17/02/2024
"Penawar Al-Fatihah"
"Wahai Jabir, mahukah aku beritahu kepadamu tentang surah terbaik yang terdapat dalam Al-Quran?" tanya Nabi.
Jabir menjawab, "Mahu, wahai Rasulullah."
Nabi berkata, "Iaitu surah Al-Fatihah. Surah ini dapat menjadi ubat penawar dari setiap penyakit." (HR. Baihaqi)
Shaykh Al-Dairabi dalam kitab Fathul Malikil Majid menjelaskan tata cara menyembuhkan penyakit dengan surah Al-Fatihah ini;
Pertama, meletakkan tangan pada tubuh yang terkena penyakit.
Kedua, kemudian membaca surah Al-Fatihah sekali.
Ketiga, setelah membaca surah Al-Fatihah, lalu membaca doa berikut sebanyak tujuh kali:
اَللَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّيْ سُوْءَ مَا اَجِدُ وَفُحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ اْلمُبَارَكِ اْلاَمِيْنِ اْلمَكِيْنِ عِنْدَكَ
Allahummazhib ‘annii suu-a maa ajidu wa fuhsyahuu bi da’wati nabiyyikal mubaarokil amiinil makiin ‘indaka.
Ya Allah, hilangkanlah dariku keburukan apa yang aku temukan dan alami serta kekejiannya melalui doa Nabi-Mu yang diberkahi, yang dipercaya lagi teguh pendirian di hadapan-Mu.
Fathul Malik al-Majid al-Mu`allaf li Naf'il 'Abid wa Qam'i Kulli Jabbarin 'Anid. Shaykh Ahmad Dairabi al-Kabir
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
بسم الله الله الله الله الحق
صلوا على حبيب الله! ﷺ ❕
جَزَىٰ ٱللَّهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدَاً ﷺ مَا هُوَ أَهْلُهُ. يارب صل علی محمد،