Hospital Tuanku Ampuan Najihah

Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah Hospital is located at KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah 72000, is a District Hospital wit

๐Œ๐š๐ซ๐ก๐š๐›๐š๐ง ๐˜๐š ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง ๐ŸŒ™Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) mengucapkan Sel...
18/02/2026

๐Œ๐š๐ซ๐ก๐š๐›๐š๐ง ๐˜๐š ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง ๐ŸŒ™

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadhan pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah serta terus menjaga kesihatan diri sepanjang bulan yang mulia ini.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja HTAN

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—š๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ซ๐—ถ ๐—™๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐—ถ, ๐—ซ๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ.Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyar...
17/02/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—š๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ซ๐—ถ ๐—™๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐—ถ, ๐—ซ๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฒ.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia.

Semoga tahun baharu ini membawa kesihatan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua.

Ikhlas daripada:
YBrs.Pengarah dan
warga kerja Hospital Tuanku Ampuan Najihah

KURSUS PEMANTAPAN JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH (HTAN)Hospital Tuanku Ampuan Najihah ...
14/02/2026

KURSUS PEMANTAPAN JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015
HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH (HTAN)

Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 pada 12 hingga 13 Februari 2026 bertempat di Dewan Nukleus HTAN.

Kursus ini dikendalikan oleh En. Azharuddin bin Mohd Samion, Juruperunding Kualiti dan Alam Sekitar daripada EQ Management Associates Sdn. Bhd., yang berpengalaman luas dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

Seramai 70 kakitangan HTAN telah menyertai kursus ini bagi memperkukuh kefahaman dan kompetensi dalam pelaksanaan audit dalaman selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015.

Fokus utama kursus adalah pemahaman klausa standard, kaedah pelaksanaan audit yang sistematik, penulisan laporan audit yang efektif serta pengurusan ketidakakuran dan tindakan pembetulan.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan HTAN dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan dan berterusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak urus setia atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan kelancaran penganjuran kursus ini serta usaha berterusan dalam mempertingkatkan kualiti pelaksanaan program di HTAN.

09/02/2026
๐Ÿ“–โœจ MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH ISRAK MIKRAJ HTAN 2026 โœจ๐Ÿ“–๐Ÿ“† Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 10.00 pagi๐Ÿ“ช Tempat...
16/01/2026

๐Ÿ“–โœจ MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH ISRAK MIKRAJ HTAN 2026 โœจ๐Ÿ“–

๐Ÿ“† Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 10.00 pagi
๐Ÿ“ช Tempat: Klinik Pakar O&G (KP5), HTAN

Majlis ini telah berjaya dianjurkan hasil kerjasama antara Jabatan O&G dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Huzaifah bin Jalal Asnawi dan menjadi platform pengisian rohani yang bermakna, memperkukuh nilai keimanan.

Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj ini menyuntik kekuatan iman dan semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan kecemerlangan demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat

๐ŸŒธ Terima kasih kepada semua warga HTAN yang telah hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga pengisian rohani ini terus membawa keberkatan dan kekuatan kepada seluruh warga kerja.

HTAN

๐ŸŒฟโœจ JOM SEGAR PAGI โ€“ UNIT KEJURURAWATAN HTANโœจ๐ŸŒฟ๐Ÿ“… 16 Januari 2026 (Jumaat)๐Ÿ“ Dewan Nukleus, HTANProgram Jom Segar Pagi anjur...
16/01/2026

๐ŸŒฟโœจ JOM SEGAR PAGI โ€“ UNIT KEJURURAWATAN HTANโœจ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“… 16 Januari 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Nukleus, HTAN

Program Jom Segar Pagi anjuran Unit Kejururawatan HTAN telah berlangsung dengan lancar dalam suasana ceria, bertenaga dan penuh semangat kebersamaan. Kehadiran kakitangan daripada pelbagai jabatan hadir untuk memulakan hari dengan tenaga positif dan minda segar. โœจ

โœจ Atur cara program:
โ€ข Ketibaan Pengarah Hospital & Timbalan Pengarah Pengurusan
โ€ข Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Kami Sedia Membantu
โ€ข Lafaz Ikrar Rukun Negara & bacaan doa
โ€ข Tayangan Montaj Video
โ€ข Kata alu-aluan oleh Ketua Unit Kejururawatan
โ€ข Ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Noor Fakhrul Azman bin Mohd Ali (Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Najihah )

๐ŸŒธ Program ini bukan sahaja bertujuan menyegarkan minda dan fizikal warga kerja, malah menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama, komunikasi berkesan dan semangat kerja berpasukan.

๐Ÿ‘ Tahniah & syabas kepada YBrs. Pn. Rosmawati binti Khalid (Ketua Penyelia Jururawat) HTAN serta semua kakitangan Unit Kejururawatan atas penganjuran program yang tersusun dan berimpak positif.

๐Ÿ™ Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga semangat โ€œJom Segar Pagiโ€ terus menyemarakkan keceriaan, kerjasama dan kesejahteraan kakitangan HTAN.






03/01/2026

Pihak pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN ) turut berdukacita dan ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Khairul Nizam bin Harun, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) telah kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2026 (Jumaat). Sesungguhnya pihak HTAN telah kehilangan seorang anggota yang baik dan berdedikasi.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Program Berkhatan Peringkat Hospital anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan bersama Jabatan Pembedahan dan dibantu oleh Unit ...
22/12/2025

Program Berkhatan Peringkat Hospital anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan bersama Jabatan Pembedahan dan dibantu oleh Unit Kejururawatan dan Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Ampuan Najihah telah diadakan pada 21 Disember 2025. Program ini telah dimeriahkan dengan semburan air oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seri Menanti. Program yang diadakan untuk anak-anak kakitangan hospital ini telah dirasmikan oleh Dr Hasri Bin Hafidz selaku Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan HTAN. Terima kasih kepada Dr Shubathira a/p Manohkaran (Ketua Jabatan Pembedahan), Pn Nurrul Salwa Binti Saleh (Ketua Jabatan Farmasi), Pn Rosmawati Binti Khalid (Ketua Penyelia Jururawat), semua urus setia dan kakitangan terlibat. Tahniah kepada anak-anak yang telah selamat dikhatankan.

๐ŸŒฟโœจ JOM SEGAR PAGI โ€“ JABATAN PERUBATAN REHABILITASI โœจ๐ŸŒฟPada 18 Disember 2025 (Khamis), Dewan Nukleus telah bergema dengan ...
18/12/2025

๐ŸŒฟโœจ JOM SEGAR PAGI โ€“ JABATAN PERUBATAN REHABILITASI โœจ๐ŸŒฟ

Pada 18 Disember 2025 (Khamis), Dewan Nukleus telah bergema dengan semangat warga Jabatan Perubatan Rehabilitasi dalam Perhimpunan Jom Segar Pagi.
Program ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Noor Fakhrul Azman bin Mohd Ali (Pengarah Hospital),YBrs.
Dr.Gunaseelan a/l Kumar,( Timbalan Pengarah Perubatan), YBrs. Dr. Hanita binti Mohamad (Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi), Ketua-Ketua Jabatan,Pakar-pakar serta warga kerja dari pelbagai unit di HTAN.

Atur Cara Perhimpunan:
โ–ช๏ธ Ketibaan Pengarah & TPP
โ–ช๏ธ Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu KKM
โ–ช๏ธ Lafaz Ikrar Rukun Negara
โ–ช๏ธ Bacaan Doa
โ–ช๏ธ Tayangan Montaj Video
โ–ช๏ธ Kata Alu-aluan Ketua Jabatan
โ–ช๏ธ Aktiviti Interaktif Kahoot!
โ–ช๏ธ Ucapan Pengarah
โ–ช๏ธ Penyampaian Hadiah & Cenderahati
โ–ช๏ธ Bersurai

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Hanita binti Mohamad (Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi) serta semua warga Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang telah berjaya menguruskan perhimpunan ini dengan cemerlang dan terbilang. Suasana penuh keceriaan, interaksi positif, dan aktiviti menyeronokkan seperti aktiviti 'Kahoot!', membuktikan bahawa kerja sihat, minda cergas, dan semangat berpasukan boleh berjalan seiring.

Program ini bukan sahaja menyemai semangat kesihatan dan kesejahteraan warga kerja, malah meneguhkan komitmen jabatan dalam menyediakan perkhidmatan rehabilitasi berkualiti dan profesional.

๐Ÿ’ก Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi inspirasi, memupuk budaya kerja positif, dan meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan semua warga jabatan di HTAN

๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐š๐ค๐ณ๐ข๐š๐กWarga Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah merakamkan ucapan takziah atas pemergian ๐——๐—ฟ. ๐—ฆ๐—ถ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ต๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ฎ ...
17/12/2025

๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐“๐š๐ค๐ณ๐ข๐š๐ก

Warga Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah merakamkan ucapan takziah atas pemergian ๐——๐—ฟ. ๐—ฆ๐—ถ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ต๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ฎ ๐—ฎ/๐—ฝ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฝ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—บ, Pegawai Pergigian, Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada jabatan dan khususnya perkhidmatan pergigian.

Semoga ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

๐Ÿ•Š๏ธ Ucapan Takziah ๐Ÿ•Š๏ธ

Warga Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Dr Siinthujaa a/p Supramaniam,
Pegawai Pergigian,
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial,
Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada jabatan dan perkhidmatan pergigian. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Warga BKPNS turut mendoakan agar ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธโœจ Program Brisk Walk HTAN 2025 โœจ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธAhli Lembaga Pelawat Hospital bersama Kelab Sukan & Kebajikan HTAN telah  berjay...
08/12/2025

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธโœจ Program Brisk Walk HTAN 2025 โœจ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ

Ahli Lembaga Pelawat Hospital bersama Kelab Sukan & Kebajikan HTAN telah berjaya menganjurkan 'Brisk Walk' bagi memupuk gaya hidup sihat dan kecergasan warga HTAN.

Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 280 peserta, membuktikan minat dan semangat tinggi warga HTAN terhadap gaya hidup sihat.

๐ŸŒŸ Highlights Program:
๐Ÿ’ช Senaman Pagi ('Aerobic')โ€“ Memanaskan badan & menyemarakkan energi peserta
๐ŸŽ Cabutan Bertuah & Penyampaian Cenderahati โ€“ Menambah seri majlis
๐Ÿšฉ Flag Off Simbolik โ€“ Menandakan permulaan Brisk Walk

๐Ÿ‘‘ Kehadiran Tetamu Kehormat:

YB Datoโ€™ Haji Ismail bin Haji Lasim โ€“ Perasmi Program

YB Datoโ€™ NoorZunita Begum binti Mohd Ibrahim

YB Puan Sri Datoโ€™ Hajah Bibi Sharliza binti Haji Mohd Khalid

Yang Berusaha Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP

Yang Berusaha Dr. Noor Fakhrul Azman, Pengarah HTAN

Yang Berbahagia DSP Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis

Yang Berusaha Muhammad Azwan bin Marukum, Pengerusi ALPH

Yang Berusaha Tuan Muhammad Qayyum bin Abd Jalil, Pengerusi Majlis Belia

โœจ Program ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan, tetapi juga memupuk semangat kerjasama & komuniti di HTAN. Semoga inisiatif sebegini terus menjadi acara tahunan yang memberi manfaat kepada semua

Tahniah kepada semua peserta atas penyertaan yang meriah, dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urus setia yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama dan dedikasi semua pihak ๐ŸŒŸ๐Ÿ’ช

Address

KM 3, Jalan Melang
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+6064818001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Ampuan Najihah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Ampuan Najihah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram