18/11/2025
๐๐ก๐ซ๐จ๐ฐ๐๐๐๐ค : ๐๐๐ฑ๐ญ๐จ๐ง ๐๐๐๐ก๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ฎ๐ง๐๐ก๐ข๐ง๐ & ๐๐ซ๐๐ข๐ง๐ข๐ง๐ (๐๐๐ฌ๐ญ ๐๐จ๐๐ฌ๐ญ)
๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ก ๐๐จ๐ญ๐๐ฅ, ๐๐ฎ๐๐ง๐ญ๐๐ง
DR Hearing & Speech Centre (DRHS) dengan kerjasama SI ORI dan WSA telah menganjurkan sesi pelancaran rasmi Rexton Recharge, barisan terbaru alat bantu dengar berteknologi ๐๐๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐ yang direka untuk meningkatkan pengalaman penjagaan pendengaran masa kini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Professor Din Suhaimi bin Sidek, selaku tetamu VIP dan perasmi bagi pelancaran produk tersebut.
Sesi diteruskan dengan latihan teknikal dan perkongsian mendalam bersama pasukan WSA, meliputi ciri-ciri baharu, aplikasi klinikal serta pendekatan terbaik dalam penyelesaian teknologi pendengaran moden. Program ini turut menghimpunkan audiologist dari seluruh Pantai Timur bagi memperkukuh pengetahuan dan amalan profesional dalam bidang audiologi.
Acara pelancaran Rexton ini diakhiri dengan sesi ๐ก๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐๐๐ khas yang dianjurkan oleh pasukan WSA, melibatkan ahli DRHS dan SI ORI. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk mengeratkan kerjasama dan semangat pasukan.
Terima kasih kepada semua peserta dan rakan industri yang menjayakan acara ini. Semoga pelancaran ini menjadi langkah penting dalam memperkasa akses teknologi pendengaran untuk komuniti kita.