Jabatan Farmasi HSNZ

Jabatan Farmasi HSNZ Akaun Rasmi Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

02/04/2026

โœจ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

31 Mac 2026 menjadi titik permulaan kepada satu langkah penting โ€” apabila Skuad CAKNA Ubat, Jabatan Farmasi HSNZ berganding bahu bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang ๐Ÿค

Kami bukan sekadar merancang programโ€ฆ

Kami sedang membina peluang.

Peluang untuk golongan OKU memahami ubat mereka.

Peluang untuk mereka lebih yakin mengurus rawatan sendiri.

Dan peluang untuk kita semua memastikan tiada siapa yang tercicir dalam aspek keselamatan penggunaan ubat ๐Ÿ’Š

Program Celik Ubat ini bakal menyasarkan pesakit OKU dengan penyakit kronik โ€” satu usaha kecil, tetapi dengan impak yang besar jika dilaksanakan dengan hati โค๏ธ

Sebagai pasukan, kami percaya: Ilmu ubat adalah hak semua, bukan keistimewaan segelintir.

Perjalanan ini baru bermula.
Dari meja perbincanganโ€ฆ ke lapangan pelaksanaan.

Semoga dipermudahkan setiap langkah kami ๐Ÿคฒ
Teruskan doa!









02/04/2026
30/03/2026
Dimaklumkan bahawa Farmasi Klinik Pakar (ACC), Farmasi Pesakit Luar (JPL), Farmasi PRIBA dan Farmasi Psikiatri TIDAK BER...
17/03/2026

Dimaklumkan bahawa Farmasi Klinik Pakar (ACC), Farmasi Pesakit Luar (JPL), Farmasi PRIBA dan Farmasi Psikiatri TIDAK BEROPERASI pada 19 Mac 2026 (Khamis) susulan pengumuman Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu.

Justeru, semua pesakit yang telah diberikan tarikh sambungan ubat susulan pada tarikh tersebut, sila dapatkan bekalan ubat susulan di farmasi berkenaan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2026 (Rabu).

Sekiranya bekalan ubat masih mencukupi, pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan pada/ selepas 24 Mac 2026 (Selasa).

"PASTIKAN BEKALAN UBAT ANDA TIDAK TERPUTUS DI MUSIM PERAYAAN INI"

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ๐Ÿ’ซ

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ - ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—˜๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ฅBaru-baru ini, wakil pas...
13/03/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ - ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—˜๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ฅ

Baru-baru ini, wakil pasukan QUMC Jabatan Farmasi HSNZ telah mengadakan pertemuan pertama bersama Guru Besar dan Duta Kenali Ubat Anda Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan aktiviti yang bakal berlangsung dalam menjayakan kelestarian Sekolah Celik Ubat di Negeri Terengganu.

Program kesedaran kesihatan di sekolah memainkan peranan sangat penting dalam membentuk literasi kesihatan sejak usia muda.

Salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Sekolah Celik Ubat yang bertujuan memberi pendedahan asas kepada warga sekolah mengenai penggunaan ubat secara selamat dan bertanggungjawab.

Pertemuan antara pegawai farmasi dan pihak sekolah menjadi langkah awal bagi merancang pelaksanaan program yang berkesan.

Anda sudah bersedia?
Nantikan kedatangan kami!




๐Ÿก HOME MEDICATION REVIEW (HMR) PASUKAN FARMASI HSNZ๐Ÿจ Anjuran: Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah๐Ÿ—“๏ธTarikh: 12 ...
13/02/2026

๐Ÿก HOME MEDICATION REVIEW (HMR) PASUKAN FARMASI HSNZ

๐Ÿจ Anjuran: Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)

โฐMasa: 9.00 pagi - 3.30 petang

๐ŸขTempat: Kg Banggol Kemang, Serada

๐Ÿง•๐Ÿง‘โ€๐Ÿ’ผJumlah pesakit terlibat: 12 orang

๐ŸฅผAnggota Farmasi terlibat: 4 Pegawai Farmasi dan 1 Penolong Pegawai Farmasi

๐Ÿ’Š Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
1. Penerangan informasi ubat-ubatan dari buku meditips seperti ubat berdaftar, cara simpan ubat, cara pengambilan ubat-ubatan.
2. Pemberian Kit Cakna Ubat untuk membantu pesakit menguruskan ubat dengan lebih baik.
3. Rekonsilasi ubat-ubatan.
4. Kaunseling ubat-ubatan seperti teknik penggunaan insulin, inhaler.
5. Penerangan cara pengambilan ubat ketika berpuasa pada bulan ramadhan.
6. Mengenal pasti isu penjagaan farmaseutikal dan melakukan intervensi tentang cara pengambilan dos ubat, penyimpanan dan pelupusan ubat yang betul.
7. Menilai tahap kefahaman dan kepatuhan terhadap ubat-ubatan serta memberi khidmat kaunseling tentang kepentingan kepatuhan ubat-ubatan.
8. Rujukan ke fasiliti berdekatan untuk sesi kaunseling susulan.

Kesemua pesakit berpuas hati dengan semua penerangan dan jawapan yang diberikan.

Diharapkan melalui program ini, pesakit dapat meningkatkan kefahaman mengenai ubat-ubatan yang diambil, seterusnya menggalakkan penggunaan ubat secara selamat, berkesan dan berkualiti.

Program ini hasil kerjasama wakil penduduk kampung, Puan Nora Ismail, Wakil JPKKP Kemang Tiruk, En Mohd Sidek Bin Abdullah dan penduduk setempat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.






๐Ÿš˜JELAJAH FARMASI ๐Ÿ•ŒIMARATUL MASJID 2026๐ŸŒ™ Kuliah Maghrib Khas Ambang Ramadhan- Puasa dan Ubat: Kena Tahu Jangan Keliru๐Ÿ—“Tar...
11/02/2026

๐Ÿš˜JELAJAH FARMASI ๐Ÿ•ŒIMARATUL MASJID 2026
๐ŸŒ™ Kuliah Maghrib Khas Ambang Ramadhan
- Puasa dan Ubat: Kena Tahu Jangan Keliru

๐Ÿ—“Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)

โŒšMasa: 7.30 malam (selepas Solat Maghrib)

๐Ÿ•ŒTempat: Masjid Jamek Wakaf Tembesu, Kuala Nerus
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/Xvwc5jKiWYQxstnP7

๐Ÿ‘” Penceramah:
- Encik Mohd Muzani bin Hasbullah
(Pegawai Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah)

๐Ÿ“‚Anjuran:
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jawatankuasa Masjid Jamek Wakaf Tembesu

๐Ÿš˜JELAJAH FARMASI ๐Ÿ•ŒIMARATUL MASJID 2026๐ŸŒ™ Kuliah Maghrib Khas Ambang Ramadhan- Puasa dan Ubat: Kena Tahu Jangan Keliru๐Ÿ—“Tar...
11/02/2026

๐Ÿš˜JELAJAH FARMASI ๐Ÿ•ŒIMARATUL MASJID 2026
๐ŸŒ™ Kuliah Maghrib Khas Ambang Ramadhan
- Puasa dan Ubat: Kena Tahu Jangan Keliru

๐Ÿ—“Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)

โŒšMasa: 7.30 malam (selepas Solat Maghrib)

๐Ÿ•ŒTempat: Masjid Al-Ikhwan, Gelong Bilal, Kuala Terengganu
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/ruYVoKzSvN33U3N56

๐Ÿ‘” Penceramah:
- Encik Mohd Rostam Manzurdin bin Mohd Yusof
(Pegawai Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah)

Anjuran:
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jawatankuasa Masjid Al-Ikhwan Gelong Bilal.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Mohon hebahkan.

Selamat Menyambut Tahun Baharu!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐ŸคฉKita mulakan 2026 dengan hati yang lebih tenang, niat yang lebih baik dan bersama hara...
01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ
Kita mulakan 2026 dengan hati yang lebih tenang, niat yang lebih baik dan bersama harapan yang lebih besar.
Semoga Jabatan Farmasi HSNZ terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan.

20/11/2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN KE JABATAN FARMASI, HOSPITAL SUL...
12/11/2025

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN KE JABATAN FARMASI, HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

12 November 2025 - Seramai 28 orang delegasi dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBrs. Puan Zuhaini binti Mukrim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Rombongan tersebut disambut oleh Dr. Mohd Rozaini bin Rosli yang mewakili Ketua Jabatan Farmasi HSNZ bersama Ketua-ketua Unit Farmasi HSNZ di Farmasi Logistik. Sesi lawatan tersebut turut disertai oleh Puan Rosnida binti Hashim @ Abdullah, Ketua Cawangan A&P, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu.

Program lawatan dimulakan dengan sesi suai kenal antara warga Farmasi HSNZ dan ahli rombongan disusuli taklimat ringkas pengenalan Jabatan Farmasi HSNZ oleh Dr. Mohd Rozaini serta tayangan multimedia di Bilik Mesyuarat Farmasi Logistik HSNZ.

Peserta rombongan seterusnya dibawa melawat ke unit-unit farmasi iaitu Farmasi Aseptik (TPN & CDR), Farmasi Logistik, Farmasi Klinik Pakar dan berakhir di Farmasi Bekalan Wad. Ketua-ketua Unit Farmasi turut mengiringi peserta rombongan semasa sesi lawatan dan memberikan pengenalan ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Semoga sesi lawatan hari ini mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan baik antara kedua-dua negeri dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi.

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Farmasi) ke Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur ZahirahTa...
12/11/2025

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Farmasi) ke Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah

Tarikh: 12 November 2025 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi

Jutaan terima kasih kepada Puan Ruzita binti Awang, TPKN(F) atas lawatan kerja ke Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lawatan turut disertai oleh Puan Rosnida binti Hashim, Ketua Cawangan (A&P) dan En Azizan bin Mohamad, KPPK (P) BPFNT.

Lawatan ini bertujuan bagi memantau perkhidmatan Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lawatan dimulakan di Farmasi Bekalan Wad yang terletak di Farmasi Utama. Seterusnya Puan TPKN(F) dibawa ke Farmasi Discaj. Taklimat ringkas berkenaan cadangan projek pengubahsuaian kaunter Farmasi Discaj telah diberi oleh Puan Saidatul Akma binti Mohd, Ketua Jabatan Farmasi HSNZ.

Lawatan diteruskan ke Unit Farmasi Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) yang terletak di Bangunan PRIBA. Puan TPKN(F) juga diberi taklimat ringkas mengenai cadangan projek pembinaan Cold Room Farmasi Utama berdekatan dengan Substor Farmasi Pesakit Dalam.

Seluruh warga Jabatan Farmasi HSNZ sangat berbesar hati dengan lawatan ini. Segala cadangan penambahbaikan yang diberikan akan diambil perhatian dan tindakan yang sebaiknya.

Terima kasih.

Address

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Farmasi HSNZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Farmasi HSNZ:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram