Mamacare.my

Mamacare.my Kami menyediakan perkhidmatan berpantang kepada ibu-ibu selepas bersalin. Maklumat lanjut sila layar

HARMONI DIRI, HARMONI HIDUPTidur yang berkualiti bukan sekadar rehat, tetapi masa untuk tubuh pulih dan minda kembali te...
21/11/2025

HARMONI DIRI, HARMONI HIDUP

Tidur yang berkualiti bukan sekadar rehat, tetapi masa untuk tubuh pulih dan minda kembali tenang. Bila tidur cukup, mood jadi lebih stabil, fokus lebih jelas dan badan terasa segar. Setiap pagi pun rasa lebih ringan, bersedia hadapi hari dengan tenaga yang lebih seimbang.

Motivasi hari ini ๐Ÿฅฐ
21/11/2025

Motivasi hari ini ๐Ÿฅฐ

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐…๐–๐’๐ ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐ˆ๐’๐Œ20 Nov 2025Satu sesi lawatan rasmi telah dijalankan oleh Team Family Wellbeing...
20/11/2025

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐…๐–๐’๐ ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐ˆ๐’๐Œ
20 Nov 2025
Satu sesi lawatan rasmi telah dijalankan oleh Team Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB) ke Pusat Bertauliah (PB) Institut Sosial Malaysia (ISM) sebagai langkah proaktif dalam menilai kesediaan fasiliti bagi pelaksanaan program latihan dan pembangunan kompetensi masa hadapan. Lawatan ini turut disertai oleh Unit Unit Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (UPPP) LPPKN serta YBrs. Encik Azlan bin Mohamed, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan, yang hadir sebagai rakan strategik dalam memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan negara.
Sepanjang lawatan, pasukan FWSB meninjau secara menyeluruh setiap ruang dan kemudahan yang tersedia di PB ISM, termasuk bilik latihan, ruang demonstrasi, kemudahan teknikal, serta aspek keselamatan. Pemerhatian terperinci ini dijalankan bagi memastikan kesemua fasiliti menepati keperluan program latihan yang bakal dirangka, khususnya bagi pembangunan kemahiran wanita dan tenaga kerja komuniti.
Penambahbaikan yang dilakukan menunjukkan komitmen ISM terhadap penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bertaraf profesional. Dengan penilaian positif ini, PB ISM disahkan sebagai lokasi strategik yang berpotensi tinggi untuk digunakan bagi pelaksanaan program FWSB, termasuk latihan kemahiran, pembangunan kapasiti dan program kolaboratif bersama agensi.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐‚๐„๐Ž ๐…๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฒ ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐›๐ž๐ข๐ง๐  ๐ค๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐”๐๐Ž๐‹ ๐Œ๐ˆ๐“๐ˆ19 Nov 2025Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung di...
20/11/2025

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐‚๐„๐Ž ๐…๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฒ ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐›๐ž๐ข๐ง๐  ๐ค๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐”๐๐Ž๐‹ ๐Œ๐ˆ๐“๐ˆ
19 Nov 2025
Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung di Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri MITI, melibatkan pertemuan rasmi antara Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd., YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi dan YBhg. Datuk Zainuri Datoโ€™ Haji Zainal.
Dalam sesi tersebut, pihak Family Wellbeing telah berkongsi aspirasi syarikat untuk meluaskan capaian servis MamaCare, khususnya melalui inisiatif pembangunan kemahiran wanita dalam penjagaan pasca bersalin dan penghasilan produk MamaCare yang berpotensi besar.
Sesi ini juga menjadi platform penting untuk mengenal pasti inisiatif yang boleh diselaraskan antara kedua-dua pihak bagi menyokong pengembangan MamaCare sebagai salah satu jenama tempatan yang mempunyai nilai komersial tinggi dan berpotensi menjadi duta servis penjagaan wanita Malaysia.
Pertemuan ini menandakan komitmen berterusan Family Wellbeing dalam memperluas impak sosial dan ekonomi, seiring misi untuk memperkasa wanita mahir, meningkatkan taraf hidup keluarga, dan membawa kepakaran MamaCare di Malaysia.

๐ˆ๐›๐ฎ ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฅ๐ข๐ง ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š ๐ซ๐ž๐ก๐š๐ญ, ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐›๐ข๐š๐ซ ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐š๐ ๐š!Dengan ada pengamal kami yang berpengalaman khas untuk ibu...
19/11/2025

๐ˆ๐›๐ฎ ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฅ๐ข๐ง ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š ๐ซ๐ž๐ก๐š๐ญ, ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐›๐ข๐š๐ซ ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐š๐ ๐š!
Dengan ada pengamal kami yang berpengalaman khas untuk ibu-ibu yang bersalin.
๐Ÿ’†โ€โ™€๏ธ Tak perlu risau penat.
๐Ÿผ Tak perlu susah fikir siapa nak bantu.
โค๏ธ MamaCare sedia membantu anda dari hari pertama hingga selesai berpantang!
Cuma โ€œJust Pay and Relaxโ€, sebab kesejahteraan anda dan bayi kami uruskan sepenuhnya!

๐Ÿ“ž Hubungi kami atau Whatsapp kami di 011-26624660 (Mira) untuk maklumat lanjut & tempahan pakej berpantang anda hari ini!
Atau bole klink link di bawah ini:
wasap.my/601126624660/

HARMONI DIRI, HARMONI HIDUPTubuh kita selalu bagi petanda seperti rasa lesu, lapar atau kepala mula berat bila stres men...
19/11/2025

HARMONI DIRI, HARMONI HIDUP

Tubuh kita selalu bagi petanda seperti rasa lesu, lapar atau kepala mula berat bila stres meningkat. Jangan abaikan isyarat kecil ini. Ambil masa untuk berhenti, tarik nafas dan rehat sekejap. Bila kita dengar apa yang badan perlukan, kita elakkan keletihan melampau dan kekal bertenaga lebih lama.

Motivasi pagi ๐Ÿฅฐ
19/11/2025

Motivasi pagi ๐Ÿฅฐ

๐Ÿ’– KETENANGAN EMOSI, KEKUATAN DIRI ๐Ÿ’–Kadang kita terlalu sibuk sampai tak sedar hati sendiri semakin letih.Ambil masa seke...
17/11/2025

๐Ÿ’– KETENANGAN EMOSI, KEKUATAN DIRI ๐Ÿ’–

Kadang kita terlalu sibuk sampai tak sedar hati sendiri semakin letih.
Ambil masa sekejap untuk berhenti, tarik nafas perlahan dan biarkan diri tenang walaupun cuma seminit.
Perkara kecil macam ni pun cukup untuk pulihkan semangat dan beri ruang pada jiwa untuk kembali kuat.

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ช๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น, ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘พ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ! ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ด๐‘ถ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต 14 ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ!Baru lepas bersalin dan nak badan cepat pulih macam ...
17/11/2025

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ช๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น, ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘พ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ! ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ด๐‘ถ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต 14 ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ!
Baru lepas bersalin dan nak badan cepat pulih macam dulu?
Jangan tunggu lama dengan Pakej Pantang 14 Hari MamaCare, ibu akan dimanjakan oleh pengamal berpengalaman yang tahu cara terbaik untuk bantu ibu:
- Legakan urat tegang
- Kembalikan tenaga & keyakinan diri
- Nikmati waktu berpantang dengan tenang bersama bayi tersayang
- PROMO TERHAD 15 Okt sehingga 31 Dis 2025
- Hanya RM 3,499 (Harga Asal RM 3,599)
- Tiada caj pengangkutan!
- Percuma set barangan MommyDaddy&i, Pigeon Breast Pads & Applecrumby Tape Diapers!
๐Ÿ“ž Hubungi kami atau Whatsapp kami di 011-26624660 (Mira) untuk maklumat lanjut & tempahan pakej berpantang anda hari ini!
Atau bole klink link di bawah ini:
wasap.my/601126624660/

๐Ÿ’– KETENANGAN EMOSI, KEKUATAN DIRI ๐Ÿ’–Kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah seketika bersama alam.Luangkan masa berjala...
14/11/2025

๐Ÿ’– KETENANGAN EMOSI, KEKUATAN DIRI ๐Ÿ’–

Kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah seketika bersama alam.
Luangkan masa berjalan di taman, hirup udara segar, atau dengar bunyi alam yang menenangkan.
Suasana semula jadi ini bantu hati lebih tenang dan emosi menjadi stabil, memberi ruang untuk fikiran berehat dan diri menjadi lebih kuat.

Motivasi pagi๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
14/11/2025

Motivasi pagi๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

+60182935004

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mamacare.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mamacare.my:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Perkhidmatan Berpantang Mamacare PLUS

Sila hubungi kami terus melalui Whatsapp untuk sebarang pertanyaan: https://mamacare.wasap.my/