31/07/2021
Dalam soal makan minum ini Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam tentang kelebihan makan minum yang halal dan akibat memakan dan meminum yang haram, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Wahai Sa’ad! Perbaikilah (murnikanlah) makananmu, nescaya kamu menjadi orang yang terkabul doanya. Demi yang jiwa Muhammad dalam tangan-Nya (kuasa-Nya). Sesungguhnya seorang hamba yang melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama 40 hari dan siapa pun yang dagingnya tumbuh dari benda yang haram, maka api neraka lebih layak membakarnya”.
(HR At-Thabrani)
Tanda kasih dan sayangnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, maka diulang-ulangi ayat tentang peringatan makan yang halal lagi baik, kemudian diikuti dengan perintah bertaqwa kepadaNya, tujuannya ialah supaya orang beriman itu sentiasa selamat, sihat dan dalam limpahan rahmat serta redha-Nya di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
Maksudnya:[s/i] “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.[e/i] (Surah Al Baqarah, ayat 168)
Dalam ayat yang lain, diperingatkan lagi khusus kepada orang yang beriman supaya makan minum yang halal dan sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT, firman-Nya:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah, ayat 172)
Sesungguhnya beruntunglah golongan peniaga, pengusaha dan usahawan yang berusaha menyediakan makanan halal, mengusahakan barangan halal dan memasarkannya, mereka ini akan mendapat dua keuntungan dalam perniagaan. Untung kerana bertambah dalam pendapat, rezeki bertambah, ramai pembeli dan menjadi pilihan ramai. Satu lagi untung di sisi Allah SWT mereka akan diberikan ganjaran pahala berganda, keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Semoga bermanfaat kepada anda semua dan juga sebagai peringatan kita bersama, In Sha Allah
Forever Living Produk memasarkan pelbagai makanan tambahan yang diperoses secara semulajadi dari tumbuhan hingga ke produk lebah, untuk kecantikan, kesihatan dan kecemasan
Hubungi kakchah untuk maklumat lanjut