Klinik Dr Nadiah Chendering

Klinik Dr Nadiah Chendering -Rawatan Kulit
-Pembedahan Kecil
-Rawatan Penyakit Ringan
-Rawatan Penyakit Kronik
-Rawatan Keluarga

30/04/2026

April bakal meninggalkan kita, terima kasih untuk semua kenangan, pelajaran dan setiap detik yang mematangkan.

Lepaskan yang telah berlalu dan sambut lembaran baru dengan hati terbukađŸ„°.


Amanah dalam Islam sangat penting kerana ia adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan kepada Allah dan manusia. Dalam A...
28/04/2026

Amanah dalam Islam sangat penting kerana ia adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan kepada Allah dan manusia. Dalam Al-Qur'an, umat Islam diperintahkan supaya menjaga amanah dengan baik.
Amanah juga merupakan sifat Nabi Muhammad SAW yang digelar “Al-Amin”. Orang yang amanah menunjukkan keimanan yang kuat, manakala yang mengkhianatinya dianggap lemah iman.
Kesimp**annya, amanah menjadikan seseorang dipercayai dan membawa kehidupan yang harmoni.

-----------------------------------------------------------------------------
Mencari ubat cacing yang sedap dan murah? klik di sini -> https://s.shopee.com.my/4LFmf9MT9d

Di dunia kita mungkin terlepas daripada audit manusia, tetapi di sana nanti, ‘sekecil jarum’ pun akan ditanya. Memilih untuk bersih sekarang adalah cara kita memudahkan urusan sendiri di hadapan Pencipta kelak.

26/04/2026

Piala Dunia Trek UCI: Hadiah perpisahan terbaik buat peminat negara, terima kasih atas segala kudrat yang telah datuk curahkan

26/04/2026

Yang di-Pertuan Agong hari ini memperkenankan pelantikan bekas hakim mahkamah tinggi, Abdul Halim Aman, sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu berkuat kuasa pada 13 Mei ini.

Menurut Shamsul Azri cadangan pelantikan pegawai tertinggi agensi antirasuah negara itu dipersembahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, semalam.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/773581

26/04/2026
26/04/2026

Tau tak betapa sakitnya hati bila tengok keadaan zoo yang sebegini rupa?
Hanya ada sebatang pokok dan kolam bersimen. Masa hujan nak berteduh pon tak ada shelter.

Cuba tengok p**a rumah DAK di Kuala Gandah dan rumah DAK sekarang di Jepun? Adakah ini yang dikatakan konsep konservasi yang meminta kita menyediakan habitat yang hampir sama dengan habitat asal?

Lawatan lokasi bukan sekadar “datang tengok dan lalu”. Lawatan pegawai untuk nilai kesesuaian zoo bagi gajah sebenarnya agak ketat dan berstruktur. Mereka biasanya ikut garis panduan seperti daripada World Association of Zoos and Aquariums (WAZA). Antara perkara utama yang akan dinilai:

1. Saiz & reka bentuk habitat
* Keluasan kawasan (gajah perlukan ruang luas untuk bergerak, bukan kurungan sempit)
* Permukaan tanah (pasir, tanah lembut—not concrete) untuk elak kecederaan kaki
* Ada elemen semula jadi: pokok, kolam air, kawasan teduh

2. Kebajikan fizikal gajah
* Pemeriksaan kaki (foot health sangat kritikal untuk gajah)
* Tanda tekanan atau kecederaan
* Diet: jenis makanan, jumlah, cara pemberian

3. Tingkah laku & kesejahteraan mental
* Gajah ada peluang bersosial (tak diasingkan terlalu lama)
* Aktiviti enrichment (mainan, rangsangan mental)
* Tanda stres seperti menghayun kepala berulang (stereotypic behaviour)

4. Kepakaran & staf
* Keeper (mahut) dan vet berpengalaman dengan gajah
* Rekod rawatan veterinar
* SOP kecemasan

5. Iklim & kesesuaian persekitaran
* Gajah tropika (seperti dari Malaysia) perlukan cuaca panas-lembap
* Jika di negara sejuk, mesti ada sistem pemanas, ruang indoor yang sesuai

6. Rekod & pematuhan undang-undang
* Lesen, audit sebelum ini
* Rekod kematian atau kecederaan haiwan
* Sejarah pengurusan zoo tersebut

7. Pelan jangka panjang
* Adakah zoo hanya pameran atau benar-benar ada program konservasi & pembiakan
* Pelan jika gajah sakit atau tua

Kesimp**annya kalau mana-mana aspek ini gagal dipenuhi, secara profesionalnya zoo itu tak patut diluluskan untuk menerima gajah, lebih-lebih lagi gajah dari habitat tropika seperti di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Jadi dengan s**acitanya kita memohon agar Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Zoo Taiping & Night Safari dapat menunjukkan dokumen spesifik antaranya:
1. Laporan lawatan tapak
2. Penilaian kesesuaian habitat/zoo
3. Laporan veterinar
4. Animal transfer agreement
5. Risk Assessment & Climate Adaptation Plan
6. Rekod Audit Zoo Penerima
7. Daily Care & Management Plan
8. Post-Transfer Monitoring Report

Kita memohon akses kepada dokumen-dokumen di atas bagi memastikan pematuhan standard kebajikan antarabangsa ada dilaksanakan. Semua ini bukan untuk kita tapi untuk memastikan kebajikan DAK dijaga sebaiknya sebagaimana kita menjaga Panda dari China.

Sumber - Norwaliza Abdul Wahab

Mabuk+Memandu kenderaan=Bahaya.Nyawa bukan untuk dipertaruhkan. Elak mabuk, elak maut.Keselamatan di Jalan Raya tanggung...
24/04/2026

Mabuk+Memandu kenderaan=Bahaya.
Nyawa bukan untuk dipertaruhkan.
Elak mabuk, elak maut.
Keselamatan di Jalan Raya tanggungjawab bersama!

--------------------------------------------------------------------------
Kekal bertenaga dengan multivitamin : https://shp.ee/iapewufv

Baru tiba dari KLIA.

Mereka cuma mahu p**ang. Seorang pemandu e-hailing p**a cuma sedang cari rezeki. Tetapi dalam sekelip mata, semuanya musnah bila sebuah kereta dipandu dalam keadaan mabuk masuk ke laluan bertentangan.

Ya, pemandu itu bersalah. Tetapi kalau kita jujur, tragedi seperti ini bukan salah seorang individu semata-mata.

Ini juga salah polisi yang masih longgar, undang-undang yang tidak cukup digeruni, penguatkuasaan yang tidak cukup tegas, promosi alkohol yang terlalu meluas, dan sikap sesetengah pihak yang terlalu cepat anggap semua ini sebagai “kes terpencil”.

Sedangkan nyawa yang melayang bukan kes terpencil bagi keluarga mangsa.

Selagi bahaya ini dipandang ringan, selagi itu orang tidak bersalah akan terus jadi korban. Yang hancur bukan setakat kereta di jalan raya, tetapi seluruh hidup manusia yang cuma mahu p**ang dengan selamat.

21/04/2026

22 April 2026 | Hari Bumi Sedunia

Bumi 🌍 bukan sekadar tempat kita tinggal, tapi amanah yang perlu kita jaga.
Setiap langkah kecil — kurangkan plastik, jimat tenaga, sayangi alam — memberi kesan besar untuk masa depan.

Jom jadi sebahagian daripada perubahan.
Bumi ini milik kita, tapi tanggungjawab kita untuk generasi akan datang. 💚

Anxiety (kebimbangan) ialah satu keadaan emosi di mana seseorang rasa takut, risau, atau gelisah terhadap sesuatu yang b...
18/04/2026

Anxiety (kebimbangan) ialah satu keadaan emosi di mana seseorang rasa takut, risau, atau gelisah terhadap sesuatu yang belum berlaku atau tidak pasti. Ia sebenarnya reaksi normal tubuh—contohnya sebelum peperiksaan, temu duga, atau situasi penting.

Namun, ia jadi masalah bila rasa itu:

1)Terlalu kuat
2)Berlaku terlalu kerap
3)Mengganggu kehidupan harian

Tengah sedap lepak minum kopi dengan kawan-kawan, tiba-tiba Izzati datang melawat. Jantung berdebar laju, tangan sejuk berpeluh, nafas jadi pendek.

Bagi yang selalu kena serang dengan Izzati ni, korang mesti faham betapa penatnya melayan dia. Duduk diam-diam pun rasa macam tengah lari marathon.

Kenapa Izzati ni s**a datang tiba-tiba. Dari sudut sains, badan kita ni ada satu sistem penggera automatik. Bila otak kita overthinking benda yang belum jadi, badan akan tertipu. Dia ingat kita tengah berdepan ancaman bahaya macam kena kejar dengan harimau.

Waktu inilah hormon adrenalin dirembeskan laju masuk dalam darah. Otot automatik menegang, jantung pam darah laju nak sedia lari. Tapi realitinya kita cuma tengah baring atas katil overthink pasal masa depan.

Macam mana nak suruh Izzati ni balik dan tak kacau kita lagi. Boleh cuba tiga cara mudah dan saintifik ni.

Pertama, kawal pernafasan guna teknik empat saat. Tarik nafas empat saat, tahan empat saat, hembus empat saat. Ulang sampai dada rasa lapang. Ini akan hantar isyarat pada otak yang kawasan sekeliling dah selamat.

Kedua, main game cari barang. Guna teknik grounding 5-4-3-2-1. Cari lima benda warna biru kat sekeliling. Cari empat benda yang boleh disentuh. Dengar tiga bunyi. Fungsi dia nak tarik balik otak korang dari alam overthinking masuk ke dunia realiti.

Ketiga, kurangkan sikit kopi ais ikat tepi atau matcha pekat tu. Kafein ni memang kawan baik Izzati. Makin banyak kafein, makin kuat Izzati tu berparti dalam badan.

Kepada semua yang selalu kena hadap Izzati ni, korang sangat kuat dan tak keseorangan. Benda ni normal, respon biasa badan manusia, dan yang paling penting ia boleh dikawal. Tarik nafas dalam-dalam, everything will be okay.

Korang ada kawan yang selalu kena lawat dengan Izzati tak. Cuba suruh dorang share sikit apa teknik paling berkesan bila Izzati tiba-tiba buat hal malam-malam.

Address

LOT PT 2011-K, RUMAH KEDAI TAMAN PERMINT JAYA IV, CHENDERING
Kuala
21080

Telephone

+60172178900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Nadiah Chendering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Nadiah Chendering:

Share

Category