25/01/2023
𝐒𝐈𝐇𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐒𝐀𝐇
Tahukah anda ...Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri atas sebab tertentu yang biasanya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.
Sihir yang juga dikenali sebagai 𝑺𝒊𝒉𝒊𝒓 𝑻𝒂𝒇𝒓𝒊𝒒 telah wujud sejak berkurun lamanya Dan terus berlaku tampa mengira negara itu maju atau mundur.
Pada kebiasaannya sihir ini berlaku apabila seseorang itu menginginkan sebuah pasangan itu berpisah atau tidak bersama. Bukan suami isteri sahaja yang boleh terkena sihir ini, malahan 𝐢𝐛𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤, 𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤, 𝐦𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐣𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚. Tetapi yang menjadi masalah yang sangat besar apabila ia melibatkan penceraian antara suami isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi fokus utama sihir ini ialah memisahkan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.
𝑰𝒃𝒏𝒖 𝑲𝒂𝒕𝒉𝒊𝒓 menjelaskan bahawa pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan menjadikan mereka 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐡𝐨𝐝𝐨𝐡, 𝐛𝐮𝐫𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐤𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐢 𝐩𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐫𝐮𝐩𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡𝐥𝐚𝐤𝐮. Dengan sebab itulah perangai mereka juga akan berubah. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan tidak kena. Semuanya salah. Sedangkan sebelum ini, perkara sama yang dilakukan oleh pasangan dianggap biasa dan tidak ada salahnya.
𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗺𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 & 𝗠𝗲𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻:
1. Menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian.
2. Air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi.
3. Menggunakan unsur yang dimasukkan ke dalam makanan mangsa atau menghidangkan makanan yang telah dijampi kepada mangsa.
Walaubagaimanapun teknik atau medium diatas hanyalah cara yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan mereka. Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin dalam simpanan atau belaan mereka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya menghantar jin tersebut untuk memasuki tubuh badan si mangsa dan mereka inilah yang mengganggu dan melakukan kerosakan dalam badan manusia. Jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi.
𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮-𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗶𝗵𝗶𝗿 𝗣𝗲𝗺𝗶𝘀𝗮𝗵:
1. Pasangan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin, atau terasa hilang nikmat dalam hubungan kelamin.
2. Perasaan cinta dan sayang menjadi pudar pada pasangan dan seterusnya secara tiba-tiba perasaan berubah dari sayang dan cinta kepada rasa benci yang melampau tanpa sebab yang jelas pada pasangan.
3. Banyak berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau atas alasan yang kecil dan tidak munasabah.
4. Pasangan sering diganggu mimpi buruk sebagai contoh mimpi pasangan curang, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi didatangi orang tidak dikenali, mimpi tempat busuk dan lain-lain mimpi yang aneh.
5. Suami atau isteri kerap terdengar bunyi pelik atau terlihat kelibat bayangan di dalam dan di sekitar kawasan rumah.
6. Suami atau isteri mengalami sakit yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala yg berpanjangan, sakit belakang, terasa berat di sekitar leher, bahu dan dahi, pedih di perut, lenguh pada sendi kaki dan tangan dan mungkin sebagainya lagi.
7. Isteri mengalami kitaran haid yang tidak normal, kadangkala terlalu banyak tanpa henti dan kadangkala tidak keluar langsung. Hal ini menjurus pada masalah sukar medapatkan zuriat.
9. Timbul rasa takut dan curiga didalam hati yang boleh menyebabkan perasaan takut mendekati pasangan seolah-olah seperti ingin dilukai atau dianiaya pasangan.
10. Timbul rasa cemburu yang melampau menyebabkan pergaduhan kerana mensyaki dicurangi pasangan walhal perkara tersebut tidak berlaku.
11. Pasangan berasa rimas, tidak selesa, resah, gelisah, dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik sahaja pasangan keluar dari rumah atau ketika berjauhan.
12. Sentiasa ternampak pasangan seolah-olah hodoh dan mengerikan malah terasa semua yang dilakukan oleh pasangannya serba tak kena.
13. Mudah timbul isu penceraian diantara pasangan apabila berlaku perbalahan. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Manakala isteri p**a kerap mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Hal ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.
Secara dasarnya, apabila satu-satu pasangan itu terkena sihir pemisah ini perubahan sikapnya akan berlaku secara mendadak. Ini adalah satu tanda yang paling mudah untuk dikesan.
Bagi individu yang ada merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, bolehkan mendapatkan rawatan Dan bimbingan dari pengamal atau perawat berpengalaman dipusat Rawatan Islam Al Ikram
" Bergerak menuju kearah keharmonian insan sejati"
PUSAT RAWATAN AL IKRAM
(Ramli)
+0169770064
Http//www.wasap.my/0169770064