03/12/2025
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA โ PROJEK PENGGANTIAN TANGKI AIR FLAT TAMAN MULIA
KUALA LUMPUR 3 Dis โ Satu lagi langkah positif untuk kesejahteraan komuniti! Hari ini, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk serta Perbadanan Pengurusan telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi projek penggantian tangki air di Flat Taman Mulia.
Penyerahan ini disempurnakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di Pejabat Pembangunan Wilayah Persekutuan.
Projek berimpak tinggi ini akan dilaksanakan oleh Cahaya Yani Enterprise dengan tempoh kerja selama 15 minggu. Inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan kualiti bekalan air bersih dan memberikan manfaat langsung kepada para penduduk. ๐งโจ
Menariknya, ini merupakan penggantian tangki air pertama bagi tiga blok perumahan tersebut sejak ia dibangunkan 30 tahun lalu โ satu penambahbaikan penting demi keselesaan komuniti setempat.
Turut hadir Encik Kuek Poh Guan, wakil Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan pihak kontraktor.