dR Gamat Pakar Merawat Penyakit

dR Gamat Pakar Merawat Penyakit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from dR Gamat Pakar Merawat Penyakit, Vitamins/Supplements, Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Nikmati kembali KEREMAJAAN dan KESIHATAN DIRI dengan teknologi terkini Suplemen berasaskan GAMAT PREMIUM TRADISEA sebagai MAKANAN BERNUTRISI TINGGI & MAKANAN BERFUNGSI.

19/12/2025
05/12/2025

“Ya Allah, berkatilah setiap usaha kami agar membawa manfaat kepada orang ramai.”

GAMAT SEBAGAI SUMBER PROTEIN BAIKGamat merupakan haiwan laut yang biasa ditemui di perairan tropika dan subtropika. Gama...
06/10/2025

GAMAT SEBAGAI SUMBER PROTEIN BAIK
Gamat merupakan haiwan laut yang biasa ditemui di perairan tropika dan subtropika. Gamat telah lama digunakan sebagai makanan dan perubatan tradisional di beberapa negara di Asia dan Pasifik, termasuk Indonesia, China, Jepun, Korea dan Malaysia.
Protein adalah nutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dalam badan, seperti otot, tulang, kulit dan rambut. Protein juga diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat dan menghasilkan enzim dan hormon.
Menurut kajian, gamat mengandungi kira-kira 82% protein daripada berat keringnya, jadi ia boleh menjadi sumber protein yang baik untuk tubuh. Selain itu, gamat juga mengandungi asid amino penting yang penting untuk tubuh, seperti lisin, leucine, isoleucine, valine, methionine, phenylalanine dan threonine.
Selain itu, gamat juga mengandungi kolagen, kondroitin, dan glukosamin yang bermanfaat untuk kesihatan tulang dan sendi. Kolagen ialah protein yang membentuk tisu penghubung dalam badan, termasuk tulang dan sendi, manakala kondroitin dan glukosamin boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kelenturan sendi.
Gamat juga mengandungi pelbagai khasiat penting lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, kalsium, zat besi, magnesium dan fosforus. Kesemua nutrien ini penting untuk kesihatan dan fungsi badan yang optimum.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan gamat boleh membantu meningkatkan imuniti, memperbaiki keadaan kulit, mengurangkan keradangan, dan berpotensi sebagai anti-kanser. Oleh itu, gamat boleh dijadikan sumber protein yang baik dan sihat dalam diet harian.
Selain sebagai sumber protein yang baik, gamat juga mengandungi sebatian bioaktif seperti glikosida triterpenoid, asid lemak omega-3, dan kondroitin sulfat. Sebatian ini mempunyai banyak manfaat kesihatan, seperti mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan gejala asma, dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Namun, perlu diingat bahawa tidak semua gamat boleh dimakan oleh manusia. Sesetengah spesies gamat mengandungi toksin yang berbahaya kepada kesihatan. Oleh itu, pastikan anda memilih gamat yang selamat dan bersih sebelum dimakan.
Paling selamat, jadikan Royal Gamat Liquid TradiSea keluaran AJE Wellness sebagai pilihan utama kerana ia telah dihasilkan menggunakan teknologi terkini dengan tiada bau busuk, tiada rasa masin, rasa yang lebih sedap sesuai dengan selera anak-anak dan paling penting cara terbaik paling efektif untuk mendapatkan khasiat pati gamat yang baik untuk kesihatan tubuh kita.
Roger segera sebelum kehabisan stok!
Hubungi 018-359 7495

9 PUNCA TANGAN KEBAS YANG RAMAI TERLEPAS PANDANGTiba-tiba tangan rasa kebas? Jangan buat tak tahu… 😬  Bukan sebab "terti...
21/07/2025

9 PUNCA TANGAN KEBAS YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG
Tiba-tiba tangan rasa kebas? Jangan buat tak tahu… 😬
Bukan sebab "tertidur atas tangan" je tau, kadang ada sebab yang kita langsung tak sangka!
Ni 9 punca tangan kebas yang ramai terlepas pandang :
🤚 Saraf terhimpit (Carpal Tunnel Syndrome)
😴 Tidur dalam posisi yang salah
🦴 Slip disc (masalah tulang belakang)
🧁 Diabetes
💓 Tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
💊 Kekurangan vitamin B12
💧 Kurang minum air / kurang elektrolit
😰 Anxiety & stress
📱 Pegang telefon/gadget terlalu lama
Kadang rasa macam benda biasa, tapi kalau berlarutan… boleh jadi petanda masalah kesihatan yang lebih serius.
Gais,
Kalau kerap kebas, jangan abaikan. Periksa gaya hidup, jaga pemakanan, cukup rehat dan gerakkan tangan selalu. Kalau makin teruk, elok jumpa pakar.
Badan kita dah bagi signal, kita je yang kena peka.

NIKMATNYA DURIAN!Musim durian dah tiba! Dengan baunya yang ‘menggoda’, rasa lemak manis, dan warna isinya pasti buat kit...
02/07/2025

NIKMATNYA DURIAN!
Musim durian dah tiba! Dengan baunya yang ‘menggoda’, rasa lemak manis, dan warna isinya pasti buat kita telan air liur!
Tapi ingat ya, kalau makan durian tak kena cara atau terlebih, boleh rasa tak selesa – contohnya rasa panas badan, sakit kepala, atau badan rasa ‘berangin’. Tapi ini bergantung pada badan masing-masing juga.
Kalau nak nikmati durian dengan lebih selamat, boleh ikut tip dari KKM ni :
1️⃣ Jangan makan masa perut kosong – isi dulu perut dengan makanan utama.
2️⃣ Makan selepas hidangan utama, bukan ganti nasi ya!
3️⃣ Minum air kosong, elakkan air manis.
4️⃣ Ambil secara sederhana – 3 ulas dah cukup untuk nikmati rasa durian.
5️⃣ Hadkan makanan lain yang tinggi gula/santan macam cendol, bubur atau dodol durian.
Durian pun ada khasiatnya tau, yang penting kita kawal cara pengambilannya.
Makan berpada-pada, nikmat pun terasa!





29/06/2025

“Ya Allah, tutup bulan JUN ini dengan rahmat, keampunan, dan keberkatan daripada-Mu.”

18/06/2025

Assalamualaikum. Pagi!!
“Ya Allah, lapangkan dadaku dan permudahkan segala urusanku hari ini.”

"Kajian oleh penyelidik dari University of Mississippi mendapati GAMAT mengandungi bahan semulajadi yang dapat menghalan...
12/06/2025

"Kajian oleh penyelidik dari University of Mississippi mendapati GAMAT mengandungi bahan semulajadi yang dapat menghalang penyebaran sel kanser."
"Sea Cucumbers Could Hold Key to Stopping Cancer Spread"
UM-led study explores how sea cucumber sugars could be used in cancer therapy
Sumber info kajian & gambar dari University of Mississippi : https://shorturl.at/zqWro


30/05/2025

Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit hati seperti riak, ujub, dan takabbur. Jadikanlah kami hamba yang rendah hati dan tawaduk

Send a message to learn more

Al-Murtajiz, Kuda Kesayangan Rasulullah ﷺ 🐎Namanya membawa makna "bunyi gemuruh", kerana derap langkahnya bergetar kuat,...
09/03/2025

Al-Murtajiz, Kuda Kesayangan Rasulullah ﷺ 🐎
Namanya membawa makna "bunyi gemuruh", kerana derap langkahnya bergetar kuat, bagaikan guruh yang menggegarkan bumi.
Al-Murtajiz bukan sekadar kuda biasa. Ia adalah tunggangan yang dipilih oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam pelbagai perjalanan penting.
Dalam satu riwayat sahih daripada Sahih al-Bukhari & Sunan Abu Dawud, Jabir bin Abdullah RA menyebut bahawa Rasulullah ﷺ memiliki kuda ini, yang menjadi salah satu tunggangan baginda.
🐎 Mengiringi Baginda dalam Perang Tabuk (9H)
Ketika umat Islam berangkat ke medan Perang Tabuk, perjalanan yang penuh cabaran di tengah padang pasir yang panas terik, kuda al-Murtajiz turut bersama.
Ia berlari gagah di samping pasukan Islam, menjadi saksi kepada jihad Rasulullah ﷺ dan para sahabat.
✨ Keistimewaan al-Murtajiz
➡️ Dikenali dengan bunyi gemuruhnya ketika berlari.
➡️ Salah satu kuda kesayangan Rasulullah ﷺ
➡️ Menemani baginda dalam misi penting umat Islam.
Nabi Muhammad ﷺ amat menyayangi kuda, dan Islam mengangkat darjat haiwan ini sebagai makhluk yang mulia.
Dalam banyak riwayat, baginda menggalakkan umat Islam untuk memiliki dan melatih kuda kerana ia adalah simbol kekuatan dan kehebatan umat Islam.
📖 Sabda Rasulullah ﷺ:
"Kebaikan itu tetap ada pada ubun-ubun kuda hingga hari kiamat."
(Sahih al-Bukhari, No. 2852)
Kuda bukan sekadar haiwan tunggangan, tetapi sahabat setia dalam perjuangan Islam.
Semangat al-Murtajiz mengingatkan kita agar terus berusaha, bergerak maju dengan penuh kekuatan, dan menjadi gemuruh dalam menegakkan kebenaran.
Insyaallah Team Akademi Jari Emas pasti bergerak sepantas itu untuk terus maju dalam jihad ekonomi untuk diri, keluarga dan masyarakat 💪



Gamat ni kaya dengan zat galian antaranya Mukopolisakarida (MPS).Mukopolisakarida (MPS) ni merupakan bahan dalam pembent...
19/01/2025

Gamat ni kaya dengan zat galian antaranya Mukopolisakarida (MPS).
Mukopolisakarida (MPS) ni merupakan bahan dalam pembentukan kartilaj tulang yang amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit sendi.
Sebab tu Alhamdulillah kenapa ramai yang mengalami masalah sakit lutut sejak mengamalkan minum Royal Gamat Liquid Tradisea ni, mereka happy sangat sebab masalah sakit lutut mereka dapat dibantu dan mereka boleh menjalani aktiviti rutin harian seperti biasa.
Bagus ke bagus?

18/01/2025

SAKIT BAHU simptom awal ARTHRITIS. Amalkan terapi urutan pada bahu & minum
Royal Gamat Liquid

Address

Pandan Jaya
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when dR Gamat Pakar Merawat Penyakit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Selamat Datang

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari fb pages kami (dR Gamat Pakar Merawat Penyakit). Bagi anda yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan anda atau yang sedang mencari langkah pencegahan kepada ancaman-ancaman terhadap kesihatan anda, kami menyediakan untuk anda produk Jelly Gamat GOLD yang PERTAMA di dunia dihasilkan secara saintifik, selamat & terbukti berkesan.