09/11/2022
Sempena sambutan World Antimicrobial Awareness Week yang disambut setiap tahun pada 18 hingga 24 November, Jabatan Farmasi HSNZ dengan kerjasama Unit Kawalan Infeksi dan Jabatan Patologi telah menganjurkan Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Antibiotik yang dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Yang Berusaha Dr Mohd Salleh bin Mat Jusoh pada hari ini 31 Oktober 2022 di Auditorium Kompleks Rawatan Harian (ACC).
Tema pada tahun ini adalah Preventing Antimicrobial Resistance Together. Majlis dimeriahkan dengan tayangan video, persembahan, pemenang pertandingan poster serta kuiz dan pameran juga untuk orang awam.