Pusat HEARS

Pusat HEARS Pusat HEARS adalah pusat perkhidmatan bawah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Antaranya ialah Yayasan Sime Darby (YSD).

Pusat-HEARS mula ditubuhkan pada Januari 2013 sebagai Institut Telinga Pendengaran dan Pertuturan (Institut-HEARS). Ditempatkan di Kolej Tun Syed Nasir, Blok 8, Jalan Temerloh Kuala Lumpur. Pada tahun 2019, penstrukturan semula telah dilaksanakan dan Institut-HEARS telah ditempatkan di Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pusat Telinga, pendengaran dan Pertuturan (Pusat-HEARS)


Visi Pusat-HEARS adalah untuk menjadi peneraju pusat perkhidmatan Telinga, Pendengaran dan Pertuturan yang unggul dengan memaksimumkan potensi kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui perkhidmatan multidisiplin. Pusat-HEARS memperkasa program dan perkhidmatan intervensi awal kepada profesional kesihatan, orang awam, keluarga dan kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui kerjasama dengan organisasi kebangsaan/antarabangsa. Pusat-HEARS menawarkan servis perkhidmatan klinikal dan juga latihan kepada profesional dan ibu bapa yang mengurus individu kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, kempen kesedaran juga turut dijalankan bagi profesional barisan hadapan, guru dan juga orang awam umum berkenaan masalah pendengaran dan penjagaan kesihatan pendengaran. Telah banyak rakan strategik yang turut berdedikasi dan terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan visi dan misi kami. Petronita, Cochlear Ltd., Med-El, Advanced Bionic, Kementerian Kesihatan Malaysia, Yayasan Budi Penyayang, Design Nur Studio, Totallypix. Bagi tujuan maklumbalas, pertanyaan atau kerjasama dan kolaborasi, anda boleh hubungi Encik Hazwan Abdullah at i-hears@ukm.edu.my / hazwanabdullah@ukm.edu.my / tel: 03 92895133.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
๐Ÿ™๐Ÿป Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Pusat HEARS), FSK, UKM ๐Ÿ™๐Ÿป



This year's intake (8th June 2026) is open to Malaysians and Internationals who are undergoing training in the field of ...
18/03/2026

This year's intake (8th June 2026) is open to Malaysians and Internationals who are undergoing training in the field of audiology, speech-language therapy, education for the deaf or other related fields.
๐Ÿ”ฐ 27 weeks (Mode-Online)
๐Ÿ”ฐ RM 11,500 (Malaysian) RM 17,500 (International) - Clinical
๐Ÿ”ฐ RM 5,000 (Malaysian) RM7,500 (International) - Theory
(Scheduled payment alternatives available)
๐Ÿ”ฐ Malaysian & International Candidates - Possess a Bachelorโ€™s Degree in Speech Science/ Audiology or related field of health sciences, International candidates should have a minimum score of 6 for IELTS (International English Language Testing System).
๐Ÿ”ฐ The degree must be a professional degree that qualifies the candidate to work in their respective fields.
๐Ÿ”ฐ Candidates must have worked and managed pediatric patients in their clinical practice.
*PACKAGE PROVIDED:*
Option 1: AVT Clinical Package
Are you a clinician providing therapy for pediatric hearing loss? Elevate your skills and knowledge with our AVT Clinical Package! With the online sessions you'll gain in-depth knowledge of AVT concepts, principles, and clinical aspects. Youโ€™ll also get an additional small group clinical mentoring through recorded sessions with patients. This package is suitable for any professionals who directly work with children with hearing impairment. Enroll now and take the first step towards becoming an AVT practitioner!
Option 2: AVT Theory Package
If you're interested in AVT knowledge but not involved in clinical sessions, our AVT Theory Package is perfect for you! With 140 hours of online learning, you'll gain in-depth knowledge of AVT concepts, principles, and clinical aspects. An exposure to diverse topics involving AVT principles, strategies & techniques for building listening and speaking skills of hearing impaired children. Enroll now and take the first step towards acquiring AVT theoretical knowledge.
*Requirement for Certification:*
๐ŸŽฏEngage in self-directed learning through recorded session within a specified timeframe for each phase (Foundation, Intermediate, and Advanced)
๐ŸŽฏPrepare individual and group assignments during online classes
๐ŸŽฏPass online written exams for each phase
๐ŸŽฏAttend interactive sessions & presentation for each phase (Foundation, Intermediate, and Advanced)
๐ŸŽฏRecord 2 clinical sessions for each phase to be discussed with a mentor *only for the clinical package*

To register, fill in the registration form below:
https://forms.gle/g2aLNNvWuDGinosFA
For more information, contact:
Admin
Phone: 03-89272124 / 017-8112270
Email: studymc@ukm.edu.my
Program Coordinator
Mr. Mohamad Firdaus bin Latip
Phone: 011-56225415
Email: firdauslatip@ukm.edu.my
REGISTER BEFORE : 15 May 2026

๐Ÿ“ข *Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026*Assalamualaikum / Salam Sejahtera,Semua dijemput hadir ke program Sambutan Har...
17/03/2026

๐Ÿ“ข *Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026*

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Semua dijemput hadir ke program Sambutan Hari Pendengaran Sedunia yang akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 2 April 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

Aktiviti menarik yang disediakan:
๐Ÿ‘‚ Saringan Pendengaran Percuma
๐Ÿง  Kuiz
๐Ÿ“š Pameran Kesihatan Pendengaran

โœ… Terbuka kepada semua
โœ… Penyertaan adalah percuma

Jom datang bersama keluarga dan rakan-rakan!
Mari tingkatkan kesedaran tentang penjagaan pendengaran untuk semua. ๐ŸŽง๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

"Masalah pendengaran tidak nampak secara luaran, sebab itu ramai anggap ia bukan isu besar. Sedangkan tiga tahun pertama...
09/03/2026

"Masalah pendengaran tidak nampak secara luaran, sebab itu ramai anggap ia bukan isu besar. Sedangkan tiga tahun pertama kehidupan adalah tempoh kritikal perkembangan otak dan bahasa anak.

"Jika lewat dikesan, anak boleh ketinggalan dari segi pertuturan, akademik malah aspek sosial dan emosi,โ€ katanya dalam Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

Bersempena dengan Hari Pendengaran Sedunia 2026, Prof Madya Dr. Cila Umat mengupas topik bertajuk "Jangan Abai Pendengaran Anak Kita" bersama Media Selangor.

Teks penuh boleh dibaca di pautan : https://mediaselangor.com/ms/2026/03/345971

Video penuh boleh ditonton di pautan ini :
https://www.youtube.com/live/jj5npY1RMNQ?si=J55VDxbJGjvbY_-0

Pendengaran rosak boleh beri impak jangka panjang kepada pertuturan, akademik, sosial, dan emosi

Tahniah dan terima kasih kepada barisan urusetia dan penaja atas penganjuran bengkel ini. Bengkel Rehabilitasi Aural Dew...
09/02/2026

Tahniah dan terima kasih kepada barisan urusetia dan penaja atas penganjuran bengkel ini.
Bengkel Rehabilitasi Aural Dewasa ini secara tidak langsung menunjukkan peranan profesion masing-masing dalam mengurus pesakit dewasa.

Nantikan Siri Profesional HEARS di masa akan datang!

Bangi โ€“ Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama MED-EL

Tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Pensyarah Bersekutu Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (P...
06/02/2026

Tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Pensyarah Bersekutu Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat HEARS).

Seluruh warga Pusat HEARS, FSK mengucapkan sekali lagi tahniah dan syabas kepada Dr. Muhammad Nur Azam Ghazali, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan bagi tempoh dua (2) tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

Tahniah !!!

Assalamua'laikum wbt dan Salam sejahtera.Terbang tinggi burung rajawaliLayarnya gagah laju dan beraniSalam 2026 berfokus...
27/01/2026

Assalamua'laikum wbt dan Salam sejahtera.

Terbang tinggi burung rajawali
Layarnya gagah laju dan berani
Salam 2026 berfokuskan misi
Terus kehadapan ungguli universiti

Alhamdulillah,
Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS), FSK, UKM telah berjaya menghasilkan buletin sebagai ringkasan perjalanan Pusat HEARS sepanjang 2019-2025.
Pada tahun 2026 ini, Pusat HEARS mengorak langkah dan visi, misi dan logo baharu dengan fokus jelas selari dengan falsafah Universiti - Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Buletin Pusat HEARS versi penuh boleh didapati di pautan ini https://bit.ly/4riSgcD (Buletin Pusat HEARS).

Sekian, terima kasih

Siri Profesional HEARS : Bengkel Rehabilitasi Aural - Dengar, Berhubung, Menyinar : Pendekatan Praktikal dalam Rehabilit...
26/01/2026

Siri Profesional HEARS : Bengkel Rehabilitasi Aural - Dengar, Berhubung, Menyinar : Pendekatan Praktikal dalam Rehabilitasi Aural Dewasa
20-21 Januari 2026 @ UKMShape, UKM Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.

Bengkel dua hari ini dianjurkan oleh Pusat HEARS FSK dengan kerjasama MED-EL Hearlife Malaysia memulakan Siri Profesional HEARS 2026. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran ahli profesional kesihatan pendengaran dalam pengurusan rehabilitasi aural dewasa secara holistik yang melangkaui pemasangan alat bantu pendengaran. Seramai 55 orang audiologis dan terapis bahasa-pertuturan daripada sektor awam dan swasta telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini melibatkan teori dan โ€˜role playโ€™, disampaikan oleh pensyarah program Audiologi, Dr. Akmaliza Ali yang juga merupakan pengarah bengkel, Dr. Chong Foong Yen, Ms. Donna Sperandio dan Dr. Deepthi Mahadevappa, dua orang terapis pertuturan-bahasa yang sangat berpengalaman daripada pihak MED-EL Tajuk yang dibincangkan termasuk:-
1. Setting the right expectation
2. Auditory training for adults
3. Outcome measurement
4. Psychosocial consideration in hearing care
5. Consideration for older adults
6. Ling 6 and hearing technology
7. Introduction to ReDi app

Kemuncak bengkel, satu forum mengenai Menelusuri Sempadan Profesional telah diadakan dengan ahli panel, Puan Nurul Atiqah Mohd Zaki, Puan Nurulhusna Mohd Nor, Puan Rozila Sumardi dan Puan Sherin Sokmum. Forum dimoderasikan secara bersama oleh Dr. Nashrah Maamor, pensyarah program Audiologi dan Donna Sperandio daripada MED-EL. Perbincangan sangat menarik berkisar tentang sempadan professional dalam pengurusan kes rehabilitasi dewasa. Pada akhir forum, dirumuskan bahawa audiologis dan terapis pertuturan-bahasa perlu bersama-sama berganding bahu dalam mengurus kes pesakit dewasa dan bukan sekadar terhenti dengan pemasangan alat bantu pendengaran sahaja.

Sebagai penutup bengkel, Ketua Pusat HEARS mengumumkan mengenai perancangan Pusat HEARS untuk mengadakan program klinikal lanjutan untuk sekumpulan kecil peserta yang berhasrat untuk mendapat bimbingan lanjutan untuk mengendalikan rehabilitasi aural pesakit dewasa. Bimbingan klinikal akan dijalankan oleh Donna Sperandio dan Dr. Deepthi Mahadevappa daripada MED-EL dalam dua sesi sepanjang 2026. Maklumat lanjut akan dihantar kepada semua peserta yang telah menghadiri bengkel dua-hari ini.

Pusat HEARS mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penganjur bengkel yang diketuai oleh Dr. Akmaliza Ali dan pihak MED-EL (Malaysia).

Tahniah kepada Dr. Nashrah Maamor, Felo Pusat HEARS yang terlibat sebagai Coordinator dalam WHO World Hearing Forum โ€“ Ma...
09/01/2026

Tahniah kepada Dr. Nashrah Maamor, Felo Pusat HEARS yang terlibat sebagai Coordinator dalam WHO World Hearing Forum โ€“ Make Listening Safe Workstream.

Usaha beliau memberi fokus kepada pendidikan pendengaran selamat dan pencegahan kehilangan pendengaran, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti.

Memetik Dr. Nashrah, katanya, "Kehilangan pendengaran bukan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh dicegah dengan kesedaran dan tabiat mendengar yang betul."

Baca selanjutnya di sini: https://shorturl.at/Kbx72

Pada 7 Jan 2026, satu majlis pelancaran Panduan digital akomodasi dan modifikasi (A&M) untuk pengajaran dan pembelajaran...
08/01/2026

Pada 7 Jan 2026, satu majlis pelancaran Panduan digital akomodasi dan modifikasi (A&M) untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid berkeperluan khas ketidakupayaan pendengaran (MBPK KUP) telah berlangsung di Gerbang Minda, Fakulti Pendidikan UKM Bangi dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datoโ€™ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Keusahawanan) merangkap Ketua Pegawai Digital UKM.

Panduan ini dihasilkan melalui penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya DR. Cila Umat, Ketua Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM, dan dijalankan oleh pelajar Sarjana di bawah Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaRehab) FSK, Cik Nur Fatehah Mohd. Shukri. Beliau turut diselia oleh DR. Khairul Farhah Khairudin, pensyarah pengkhususan Pendidikan Khas Pendengaran, dari Fakulti Pendidikan, UKM Bangi. Projek ini menerima suntikan Dana Kajian Sosial 2024 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi mrembolehkan bengkel-bengkel Latihan guru di adakan menggunakan panduan digital yang dibangunkan.

Panduan digital A&M (AKOMODIFIKASI) ini merupakan inovasi digital pertama berbahasa Melayu yang mengintegrasikan Audiologi dan Pendidikan, direka khas untuk sekolah di Malaysia; dan mengandungi strategi A&M menyeluruh untuk diterapkan oleh guru dalam PdP bagi MBPK KUP.

Majlis turut dihadiri oleh Dekan FSK, PM Dr. Hasnah Toran mewakil Dekan Fakulti Pendidikan, wakil-wakil dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengerusi Pusat Kajian iCaRehab FSK, Ketua Program Audiologi FSK, ahli-ahli Pusat HEARS, FSK, presiden NGO Hear Me iaitu Kumpulan sokongan ibubapa untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran, selain pensyarah dan para pelajar prasiswazah Fakulti Pendidikan di bawah pengkhususan Pendidikan khas pendengaran.

Panduan ini juga telah mendapat perlindungan Harta Intelek dalam kategori Hak Cipta oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia Akta Hak Cipta 1987 pada 2025. Ia juga memenangi pingat gangsa kategori inovasi penyelidikan semasa Hari Inovasi & Penyelidikan FSK 2025.

๐Ÿ“ข TINGGAL 14 HARI SAHAJA LAGI UNTUK DAFTAR! Adakah anda Ahli Audiologi atau Ahli Terapi Pertuturan Bahasa dan ingin meni...
29/12/2025

๐Ÿ“ข TINGGAL 14 HARI SAHAJA LAGI UNTUK DAFTAR!

Adakah anda Ahli Audiologi atau Ahli Terapi Pertuturan Bahasa dan ingin meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai Siri Profesional HEARS: Bengkel Rehabilitasi Aural anjuran Pusat HEARS UKM dan MED-EL Malaysia.

๐Ÿ—“๏ธ 20 dan 21 Januari 2026
๐Ÿ“ Kompleks UKMShape KTSN, Kuala Lumpur
โœ… 10 mata CPD, HRDC claimable
โฉ Daftar sekarang, tempat terhad: https://tinyurl.com/bengkel-ar-hears

๐Ÿšจ Tarikh akhir pendaftaran: 12 Januari 2026

Untuk pertanyaan, sila hubungi: Puan Izzati izzatiyusoff@ukm.edu.my

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS    Infografik - Masalah Pendengaran Kanak-kanak๐ŸŒผ Masalah Pendengaran dalam Kalangan Ka...
26/12/2025

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS
Infografik - Masalah Pendengaran Kanak-kanak

๐ŸŒผ Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak โ€” Kenali & Tindakan Awal Itu Penting!

Tahukah anda, kira-kira 3 hingga 4 daripada setiap 1000 bayi dilahirkan dengan masalah pendengaran? ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ‘‚๐Ÿป

Masalah ini boleh dikesan seawal bayi baru lahir melalui ujian saringan pendengaran yang dijalankan di kebanyakan hospital utama di Malaysia.

Masalah pendengaran terbahagi kepada dua jenis: 1๏ธโƒฃ Kongenital โ€“ wujud sejak lahir
2๏ธโƒฃ Perolehan โ€“ berlaku selepas kelahiran atas pelbagai sebab

Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian masalah pendengaran termasuklah:
๐Ÿ”น Sejarah keluarga dengan masalah pendengaran
๐Ÿ”น Jangkitan semasa kehamilan (contohnya cytomegalovirus, rubella, toxoplasmosis)
๐Ÿ”น Berat lahir < 1.5 kg
๐Ÿ”น Jaundis yang memerlukan transfusi darah
๐Ÿ”น Penggunaan ubat ototoksik
๐Ÿ”น Jangkitan selepas lahir (campak, meningitis)
๐Ÿ”น Struktur kepala/muka tidak normal atau sindrom genetik (contohnya Sindrom Down)
๐Ÿ”น Kecederaan kepala

๐Ÿฉบ Pengesanan awal sangat penting!
Dengan intervensi dan sokongan yang betul, perkembangan bahasa dan komunikasi anak dapat dibantu sejak awal lagi.

โœจ โ€œDengar awal, bantu bercakap awal.โ€
Jika anda risau tentang pendengaran anak, hubungi Pusat HEARS UKM di talian 03-92895132 untuk mendapatkan temujanji.

Address

Pusat Telinga, Pendengaran Dan Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan, Blok 8 Tingkat 3, Universiti Kebangsaan
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392895133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat HEARS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram