYPLH)TEGAS MENOLAK PENGGUNAAN ISTILAH “MUSLIM CHOICE”YANG BOLEH MENGGANGGU ...
05/11/2025

PERTUBUHAN PENYEDIA LATIHAN HALAL MALAYSIA (MYPLH)
TEGAS MENOLAK PENGGUNAAN ISTILAH “MUSLIM CHOICE”
YANG BOLEH MENGGANGGU KREDIBILITI SISTEM HALAL NEGARA

Pertubuhan Penyedia Latihan Halal Malaysia (MyPLH) menegaskan pendirian menolak sebarang penggunaan atau promosi istilah “Muslim Choice” yang cuba disamakan, dipadankan atau ditampilkan sebagai setara dengan pensijilan halal rasmi Malaysia.

MyPLH berpandangan bahawa penggunaan istilah ini berpotensi mengelirukan pengguna dan pemain industri, serta menjejaskan kredibiliti, kejelasan dan konsistensi sistem halal Malaysia yang telah lama menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.

Sebagai pertubuhan yang terlibat dalam pembangunan kompetensi, standard dan pematuhan halal, MyPLH menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia yang dikawal selia oleh agensi berautoriti seperti JAKIM dan JAIN merupakan satu-satunya sistem sah yang diiktiraf di bawah rangka undang-undang negara iaitu Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Penggunaan istilah “Muslim Choice” tanpa prosedur audit, verifikasi, pengawasan teknikal, standard kawalselia dan pematuhan dokumentasi yang jelas adalah tidak mempunyai asas perundangan, serta membuka ruang kepada salah tafsir, manipulasi label, dan risiko penipuan pengguna.

PENDIRIAN RASMI MYPLH

- Pensijilan Halal Malaysia kekal sebagai rujukan tunggal dan sah bagi semua tuntutan halal dalam produk, premis, operasi dan perkhidmatan.
- Sebarang penggunaan atau promosi istilah seperti “Muslim Choice” mesti diteliti dari sudut perundangan, standard dan kapasiti kawal selia, serta mendapat semakan dan penetapan jelas daripada pihak berautoriti seperti JAKIM.
- Masyarakat dan industri perlu diberi penerangan yang tepat mengenai perbezaan di antara “Halal Certified” dan istilah pemasaran seperti “Muslim Choice”, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir dalam pasaran.

MyPLH komited untuk mempertahankan integriti dan ketelusan sistem halal Malaysia, memperkukuhkan literasi halal di kalangan penyedia latihan dan industri, serta memastikan penggunaan terminologi halal kekal konsisten, berautoriti dan mematuhi undang-undang selari dengan dengan kenyataan rasmi JAKIM pada 2 November 2025 yang lepas bahawa penggunaan istilah “Muslim Choice” oleh Muslim Friendly Watch (MFW) berpotensi menimbulkan kekeliruaan dalam kalangan pengguna Muslim.

Pertubuhan Penyedia Latihan Halal Malaysia (myPLH)

SEDANG BERLANGSUNG!! KURSUS TTEC (Travel & Tours Enhancement Course) | 15 OKTOBER 2025Hari ini telah berlangsung Kursus ...
15/10/2025

SEDANG BERLANGSUNG!! KURSUS TTEC (Travel & Tours Enhancement Course) | 15 OKTOBER 2025

Hari ini telah berlangsung Kursus TTEC yang dihadiri oleh 20 wakil agensi pelancongan dari seluruh negara. Program ini merupakan kursus wajib bagi syarikat pelancongan yang ingin memperbaharui lesen dengan MOTAC, bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap dasar, akta dan garis panduan terkini industri pelancongan.

Kursus ini turut menampilkan tiga penceramah jemputan daripada:
🏛️ MOTAC
🌏 Tourism Malaysia
🎓 ATTiM

Antara modul menarik yang dikongsikan termasuk:
✅ Tourism Industry Act
✅ MOTAC Guidelines for Travel Agencies
✅ Tourism Promotion & Marketing Updates
✅ Current Issues & Best Practices in Tourism Industry

Program yang padat dengan ilmu ini membuka ruang perkongsian dan perbincangan interaktif antara wakil industri dan pihak berkuasa pelancongan — selaras dengan usaha memperkukuh profesionalisme dan daya saing sektor pelancongan negara.

