Pusat Perkhidmatan Homeopathy

Pusat Perkhidmatan Homeopathy Sebuah klinik yang merawat pesakit dengan menggunakan kaedah homeopathy dan ubat-ubatannya bebas dari sebarang kandungan dadah

Pusat Perkhidmatan Homeopathy (Homeopathy Tajudin) merupakan sebuah klinik yang terletak bersebelahan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Klinik ini mengamalkan kaedah perubatan secara homeopathy. Di mana, segala ubat-ubatan yang digunakan bebas daripada bahan berasaskan dadah. Ditubuhkan pada tahun 1979 sebagai syarikat rakan kongsi (partnership company) diantara Dr. (H) Tajudin Bin Abdullah dan Dr. (H) Md Dali Bin Muin. Tetapi, pada tahun 1992, klinik ini telah berubah status sebagai syarikat persendirian (sole proprietorship) kerana kembalinya Arwah Dr. (H) Md Dali ke Rahmatullah. Dr. (H) Tajudin telah menamakan klinik ini dengan nama "Pusat Perkhidmatan Homeopathy" bukannya "Pusat Perubatan Homeopathy" kerana tidak mahu masyarakat tersalah anggap terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh klinik ini. Di mana, perkataan "perubatan" lebih sinonim untuk sebuah organisasi yang lebih besar seperti hospital. Visi klinik adalah melahirkan lebih banyak pengamal perubatan homeopathy di Malaysia. Antara misi klinik pula, memberi khidmat kepada masyarakat yang telah gagal mendapatkan rawatan di hospital dan menambah baik sistem pengurusan klinik homeopathy.

08/07/2024

Salam maal Hijrah

Perkhidmatan pada 8 hb July 2024 ( Isnin) ditutup.
Segala kesulitan amat dikesali.

20/04/2023
Pusat Perkhidmatan Homeopathy akan menutup perkhidmatan mulai 1hb. shawal 1444 Hijrah hingga 1 Mei 2023 sempena Edul Fit...
18/04/2023

Pusat Perkhidmatan Homeopathy akan menutup perkhidmatan mulai 1hb. shawal 1444 Hijrah hingga 1 Mei 2023 sempena Edul Fitri. Perkhidmatan akan dibuka semula pada 2 Mei.

06/09/2022

Assalamualaikum wbt.
Presiden dan barisan AJK PPHM merakamkan ucapan dukacita dan takziah kepada keluarga Tuan Hj Tajudin bin Abdullah, ahli PPHM atas pemergian Allahyarham sekitar 6 petang tadi. Jenazah akan diuruskan Masjid Kg Baru & kebumikan di Jalan Ampang
Jenazah akan dibawa ke Masjid Kg Baru ( akan update kemudian)

Semoga Encik Muhamad Naim bin Tajudin dan seluruh ahli keluarga terus bersabar dengan dugaan ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang bertakwa dan beramal soleh..
Alfatihah.

Address

No. 87B, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326920125

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perkhidmatan Homeopathy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram