Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur

Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur Ruangan kemaskini aktiviti Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital (PRPA), Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur

SEKITAR MAJLIS GRADUASI & PENUTUP KURSUS FIRST RESPONDER PRE-HOSPITAL CARE (FR-PHC) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WP...
09/02/2026

SEKITAR MAJLIS GRADUASI & PENUTUP KURSUS FIRST RESPONDER PRE-HOSPITAL CARE (FR-PHC) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WPKL

KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Tahniah diucapkan kepada 23 orang pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) WPKL yang telah berjaya menamatkan Kursus First Responder Pre-Hospital Care (FR-PHC) dengan jayanya!
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kolonel Bersekutu (PA) Prof. Dato' Dr. Harikrishna K.R. Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Turut hadir memberikan sokongan padu ialah Yang Berbahagia Datuk Dr. Alzamani bin Mohammad Idrose, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, serta barisan pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.
Kursus intensif yang merangkumi latihan penempatan klinikal di Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans serta di Jabatan Kecemasan HKL ini bertujuan memantapkan kemahiran respon pantas dan kualiti rawatan awal sebelum pesakit tiba di hospital.

Kerjasama strategik antara HKL dan APM ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem penyampaian kesihatan kecemasan demi kesejahteraan rakyat.
Sekalung penghargaan kepada semua tenaga pengajar dari unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

PENGLIBATAN UNIT PRPA, JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL KUALA LUMPUR DI ASIA NAVIGATOR CONFERENCEUnit Perkhidmatan ...
05/02/2026

PENGLIBATAN UNIT PRPA, JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL KUALA LUMPUR DI ASIA NAVIGATOR CONFERENCE

Unit Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital & Ambulans (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur berbesar hati berkongsi bahawa wakil jabatan, PPP Mohd Faiz Faishal bin Kamaruddin, telah dijemput sebagai pembentang di persidangan antarabangsa Asia Navigator.

Asia Navigator merupakan sebuah persidangan profesional yang menghimpunkan pengamal perubatan kecemasan, pengurus bencana, pasukan pra-hospital, serta pelbagai agensi berkaitan dari seluruh rantau Asia untuk berkongsi pengalaman, inovasi dan amalan terbaik dalam bidang respons kecemasan serta pengurusan perubatan berskala besar.

Dalam persidangan tersebut, pembentangan bertajuk
“Rapid Response in Motion – Lessons from Medic-On-The-Run (MOTR) in Major Marathons” telah disampaikan, memfokuskan kepada realiti sebenar liputan perubatan semasa acara marathon berskala besar, cabaran di lapangan, serta pendekatan inovatif bagi mempercepatkan bantuan awal kepada peserta yang memerlukan rawatan kecemasan.

Acara marathon melibatkan ribuan peserta yang bergerak serentak di laluan yang panjang dan padat. Insiden seperti keletihan melampau, heat-related illness, serangan jantung, serta kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa. Pengalaman lapangan menunjukkan bahawa kebergantungan kepada ambulans semata-mata sering tidak mencukupi, terutamanya apabila akses menjadi terhad akibat kepadatan peserta.

Konsep Medic-On-The-Run (MOTR) diperkenalkan sebagai strategi respons perubatan bergerak yang menempatkan petugas perubatan lebih dekat dengan pelari. MOTR bukan pengganti ambulans, sebaliknya berfungsi untuk “buy the golden time” melalui respon awal yang pantas, penilaian segera, dan rawatan awal sementara menunggu bantuan lebih lengkap tiba.

Antara inti pati perkongsian termasuk:
- realiti perubatan semasa acara marathon,
- cabaran komunikasi dan koordinasi pasukan,
- kawasan berisiko tinggi seperti hydration stations,
- kepentingan early escalation dalam pengaktifan bantuan,
- pengalaman kes sebenar di lapangan, serta
- cadangan pelaksanaan MOTR secara berperingkat bermula dengan skala kecil.

Pendekatan ini membuktikan bahawa penempatan pasukan perubatan yang strategik dan respons awal yang terancang mampu meningkatkan keselamatan peserta secara signifikan.

Unit PRPA, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sentiasa komited dalam memperkukuh kesiapsiagaan perubatan, meningkatkan mutu respons pra-hospital, serta berkongsi kepakaran demi manfaat masyarakat dan komuniti perubatan.

Tahniah diucapkan kepada pembentang dan seluruh pasukan yang terlibat atas usaha mengangkat nama Hospital Kuala Lumpur di platform antarabangsa.

PASUKAN LITUPAN PERUBATAN KECEMASAN: UNIT PRPA DI SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM 2026Pasukan Unit Perkhidmatan Rawatan Pra-...
02/02/2026

PASUKAN LITUPAN PERUBATAN KECEMASAN: UNIT PRPA DI SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM 2026

Pasukan Unit Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulans (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, telah selesai melaksanakan penugasan sempena Sambutan Perayaan Thaipusam 2026 yang berlangsung di Batu Caves, Selangor.

Sepanjang dua hari penugasan (1 hingga 2 Februari 2026), pasukan kami sentiasa berada dalam kesiapsiagaan tinggi bagi memastikan bantuan perubatan kecemasan dapat diberikan dengan pantas kepada para pengunjung dan penganut yang hadir.

Tumpuan utama kami merangkumi:
• Membantu pelaksanaan perkhidmatan perubatan daripada pelbagai agensi di bawah seliaan penganjur.
• Fokus KKM: * Menstabilkan pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.
• Menyelaras urusan rujukan dan pemindahan pesakit ke fasiliti KKM.
• Logistik: Menguruskan pemindahan pesakit dengan menggunakan ambulans ke hospital yang berkaitan.
• Mekanisme Koordinasi: Melaksanakan perbincangan dan penyelarasan hospital rujukan melalui:
• MECC Selayang (Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan).
• Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terima kasih kepada semua petugas yang telah menunjukkan komitmen tinggi dan profesionalisme sepanjang tempoh bertugas. Kesihatan dan keselamatan komuniti adalah keutamaan kami.

"Kami Sedia Membantu"

PEMANTAPAN KERJASAMA STRATEGIK HKL & IJNKUALA LUMPUR, 30 Januari 2026 – Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambul...
30/01/2026

PEMANTAPAN KERJASAMA STRATEGIK HKL & IJN

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2026 – Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan satu kunjungan ke Jabatan Kecemasan Institut Jantung Negara (IJN).

Delegasi daripada HKL diketuai oleh Dr. Umul Khair Mohamad (Ketua Unit PRPA) bersama Penyelia Unit PRPA.
Objektif Utama Perbincangan:
• Mempercepatkan akses rawatan serangan jantung.
• Meluaskan rangkaian rujukan antara fasiliti.
• Mengoptimumkan sistem sedia ada demi keselamatan pesakit.

Melalui kolaborasi ini, kami komited untuk memastikan pesakit serangan jantung mendapat rawatan kecemasan dengan lebih pantas dan efisien. Penambahbaikan sistem ini merupakan langkah proaktif dalam memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan jantung buat komuniti.

Kerjasama strategik ini adalah bukti komitmen kami dalam memberikan yang terbaik untuk anda.

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT: PEMANTAPAN KERJASAMA STRATEGIK HKL & JBPM WP KUALA LUMPURKUALA LUMPUR, 28 Januari 2026 – Unit ...
29/01/2026

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT: PEMANTAPAN KERJASAMA STRATEGIK HKL & JBPM WP KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2026 – Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, khususnya bersama pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Delegasi daripada HKL diketuai oleh Dr. Umul Khair Mohamad (Ketua Unit PRPA) bersama Penyelia Unit PRPA.

Objektif Utama Perbincangan:
* Memperkasa Perkhidmatan EMRS: Menyelaras gerak kerja antara pihak hospital dan pasukan penyelamat bagi memastikan kualiti rawatan kecemasan sentiasa di tahap optimum.

* Analisis Kawasan Grid & 'Hot Spot': Membincangkan pemetaan respon pantas dan mengenal pasti kawasan tumpuan kes bagi mengurangkan masa respons. (response time).

* Penambahbaikan Berterusan: Memastikan penyampaian perkhidmatan pra-hospital (Pre-Hospital Care) sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa warga kota.

Kerjasama erat antara HKL dan JBPM ini adalah komitmen berterusan kami dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.

LAWATAN AKADEMIK ILKKM JOHOR BAHRU KE UNIT PRAPA, JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HKLUnit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital d...
26/01/2026

LAWATAN AKADEMIK ILKKM JOHOR BAHRU KE UNIT PRAPA, JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HKL

Unit Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini menerima kunjungan seramai 40 orang pelatih (T3SII) dan 2 orang pengajar daripada Program Sains Perubatan dan Kesihatan, ILKKM Johor Bahru.

Tujuan utama lawatan akademik ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelatih mengenai:
* Struktur & Aliran Kerja: Memahami operasi Unit PHC HKL serta Sistem Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) negara.
* Teknologi & Protokol: Mempelajari teknik terkini yang diaplikasikan oleh pasukan PHC HKL dalam menangani kes kecemasan.
* Kolaborasi: Membina rangkaian profesional antara institusi pendidikan dan hospital bagi tujuan penyelidikan masa hadapan.

Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada kriteria prerequisite bagi kod kursus MHET 2134 (Emergency Medicine & Trauma Care) dan MHPC 2143 (Pre Hospital Care).

Semoga perkongsian ilmu ini dapat melahirkan barisan petugas kesihatan yang lebih kompeten dan berdedikasi demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

15 Sept 2025Lawatan Delegasi EMS Jepunke Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma HKL. Turut bersama menyantuni delegasi EMS...
15/09/2025

15 Sept 2025
Lawatan Delegasi EMS Jepun
ke Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma HKL.

Turut bersama menyantuni delegasi EMS Jepun ialah Ketua Unit PRPA Dr Umul Khair, Ketua Penyelia Unit PRPA En Kuyilan, barisan penyelia serta warga kerja unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur.

28 Julai 2025Unit PRPA, Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur"Perbincangan mengenai jalinan kerjasama strate...
28/07/2025

28 Julai 2025
Unit PRPA, Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur

"Perbincangan mengenai jalinan kerjasama strategik dalam latihan dan kolaborasi perkhidmatan ambulan.” bersama Pasukan APM yang diketuai oleh Kapt. (PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly.

Tahniah Pasukan MLBB dari Unit PRPA ETDHKL! Wakil team MAKSWIP !Mereka yang mewakili MAKSWIP (WPKL)  bagi acara Mobile L...
20/06/2025

Tahniah Pasukan MLBB dari Unit PRPA ETDHKL! Wakil team MAKSWIP !

Mereka yang mewakili MAKSWIP (WPKL) bagi acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sempena Sukan MAKSAK 2025 (Indoor Games) yang sedang berlangsung di Johor kini melangkah ke peringkat Suku Akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang dua hari pertama kejohanan.

Menariknya, kesemua ahli pasukan ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan Unit Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital (PRPA), Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur.

PPP HAIZAL
PPP ALZACKLER
PPP FENDY
PPP SYAHRI
PPP ELVIN
PPP JOYSONFILUS
PPP AIMAN

📅 Keputusan Perlawanan (Hari Pertama & Kedua):

19 Jun 2025 (Khamis)
🕑 Selangor 1-1 KL
🕞 Sabah 0-2 KL
🕔 Labuan 1-1 KL
🕗 Negeri Sembilan 0-2 KL

20 Jun 2025 (Jumaat)
🕙 Kelantan 0-2 KL
🕝 PDRM 2-0 KL
🕓 Terengganu 0-2 KL
🕠 Penjara 0-2 KL

Pasukan KL berjaya mengumpul mata yang mencukupi untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada:

📍21 Jun 2025 (Sabtu)
🕙 Suku Akhir
🕑 Separuh Akhir

📍22 Jun 2025 (Ahad)
🕘 Perlawanan Akhir

Sama-sama kita doakan kejayaan mereka dalam meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya!
💪🏽🏆 “Bersatu, Berjuang, Menang"

🌟 Majlis Pelantikan Master of Trainers NG MERS999Pada 3 Jun 2025, satu majlis penting telah diadakan di Kementerian Komu...
04/06/2025

🌟 Majlis Pelantikan Master of Trainers NG MERS999

Pada 3 Jun 2025, satu majlis penting telah diadakan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, bagi melantik 15 jurulatih utama bagi program Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS999). Majlis ini disempurnakan oleh En. Mano Verabathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi.

NG MERS999 merupakan sistem baharu yang dijangka akan beroperasi mulai 1 Ogos 2025, dengan teknologi terkini seperti Computer Aided Dispatch (CAD) dan Responder Apps. Pelaksanaan sistem ini memerlukan latihan komprehensif bagi memastikan keberkesanan operasinya.

Daripada 15 jurulatih yang dilantik, 5 jurulatih merupakan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, iaitu:

1.En. Mohd Ibni Hisham Mohd Noor (U9)
2.En. Mohd Nazeri Ismail (U6)
3.En. Maliki Abdullah (U6)
4.Puan Lim Yee Fei (U5)
5.En. Muhammad Fakhri Mohamad Fadzil (U5)

Peranan PPP dari Hospital Kuala Lumpur dalam pelaksanaan NG MERS999 adalah sangat penting, memandangkan mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang kecemasan.

Tahniah diucapkan

HKL A - JUARAHKL B - TEMPAT KETIGA BERSAMATAHNIAH DIUCAPKAN PADA TEAM HKL YANG DIANGGOTAI OLEH PPP UNIT PRPA HKL.
01/06/2025

HKL A - JUARA
HKL B - TEMPAT KETIGA BERSAMA

TAHNIAH DIUCAPKAN PADA TEAM HKL YANG DIANGGOTAI OLEH PPP UNIT PRPA HKL.

Sedang berlangsung ketika ini Kejohanan Esports Makswip 2025 bagi MLBBKedua-dua pasukan HKL iaitu A & B akan berentap se...
01/06/2025

Sedang berlangsung ketika ini Kejohanan Esports Makswip 2025 bagi MLBB

Kedua-dua pasukan HKL iaitu A & B akan berentap sesama sendiri diseparuh akhir sebentar nanti. Hanya satu pasukan yang layak ke Final!

Untuk makluman pasukan HKL A & B ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan Unit PRPA Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur

Ayuh doakan kejayaan milik HKL

Address

Kuala Lumpur
50586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit PRPA Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram