07/10/2016
Statistik Individu Obese di Malaysia
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan telah melakukan kaji selidik untuk kali ketiga mengenai kadar obesiti rakyat Malaysia untuk tahun 2006. Kaji selidik ini biasanya telah dijalankan 10 tahun sekali tetapi kini ia telah dikurangkan kepada 4 tahun sekali.
Kajian telah dibuat terhadap 33 055 subjek mengenai kadar obesiti di Malaysia. Setiap subjek yang mempunyai nilai BMI melebihi 30 kg/m2 dikategorikan sebagai obes. Subjek-subjek yang di ambil adalah dalam lingkungan umur 18 tahun ke atas.
Antara 33 000 subjek tersebut 14% daripadanya termasuk dalam kategori obes.
Hasil keputusan kajian tersebut, subjek perempuan mempunyai kadar obesiti yang lebih tinggi (17.4%) berbanding lelaki (10%).
Mengikut kaum, kaum Melayu mencatatkan kadar obes tertinggi (13.6%) diikuti kaum India (13.5%), Sarawak Bumiputera (10.8%) dan kaum Cina (8.5%).
Lihat, statistik sahaja sudah menunjukkan negara kita sudah mencapai keadaan yang kritikal
dan kadar obesiti yang tinggi ini membawa kepada banyak komplikasi kesihatan. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai kadar obesiti yang tertinggi dalam
dunia.
Bagi anda apakah puncanya?
Puncanya adalah disebabkan tabiat pemakanan yang kita amalkan sememangnya tidak menyihatkan. Budaya pemakanan kita sendiri yang merosakkan tubuh badan kita.
Kurangnya pengetahuan tentang pemakanan yang sihat adalah faktor utama mengapa kadar obesiti di negara kita di dalam tahap yang membimbangkan.
Untuk menurunkan berat badan, anda mestilah mengetahui nilai kalori makanan, nilai kadar metabolik asas dan juga makanan itu sendiri. Sama ada makanan tersebut adalah sihat mahupun tidak.