Terima kasih
AA MALDIVES TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
AET TRAVEL & TOURS MALAYSIA SDN. BHD.
AL ASYWAQ TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
ANPEC TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
ASIA ANGGUN ADVENTURE SDN BHD
GLOBETROTTER LEISURE SDN. BHD.
GRAND CENTURY TRAVEL AND TOURS SDN BHD
JET KERTAS TRAVELS SDN. BHD.
JUNGLE PLANNER TRAVEL & TOURS SDN. BHD
MAYYUN TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
MKJ TOURS SDN BHD
MKJ TOURS SDN. BHD.
MY TOUR HOLIDAYS SDN. BHD.
OZONE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
SANTHI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
TERBANG BERSAMA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
TROPICAL CHARTERS SDN. BHD.
UHY(MM2H) SDN. BHD.
URE NET LEISURES HOLIDAYS SDN. BHD.
XPLORA TRAVEL SDN. BHD.
YASHWANT ADVENTURE AND TOUR SDN. BHD.

Sebarang pertanyaa dan inginkan maklumat lanjut boleh emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPMAIWP TRAINING & CONSULTANCY

🕌 MAIWP Pavilion : Menyinar di Pentas Dunia🌍KUALA LUMPUR, 20 September 2025 – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS...
23/09/2025

🕌 MAIWP Pavilion : Menyinar di Pentas Dunia🌍

KUALA LUMPUR, 20 September 2025 – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-21 yang berlangsung di MITEC telah menyaksikan penglibatan aktif MAIWP melalui MAIWP Pavilion yang menjadi tumpuan ramai.

KPMAIWP melalui Pusat Latihan dan Konsultansi memberikan khidmat nasihat berkaitan Industri Halal kepada para pengunjung.

Selain itu, para pelajar Antarabangsa KPMAIWP yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) turut memeriahkan booth MAIWP Pavilion.

Kredit photo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Kami berada di   Tingkat 3, Hall 9 - Hall 11 dari 17 - 20 September 2025Kami di Pavillion Majlis Agama Islam Wilayah Per...
17/09/2025

Kami berada di Tingkat 3, Hall 9 - Hall 11 dari 17 - 20 September 2025

Kami di Pavillion Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ayuh dapatkan konsultansi dan maklumat tentang Halal di Malaysia.

PROFESIONAL HALAL EXECUTIVE TRAINING PROGRAM (PHETP)📢 Adakah anda berminat untuk menjadi Pakar Halal yang diiktiraf?✅ In...
02/09/2025

PROFESIONAL HALAL EXECUTIVE TRAINING PROGRAM (PHETP)

📢 Adakah anda berminat untuk menjadi Pakar Halal yang diiktiraf?
✅ Ingin memahami standard halal yang diiktiraf di peringkat global?
✅ Mahu meningkatkan kelayakan profesional dalam industri halal?
✅ Berminat untuk menceburi kerjaya sebagai Halal Executive yang berkelayakan?

Jom sertai Halal Executive Training Program kami! 🌿

Program ini direka khas untuk membimbing anda dalam memahami:
🔹 Prinsip & Piawaian Halal mengikut MS1500:2019
🔹 Prosedur Pensijilan Halal Malaysia & keperluan JAKIM
🔹 Sistem Jaminan Halal (HAS) yang wajib dipatuhi oleh industri
🔹 Peluang kerjaya & perniagaan dalam sektor halal

🎯 Kenapa Anda Perlu Sertai?
✔️ Latihan dari pakar industri halal yang bertauliah
✔️ Modul interaktif & hands-on untuk pemahaman yang lebih mendalam
✔️ Sijil Penyertaan untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran kerjaNetworking bersama profesional & pemain industri halal

📅 Tarikh:
29 September - 10 Oktober 2025
📍 Lokasi:
Kolej Profesional MAIWP

💰 Yuran:
RM2900 - Industri
RM1900 - Alumni
(Diploma Pengurusan Industri Halal KPMAIWP)

Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang untuk tidak terlepas peluang ini!

https://forms.gle/8164kiY2Xaxc3ndg7

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada industri halal yang berkembang pesat!

SEDANG BERLANGSUNG !!!!Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 10.Program ini berlangsu...
16/08/2025

SEDANG BERLANGSUNG !!!!
Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 10.

Program ini berlangsung pada 16 Ogos 2025 secara fizikal (Face to Face). Kursus ini merupakan siri letiga dan kursus ini akan berlangsung selama 10 Siri Latihan.

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai 60 orang kakitangan MAIWP daripada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Harta.

Program ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama, mengukuhkan komunikasi, mengenal potensi diri dan rakan sekerja serta menggalakkan kepimpinan dan tanggungjawab.

Terima kasih MAIWP.

Sebarang pertanyaa dan inginkan maklumat lanjut boleh emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPBKL TRAINING & CONSULTANCY

SEDANG BERLANGSUNG !!!!Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 9.Program ini berlangsun...
08/08/2025

SEDANG BERLANGSUNG !!!!
Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 9.

Program ini berlangsung pada 8 Ogos 2025 secara fizikal (Face to Face). Kursus ini merupakan siri letiga dan kursus ini akan berlangsung selama 10 Siri Latihan.

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai 70 orang kakitangan MAIWP daripada Bahagian Agihan Zakat.

Program ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama, mengukuhkan komunikasi, mengenal potensi diri dan rakan sekerja serta menggalakkan kepimpinan dan tanggungjawab.

Terima kasih MAIWP.

Sebarang pertanyaa dan inginkan maklumat lanjut boleh emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPBKL TRAINING & CONSULTANCY

SEDANG BERLANGSUNG !!!!Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 8.Program ini berlangsun...
02/08/2025

SEDANG BERLANGSUNG !!!!
Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 8.

Program ini berlangsung pada 2 Ogos 2025 secara fizikal (Face to Face). Kursus ini merupakan siri letiga dan kursus ini akan berlangsung selama 10 Siri Latihan.

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai 70 orang kakitangan MAIWP daripada Unit Undang - Undang, Unit Komunikasi Korporat, Unit Audit Dalam, Unit Integriti & MAIWP Cawangan Putrajaya MAIWP Putrajaya.

Program ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama, mengukuhkan komunikasi, mengenal potensi diri dan rakan sekerja serta menggalakkan kepimpinan dan tanggungjawab.

Terima kasih MAIWP.

Sebarang pertanyaa dan inginkan maklumat lanjut boleh emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPBKL TRAINING & CONSULTANCY

SEDANG BERLANGSUNG !!!!Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 7.Program ini berlangsun...
25/07/2025

SEDANG BERLANGSUNG !!!!
Kursus Teambuilding Bahagian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 7.

Program ini berlangsung pada 26 Julai 2025 secara fizikal (Face to Face). Kursus ini merupakan siri letiga dan kursus ini akan berlangsung selama 10 Siri Latihan.

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai 60 orang kakitangan MAIWP daripada Bahagian Kewangan & Pelaburan.

Program ini bertujuan meningkatkan semangat kerjasama, mengukuhkan komunikasi, mengenal potensi diri dan rakan sekerja serta menggalakkan kepimpinan dan tanggungjawab.

Terima kasih MAIWP.

Sebarang pertanyaa dan inginkan maklumat lanjut boleh emelkan kepada :
training@kpmaiwp.edu.my
KPBKL TRAINING & CONSULTANCY

TELAH BERLANGSUNG !!!!Kursus Jangka Pendek Bahasa Inggeris Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).Program ini be...
25/07/2025

TELAH BERLANGSUNG !!!!
Kursus Jangka Pendek Bahasa Inggeris Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).

Program ini berlangsung pada 25 Julai 2025 secara fizikal (Face to Face). Kursus ini akan berlangsung selama 16 Siri Latihan.

Kursus / Latihan ini dihadiri seramai oleh kakitangan Kraftangan Malaysia.

Program ini bertujuan bagi para peserta lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Terima kasih Kraftangan Malaysia

Atau emelkan kepada :
training@kpbkl.edu.my
KPBKL TRAINING & CONSULTANCY

Address

Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan & Konsultansi KP MAIWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Latihan & Konsultansi KP MAIWP:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram