Klinik Idzham Setiawangsa

Klinik Idzham Setiawangsa Community Clinic with 24 hours service.

04/12/2023
Lelaki 37 tahun melawat doktor dengan aduan Demam yg menggigil dan sakit otot dan sendi sendi. Beliau juga berasa sesak ...
20/03/2019

Lelaki 37 tahun melawat doktor dengan aduan Demam yg menggigil dan sakit otot dan sendi sendi. Beliau juga berasa sesak nafas kadang kala dan terdapat batuk yg menyebabkan kesakitan di tengah dada. Ini adalah hari kedua beliau kesakitan.

Doktor memeriksa dan didapati demam yg tinggi serta tekak yg merah. Selain itu beberapa pemeriksaan darah dilakukan. Pemeriksaan darah penuh tidak menunjukkan peningkatan di bahagian sel darah putih. Manakala pembeku darah ( PLATELET) berada di tahap normal. Doktor tersebut juga memeriksa untuk penyakit Dengue dan didapati bahawa keputusan adalah negative. Doktor menasihatkan untuk rehat dan memberi rawatan asas kesakitan (symptomatic treatment) , yakni Ubat demam dan antihistamine (ubat selsema). Doktor menjelaskan bahawa beliau menghidap jangkitan Virus.

Selang beberapa jam - pesakit melawat doktor semula memohon untuk dimulakan antibiotic kerana beliau teramat sakit di seluruh badan dan inginkan antibiotic untuk menghilangkan rasa sakit secepat mungkin.

Doktor lantas menjelaskan pada beliau bahawa apa yg beliau alami adalah rentetan Virus menggunakan cell badannya untuk kelangsungan (Survival) . Antibiotic adalah untuk jangkitan bacteria dan tidak akan berkesan apabila digunakan untuk Virus.

Doktor kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut dengan menganalisa kahak pesakit menggunakan Influenza Rapid Test. Ujian ini dapat menentukan sama ada beliau menghidapi jangkitan Influenza . Keputusan kemudian menunjukkan bahawa beliau sedang menghidap Influenza B.

Doktor kemudian menasihatkan supaya beliau memulakan ubat Oseltamivir , iaitu , sebuah anti-viral.

Pesakit menerima nasihat tersebut dan beransur pulih selepas 5 hari.

Pengajaran yg ingin disampaikan adalah tidak semua demam batuk selsema memerlukan antibiotic. Doktor akan menggunakan antibiotic apabila terdapat peningkatan dalam Sel darah putih dalam ujian darah penuh (full blood count).

Pemeriksaan Influenza p**a adalah untuk memastikan rawatan antivirus yg sesuai.

Sekian , Assalamualaikum.

Address

Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, KL
Kuala Lumpur
54200

Telephone

03 42563939

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Idzham Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category