Brace Men Relaxation Massage & Spa Rompin

Brace Men Relaxation Massage & Spa Rompin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Brace Men Relaxation Massage & Spa Rompin, Massage service, Tingkat 1, Arked Mara Rompin, Kuala Rompin.

Menyambut Hari Bapa sewaktu PKP adalah kesempatan terbaik untuk kita luangkan masa meraikan insan yang tidak ternilai pe...
20/06/2021

Menyambut Hari Bapa sewaktu PKP adalah kesempatan terbaik untuk kita luangkan masa meraikan insan yang tidak ternilai pengorbanannya terhadap keluarga. Ayuh bersama-sama zahirkan penghargaan buat insan hebat ini!

Selamat Hari Bapa 2021



*Terima Kasih dan Selamat Hari Bapa buat arwah ayah*

Al- Fatihah

12/05/2021
Penat bekerja dengan kerja menimbun, serta trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundan...
28/10/2019

Penat bekerja dengan kerja menimbun, serta trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundang kepada sakit kepala, tekanan dan sebagainya. Jangan risau. Pelbagai cara boleh diaplikasikan untuk meredakan masalah itu dengan mengikuti langkah ini :

1. MINUM AIR TEH HIJAU

Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

2. SENAMAN RINGKAS

Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

3. MANDI AIR PANAS

Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

4. MINUM AIR LIMAU

Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur.Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

5. URUT

Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

Sumber Info : Glam Lelaki

Lokasi Brace Men
14/09/2019

Lokasi Brace Men

★★★★★ · Health spa · A3, Arked Mara, Jalan Utama

*WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*🕔5 - 7 pagiWaktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besa...
27/08/2019

*WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Share dan tag keluarga tersayang

Welcome to Brace Men Spa Rompin
19/08/2019

Welcome to Brace Men Spa Rompin

Brace Men Relaxation Massage & Spa Rompin

Khas untuk warga Rompin dan sekitarnya.Yang ingin tampil sihat dan cergas selalu.
13/08/2019

Khas untuk warga Rompin dan sekitarnya.
Yang ingin tampil sihat dan cergas selalu.

11/08/2019

Selamat Hari Raya
AIDILADHA
2019
Maaf Zahir Batin & Halalkan segalanya

Salam Jumaat.Tahukah anda?Urutan dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan dan seterusnya membakar lemak dalam bada...
09/08/2019

Salam Jumaat.

Tahukah anda?

Urutan dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan dan seterusnya membakar lemak dalam badan.

Tak percaya? Cuba la sendiri

Apa terjadi kepada anda jika badan anda mempunyai posture seteruk ini?i. Pelvis berputar (condong) ke hadapan membentuk ...
09/07/2019

Apa terjadi kepada anda jika badan anda mempunyai posture seteruk ini?

i. Pelvis berputar (condong) ke hadapan membentuk pinggang melekuk keterlaluan. Maka hilanglah kesembangan tubuh.

ii. Kepala condong ke hadapan (forward head posture), menyebabkan ketegangan pada otot leher dan menghadkan pergerakan kepala.

iii. Boleh berlaku geseran vertebra C7 pada anterior vertebra T1. Pesakit juga berisiko mengalami thoracic kyphosis dan lumbar lordosis.

iv. Kepala condong ke hadapan membuatkan dada mendatar. Ini akan mengurangkan keupayaan untuk bernafas secara mendalam serta mengurangkan pertukaran oksigen dalam tubuh.

v. Lutut melekuk ke arah belakang dan hyperextend pada pelipatnya yang juga dinamakan sebagai recurvatum. Boleh juga menyebabkan berlaku ketegangan hamstring.

vi. Pergelangan kaki tidak membawa kaki lurus ke hadapan ketika berjalan, tetapi cenderung kaki berputar menghala ke sisi luar.

vii. Biasanya kepala condong ke hadapan boleh membentuk bunion di kaki.

Sumber : Qun Hisham

Address

Tingkat 1, Arked Mara Rompin
Kuala Rompin

Telephone

+60192780336

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brace Men Relaxation Massage & Spa Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram