Hospital Kuala Penyu

Hospital Kuala Penyu page Rasmi Hospital Kuala Penyu (HKP) Sabah. More Info @ HKP Official Website:
https://hkp.moh.gov.my

Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni yang dianjurkan oleh PERKIPS Kuala Penyu di Taman Terapeutik, Hospital Kuala Penyu.D...
14/04/2026

Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni yang dianjurkan oleh PERKIPS Kuala Penyu di Taman Terapeutik, Hospital Kuala Penyu.

Dengan tema "Membangun Masyarakat Madani", penceramah undangan, Dr Ahmad Safuan Hj Idrus dalam ceramahnya menekankan kepentingan ibadah dalam kehidupan harian.

Selain itu program ini turut diserikan dengan pertandingan hafazan dan bercerita kanak-kanak, tilawah Al-Quran, dan nasyid.

Selain Dr Ahmad Safuan, HKP turut merakamkan setinggi-tonggi penghargaan kepada Imam Sofuan dari Palu-Palu dan Ustazah Norsiah sudi untuk menjadi juri bagi pertandingan tersebut.

Diharap program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Hospital Kuala Penyu. PERKIPS cawangan Kuala Penyu dan Hospital Kuala Penyu merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat. Juga jutaan terima kasih kepada semua ahli PERKIPS, sama ada dari HKP atau Klinik-klinik kesihatan Kuala Penyu atas sumbangan tenaga, wang dan lain-lain bagi menjayakan program ini.

Lawatan audit silang HPIA & KPI PKN/ TPKN dari Hospital Kota Belud untuk KPI 2026. Terima kasih kepada auditor-auditor y...
13/04/2026

Lawatan audit silang HPIA & KPI PKN/ TPKN dari Hospital Kota Belud untuk KPI 2026.

Terima kasih kepada auditor-auditor yang diketuai Dr Edna Peter. Semoga KPI ini boleh diterjemahkan dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan.

Lawatan penyeliaan program kawalan dan pencegahan HIV/STI/Hepatitis C, cawangan HISTep Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke...
08/04/2026

Lawatan penyeliaan program kawalan dan pencegahan HIV/STI/Hepatitis C, cawangan HISTep Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Hospital Kuala Penyu diketuai Dr Elron Alpero bin Augustine. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Nurul Izzah

Tahniah kepada Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, atas penganugerahan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu...
31/03/2026

Tahniah kepada Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, atas penganugerahan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK).
Ikhlas daripada seluruh warga Hospital Kuala Penyu, Sabah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin - Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan semua warga Hospital Kuala Pen...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin - Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan semua warga Hospital Kuala Penyu

Program Ihya’ Ramadan Surau As-Syifa’, Hospital Kuala Penyu anjuran PERKIPS Kuala Penyu telah berlangsung dengan lancar ...
13/03/2026

Program Ihya’ Ramadan Surau As-Syifa’, Hospital Kuala Penyu anjuran PERKIPS Kuala Penyu telah berlangsung dengan lancar pada 12 Mac 2026 di Surau As Syifa, Hospital Kuala Penyu. Program ini menghimpunkan warga hospital, klinik serta para jemputan bagi menghayati semangat Ramadan melalui aktiviti yang memupuk kebersamaan, keprihatinan dan ukhuwah. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu (ALPH) yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Pangiran Jaafar bin Pangiran Osman.

Program bermula seawal pagi dengan gotong-royong memasak bubur lambuk, diikuti dengan ziarah pesakit di wad untuk edaran bubur lambuk. Program turut diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran, kemudian diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawikh.

Pihak PERKIPS Kuala Penyu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta para penyumbang yang menjayakan program ini, dengan harapan usaha ini menjadi amal jariah serta terus mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga hospital.

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan dari pengurusan tertinggi Hospital Kuala Penyu.
10/03/2026

Selamat Hari Penolong Pegawai Perubatan dari pengurusan tertinggi Hospital Kuala Penyu.

Keputusan Akreditasi  Malaysian Society of Quality in Health (MSQH) Hospital Kuala PenyuDengan penuh rasa syukur, Hospit...
05/03/2026

Keputusan Akreditasi Malaysian Society of Quality in Health (MSQH) Hospital Kuala Penyu

Dengan penuh rasa syukur, Hospital Kuala Penyu telah berjaya menerima Akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi tempoh 4 tahun.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan HKP dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti, tadbir urus yang cekap dan berintegriti, keselamatan pesakit sebagai keutamaan serta penambahbaikan kualiti secara berterusan

Kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan seluruh warga kerja serta sokongan padu daripada komuniti Kuala Penyu. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.


28 Februari 2025 - Genap 20 tahun penubuhan Hospital Kuala Penyu, kami terus komited memberikan perkhidmatan kesihatan y...
28/02/2026

28 Februari 2025 - Genap 20 tahun penubuhan Hospital Kuala Penyu, kami terus komited memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berintegriti kepada masyarakat Kuala Penyu dan sekitarnya.

Terima kasih kepada semua warga kerja – dahulu dan kini – atas dedikasi, pengorbanan dan semangat yang tidak pernah luntur.

Bersama kita melangkah ke dekad seterusnya dengan tekad memperkukuh mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

*UPDATED*25 FEB 2026 (3.53pm)SISTEM TALIAN TELEFON HKP  BRRFUNGSI SEPERTI BIASASEBARANG PANGGILAN MASUK DAN KELUAR BOLEH...
25/02/2026

*UPDATED*

25 FEB 2026 (3.53pm)

SISTEM TALIAN TELEFON HKP BRRFUNGSI SEPERTI BIASA
SEBARANG PANGGILAN MASUK DAN KELUAR BOLEH DIAKSES DENGAR LANCAR

SEKIAN, TQ.

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Hospital Kuala Penyu sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Pihak hospital...
24/02/2026

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Hospital Kuala Penyu sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Pihak hospital sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Bagi sebarang urusan penting, sila hubungi:

📞 UNIT KECEMASAN : 012-5505476 (24H)
📞 DEWAN BERSALIN : 012-5505108 (24H)
📞 JABATAN PESAKIT LUAR :012-5504258 (WAKTU PEJABAT)

📧 E-mel: pengarah.kualapenyu@moh.gov.my

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda.

Perhimpunan pagi bulanan HKP bulan Januari 2026 dianjurkan oleh Unit Pengurusan.3 anggota HKP yang mendapat anugerah Pek...
20/02/2026

Perhimpunan pagi bulanan HKP bulan Januari 2026 dianjurkan oleh Unit Pengurusan.

3 anggota HKP yang mendapat anugerah Pekerja Contoh Bulanan:
1. Ranie Romanus Maluda (Wad Lelaki)
2. Puan Diana Ukah (Unit Pengurusan)
3. Puan Suziyanti Awang (Wad Lelaki)

Selain itu, pada perhimpunan pagi diakhiri dengan bacaan ikrar Akta Rahsia Rasmi oleh En Affendy Salleh.

Semoga HKP terus mengekalkan kecemerlangannya.

Address

Hospital Kuala Penyu
Kuala Penyu
89740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Penyu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Penyu:

Share

Category