14/11/2025
“SERAUT KENANGAN, SEJUTA PENGHARGAAN” BUAT DR. TAN CHEONG HOW, DR. MOHD IZMI AHMAD DAN DR. AZHARI NORDIN
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Hospital Rehabilitasi Cheras telah mengadakan Majlis “Seraut Kenangan, Sejuta Penghargaan” bagi meraikan perpisahan tiga insan hebat yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada HRC iaitu YBrs. Dr. Tan Cheong How, Mantan Timbalan Pengarah (Perubatan) HRC, YBrs. Dr. Azhari bin Nordin, Pakar Perubatan Rehabilitasi merangkap Ketua Unit Penjagaan Spiritual & Hal Ehwal Islam serta Pengerusi Surau Jumaat Al-Islah HRC dan juga YBrs. Dr. Mohd Izmi bin Ahmad @ Ibrahim, Mantan Pakar Perubatan Rehabilitasi Spinal.
Majlis yang berlangsung penuh emosi dan kenangan ini menjadi simbol penghargaan atas segala jasa bakti, dedikasi, profesionalisme dan keperibadian tinggi yang telah mereka tunjukkan sepanjang bersama di HRC.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan sumbangan yang tidak ternilai – bukan sahaja dalam pembangunan hospital, malah dalam membentuk budaya kerja yang harmoni dan berintegriti.
Doa kami seluruh Warga HRC sentiasa mengiringi kalian. Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan kekal menjadi inspirasi buat kami semua.
Terima kasih atas segalanya.🤍
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”