Makanlah Anakku

Makanlah Anakku Page ini dikendalikan oleh admin 1 . Puan a dietitian yang berkhidmat 15 tahun di KKM, terutamanya d

01/08/2021

Hanya tuhan sahaja yang dapat tahu betapa derita pada ketika itu. Semua orang termasuk mak dan ayah sangka ia adalah kesan kerak daki di leher kerana tak jaga kebersihan.

Masih ingat lagi, pada ketika itu Mak membawa pulang sabun yang sangat tajam, baunya seperti klorox dan leher saya disental dengan berus. Sudahlah kulit di tengkuk nipis dan sensitif memang perit kena sental 😭😭

Ada sekali, cecair alkohol (hand sanitizer) digunakan untuk menyetal lehar. Pedihnya.. sampai merah merah kulit.. dan kesan hitam ini masih lagi ada.

Sekarang baru saya tahu, ia sebenarnya adalah sejenis tanda awal kencing manis. Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan. Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.

Ibu bapa, jangan beri anak anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental dengan bahan kimia. Cara yang betul adalah dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan manis dan cuba untuk kurangkan berat badan.

Pkpb dilanjutkan. Sekolah semua ditutup. pantau penggunaan gajet. Cuti sekolah masih lama, jangan biarkan anak anak diru...
13/11/2020

Pkpb dilanjutkan. Sekolah semua ditutup. pantau penggunaan gajet. Cuti sekolah masih lama, jangan biarkan anak anak dirumah lesu TIADA senaman. Paling tidak ajakla anak anak utk senaman regangan

Kanak-kanak dan remaja perlu aktif setiap hari kerana aktiviti fizikal penting untuk tumbesaran dan menguatkan otot serta tulang!

Menurut 'Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents' kanak-kanak dan remaja perlu melakukan aktiviti yang meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.



30/10/2020

Hari ini saya melihat seorang bayi berusia setahun, diagnosis cerebral palsy dengan berat badan 3kg, berat badan dah lama tak naik kerana menggunakan prem formula. Sebelum ini menggunakan tiub feeding tetapi berat static dan ? aspiration pneumonia.

saya menyarankan menggunakan susu formula post discharge dulu dan menaikkan jumlah protein yang sesuai kerana melihat keadaan fizikal kanak-kanak tersebut yang sedikit malpemakanan protein dan karbohidrat.

kita tunggu dan lihat perubahan kanak-kanak ni selepas dua minggu.

08/10/2020

tips pemakanan semasa pandemik covid 19

1. Makan makanan segar dan elakkan makanan terproses

2. minum air mencukup 8 gelas sehari

3. Pilih makanan lemak sihat, elakkan makanan proses, frozen pizza/pie, atau makanan yang mengandungi trans fat yang tinggi.

4.Kurangkan garam atau makanan yang tinggi garam seperti proses food, makanan ringan dsb

5. Kurangkan gula

6. Elakkan tempat dan makan di tempat yang sesak

10/06/2020

assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini saya nak bercerita mengenai seorang kanak-kanak cerebral palsy yang saya temui di wad. ibunya seorang ibu tunggal menguruskan anaknya yang berusia 3 tahun yang memerlukan terapi pemulihan anggota dan cara kerja diwad.

Semasa kali pertama, ibu menceritakan kepada saya yang anaknya 3 tahun masih diberikan diet kisar sepenuhnya, pernah sesekali diberikan makanan biasa, tetapi anaknya tercekik.

Saya minta ibu menyuap makanan kepada anaknya sambil memerhatikan kesediaan anak itu untuk diupgrade diet, rupanya anak dia seakan boleh mengunyah dengak sangat sedikit. keesokkan harinya , anaknya diberikan diet yang dinamakan soft moist, anggaran saiz 0.2-0.5cm sahaja, dan dapat mengambil diet dengan baik. Dr juga menasihatkan ibu tersebut menyuap makanan dalam keadaan duduk, memastikan tiada tiada simptom aspirasi iaitu makanan memasuki rongga peparu. Tetapi, memandangkan otot bahagian oral yang masih belum kuat, saya mengelakkan tekstur ayam dan sayuran keras seperti carrot.

Mak sedikit gembira kerana anaknya dapat makan makanan yang diupgarde tekstur,

sebenarnya untuk bayi atau kanak-kanak khas yang biasa makan makanan kisar, perlu berhati-hati dan melihat kesedian umur dan keupayaan otot bahagian mulut untuk mengelakkan choking/tersedak

madam asilah yusof (MAY), dietitian

oatTak ramai yang menggemari oat, sama ada dewasa atau kanak-kanak.untuk kanak-kanak yang kurang oat cuba ajar letak dal...
14/04/2020

oat

Tak ramai yang menggemari oat, sama ada dewasa atau kanak-kanak.

untuk kanak-kanak yang kurang oat cuba ajar letak dalam minuman bersama minuman kegemaran mereka atau jika anak-anak s**a lempeng, cucur oat biskut dan lain-lain lagi. untuk bancuhan lempeng boleh letak dalam 3 sudu makan dalam bancuhan oat tadi.

khasiat oat:
serat terutamanya kandungan beta glucan bagus untuk menyerap kolesterol bagi dewasa

sembelit kerana mengandungi serat larut dan serat tak larut

vitamins dan sumber fitokemical yang bagus untuk meningkatkan ketahanan badan

risiko diabetes dan obesiti.

mengandungi avenanthramide yang merupakan anti inflamtori yang bagus untuk kesihatan kita dan anak-anak

sumber
Rasane et.al 2005. Nutritional advantages of oats and opportunities for its processing as value added foods - a review .J Food Sci Technol. 2015 Feb; 52(2): 662–675.

14/04/2020

apa kabar semua.

RMO disambung bermakna, makin lama ibu bapa berada di rumah dengan anak-anak.

Bila anak anak bersama dengan ibu bapa, kita boleh pantau corak dan pilihan makanan anak. Jika sebelum ini, hanya waktu hujung minggu je dapat bersama anak-anak. Ok, sepanjang RMO ni cuba fikir

*adakah anak makan sayur setiap hari

*adakah anak mengambil wholegrain seperti jagung, barley, oat

*berapa kerap anak membasuh tangan cara yang betul
*Berapa kali seminggu anak dihidangkan dengan makanan yang tinggi garam atau makanan segera?

mengikut 7 langkah yang disarankan oleh kementerian kesihatan malaysia?

assalamu'alaikum dan apa kabar.RMO hari ke 13.Bagaimana dengan diet kita seharian di rumah? Tips semasa berada dalam tem...
30/03/2020

assalamu'alaikum dan apa kabar.

RMO hari ke 13.

Bagaimana dengan diet kita seharian di rumah? Tips semasa berada dalam tempoh PKP adalah penting untuk memastikan diri kita dan anak-anak kekal sihat:
1) Pastikan minum air yang mencukupi untuk elakkan komplikasi seperti dehidrasi dan sembelit. anggaran jumlah air 8 gelas bagi dewasa dan 6-8 gelas cecair untuk kanak-kanak.

2) Pastikan dalam diet ada hidangan sayur dan buah. Cuba cek adakah anak anak dan tuan/puan mengalami sembelit yang teruk semasa pkp. kurang bergerak, kekurangan serat dan kekurangan cecair akan membuat keadaan lebih teruk.

3) Pastikan makanan yang dimasak kurang kandungan garam. contoh elakkan pengambilan mee segera dengan berlebihan. ada yang buat ilklan, pagi, tengahari dan malam makan mee segera dan ikan masin. Makanan seperti diatas tinggi kandungan garam dan tidak sesuai jika anda berisiko tekanan darah tinggi.

4) Galakkan pengambilan whole grain dalam menu anda seperti jagung, barley, oat dan produk wholegrain yang lain.

5) ambil buah secukupnya sekurang-kurang dua hidangan sehari. semasa tempoh pkp ini ramai yang mengadu mengenai kes**aran mendapatkan buah. Namun, jika masih boleh diperoleh dipasaran cuba untuk dapatkan ya. Ada yang tanya , adakah virus akan merebak melalui makanan, ?mengikut WHO sehingga ke harini tiada bukti yang menunjukkan virus merebak melalui makanan jika makanan dimasak, disimpan dengan betul. paling tidak jika balik dari pasar, bole cuci dan cuci plastik yang digunakan jika khuatir contact semasa pembelian dilakukan

akhir sekali , jangan lupa ajar anak teknik cuci tangan dengan betul di rumah....

Bersambung lagi nanti
MAY

semalam admin bertemu seorang pesakit kanak-kanak cerebral palsy yang berumur 5 tahun, yang baru memulakan diet bubur ta...
08/01/2020

semalam admin bertemu seorang pesakit kanak-kanak cerebral palsy yang berumur 5 tahun, yang baru memulakan diet bubur tak hancur. sejak dari baby 6 bulan hingga 3 tahun mak dan ayah memberikan diet kisar, kerana otot bahagian oral masih lemah. Untuk kes sebegini adalah penting untuk mendapatkan oral stimulation, contoh penggunaan berus sensory seperti berus gigi NUK. ada sesetengah kes kanak-kanak s**ar menerima makanan baru kerana kurang dan pendedahan dan juga masalah sensory yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Antara berus NUK yang disarankan oleh OT seperti berikut, tapi perlulah dapatkan nasihat dari OT terlebih dahulu

30/12/2019

assalamu'alaikum semua dan selamat pagi, dah lama saya tak aktifkan page ini.

saya akan mula aktif menulis untuk tahun 2020 untuk semua perihal pemakanan kanak-kanak.

kepakaran saya adalah bidang pemakanan kanak -kanak leukemia dan semua masalah pemakanan kanak-kanak

11/06/2018

Hari ini... Saya mendapat panggilan telefon. Kes kanak kanak 6 bulan kekurangan zat makanan yang serius kerana diberikan susu pekat manis sejak baby berusia 2 bulan.

Pesakit merupakan anak ke tiga... Zaman sekarang ni hanya ibu bapa yang terdesak wang ringgit sahaja akan berikan anak di bawah 6 bulan susu pekat manis.. Dan juga ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikn yang rendah kerana sepatutnya bayi disus**an dengan susu ibu

Address

Kuala Lumpur
59586

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makanlah Anakku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Makanlah Anakku:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category