Sriidu Kuala Pilah

Sriidu Kuala Pilah "KE ARAH GENERASI AL-QURAN"

Sebuah Pusat Pendidikan Swasta ke arah Pendidikan Rabbani dan Inovasi. ๏ฟฝ

[KEPUTUSAN UPKK 2025]Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keputusan UPKK 2025 yang telah diumumkan pa...
25/02/2026

[KEPUTUSAN UPKK 2025]

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keputusan UPKK 2025 yang telah diumumkan pada hari ini, 25 Februari 2026.
Alhamdulillah, bagi Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah, seramai 14 orang calon berjaya menduduki peperiksaan dan mencatatkan keputusan seperti berikut :

9A - 2 orang
8A - 3 orang
7A - 3 orang
6A - 1 orang
5A - 1 orang
4A - 2 orang
1A - 2 orang

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada semua calon UPKK 2025 atas usaha, kesungguhan dan pengorbanan sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Kejayaan hari ini adalah hasil doa, disiplin serta bimbingan guru-guru dan sokongan ibu bapa yang tidak pernah putus.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa diatas sokongan yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat menjadi jambatan kepada pintu-pintu kejayaan yang lain.

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿคฒ Ya Allah, kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman yang benar, ilmu yang bermanfaat, hati yang istiqamah dalam kebaikan serta kejayaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat. Jadikan mereka anak-anak soleh dan solehah yang membanggakan agama, bangsa dan negara.

Sekian terima kasih.

_Pengurusan Sriidu K.Pilah_

22/02/2026
TAHNIAH DAN SYABASPenyertaan pertama murid SRIIDU Kuala Pilah dalam pertandingan memanah kategori bawah 12 tahun.  Seram...
16/02/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Penyertaan pertama murid SRIIDU Kuala Pilah dalam pertandingan memanah kategori bawah 12 tahun. Seramai 3 orang murid mewakili SRIIDU Kuala Pilah.

Tahniah buat adik Anas bin Rostam dapat meraih ranking dalam Negeri Sembilan Cilik Bawah 9 tahun iaitu tempat ke 4 daripada 17 orang peserta. Disamping itu, Bawah 12 tahun dapat ranking juga alhamdulillah dan ramai saingan yang hebat2... moga istiqomah dalam memanah supaya game akan datang kita up lagi ranking target top 10 mengukir nama anak2 di masa yang akan datang .

Insha Allah pihak sekolah cuba sebaik mampu menjadi ketua kontijen atlet memanah dimasa yang akan datang bagi susunan yang lebih teratur ๐Ÿคฒ๐Ÿผ dan membawa ramai lagi atlet pemanah dari SRIIDU kuala pilah bagi mengukir nama serta meraih pemarkahan PaJSK jika ada insha Allah .

12/02/2026
01/02/2026

๐ˆ๐๐…๐Ž ๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š ๐Š๐‡๐”๐“๐๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐˜๐€๐€๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐“๐€๐‰๐”๐Š: ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐’๐ˆ ๐’๐˜๐€'๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐’๐”๐๐€๐“ & ๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“

Jalanilah bulan Syaโ€˜ban ini untuk melatih diri dengan puasa sunat & ibadah supaya Ramadan lebih bermakna dan berkualiti.
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan ini dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan yang mulia.

-----------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/






25/01/2026

Genius Caliph Darul Ulum Kuala Pilah

Aktiviti : About me ๐Ÿ‘‘
Objektif :
โ€ข mengenal pasti dan berkongsi maklumat seperti nama, warna kegemaran, haiwan atau hobi dengan melengkapkan mahkota.
โ€ข meningkatkan kemahiran motor halus melalui mewarna, memotong dan menghias mahkota.
โ€ข membina keyakinan dan kemahiran bertutur dengan mempersembahkan mahkota mereka kepada rakan sekelas.

25/01/2026

Genius Caliph Darul Ulum Kuala Pilah

Aktiviti : Cut my hair ๐Ÿ’‡โ€โ™€๏ธ
Objektif:
โ€ข meningkatkan fokus anak-anak semasa melakukan aktiviti menggunting dan menampal.
โ€ข mengembangkan kemahiran motor halus anak-anak.
โ€ข menggalakkan kreativiti dan imaginasi anak-anak ketika aktiviti dijalankan.

25/01/2026

Genius Caliph Darul Ulum Kuala Pilah

Objektif :
โ€ข membantu menguatkan koordinasi tangan dan mata semasa membuat titik mengikut bentuk huruf nama.
โ€ข dapat membantu mengukuhkan pengenalan huruf khususnya huruf nama sendiri.

25/01/2026

GENIUS CALIPH DARUL ULUM KUALA PILAH

Umur 4 , 5 dan 6 tahun
Aktiviti : Jom padankan huruf (nama)

Objektif:
โ€ข meningkatkan keupayaan kognitif anak-anak dalam mengecam serta membezakan bentuk huruf besar dan huruf kecil.
โ€ข meningkatkan koordinasi mata dan tangan.
โ€ข melatih kemahiran motor halus.

TAKLIMAT IBU BAPA SESI 2026 DAN SERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHANProgram ini menerangkan kurikulum akademik, kokurikulum...
25/01/2026

TAKLIMAT IBU BAPA SESI 2026 DAN SERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Program ini menerangkan kurikulum akademik, kokurikulum dan silibus tahfiz bagi sesi 2026 ini. Alhamdulilah program berjalan dengan lancar. Terima kasih Umi abi yang hadir.

20/01/2026

Minggu Orientasi Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah sesi 2026 yang dikenali sebagai Minggu Taadib. Sepanjang minggu tersebut, pelajar didedahkan dengan pengenalan sekolah, peraturan, serta nilai-nilai adab dan disiplin yang menjadi teras pembentukan sahsiah. Pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, ukhwah dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Minggu Taadib ini bukan sahaja membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, malah menjadi langkah awal dalam membina jati diri sebagai pelajar DU Kuala Pilah.

14/01/2026

Daulat Tuanku

Dengan penuh takzim dan rasa hormat setinggi-tingginya,

Akademi Darul Ulum Negeri Sembilan merafak sembah serta mempersembahkan ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-78
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,

pada 14 Januari 2026 bersamaan 24 Rejab 1447 Hijrah.

Sesungguhnya, kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berteraskan kebijaksanaan, keadilan serta berpegang teguh kepada adat dan syariat Islam telah menjadi payung kedaulatan serta tonggak kestabilan Negeri Sembilan Darul Khusus. Di bawah naungan pemerintahan Tuanku, negeri ini terus melangkah maju dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan Rahmat, Keafiatan serta Kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang berpanjangan serta kekuatan berterusan dalam memerintah Negeri Sembilan dengan penuh hikmah dan keadilan.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Sekian, merafak sembah.

Sembah Takzim daripada,
Keluarga Besar Akademi Darul Ulum Negeri Sembilan

Address

No 48, Taman Wira Trade, Pusat Komersial Melang
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sriidu Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sriidu Kuala Pilah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram