04/02/2016
Ramai yang beranggapan bahawa “Tak apalah. Saya belum lagi diabetes. Baru prediabetes. Lagi pun dalam keluarga saya tiada seorang pun yang ada diabetis”
Memang belum factor genetic atau keluarga memainkan peranan sama ada seseorang itu mudah mengalami diabetis atau tidak. Namun corak mendapat penyakit ketka ini telah berubah. Ramai pesakit diabetes jenis ke dua ini, tidak mempunyai mempunyai factor genetic atau keturunan. Maknanya mereka datang dari keluarga sihat, tiada penyakit diabetes.
Kenapa ini berlaku? Banyak factor yang menyebabkan keadaan ini. Selain factor genetic dan keturunan, yang mana kita tidak boleh ubah, banyak factor yang mampu kita ubah dalam hidup kita.
Sebagai contoh, kita dilahirkan dalam keluarga yang ibu dan ayah memang ada penyakit diabetis, maka sudah tentu kita tidak dapat menukar takdir. Namun kita mampu menukar gaya pemakanan kita, dari makanan segera kepada makanan yang lebih berkhasiat.
Ini kerana kebanyakan punca keadaan prediabetic ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang tidak sihat menyebabkan pertambahan berat badan akibat pengumpulan lemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan insulin tidak dapat bekerja dengan baik. Keadaan ini dinamakan “insulin resistance”.
Insya ALLAH pada masa akan datang kita berbincang tentang pemakanan sihat, terutama bagi pesakit diabetis.
Penjagaan makanan sangat penting kerana dengan menjaga makanan, seseorang itu dapat mengurangkan berat badan secara natural, tanpa bantuan apa-apa ubat pelangsing.
Banyak kajian menunjukkan seorang pesakit diabetis yang mengalami berat badan berlebihan, akan dapat mengurangkan pengambilan ubat, dengan mengurangkan berat badan sebanyak sepuluh peratus dari berat asal.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
0189041415 utk mendapatkan produk terbaik ini.
RM160 per box