20/05/2023
=CUACA PANAS DAN BUAH PINGGANG MENGALAMI KEROSAKAN=
1. Encik K, berusia 45 tahun, telah membuat "open house" jamuan raya dirumahnya dalam cuaca panas.
2. Ketika persediaan dan penganjuran open house ini, beliau banyak mengangkat benda berat dan mencangkung dan berdiri (squat). Beliau jarang bersenam semasa waktu lapang.
3. Kebetulan cuaca teramat panas dan dalam kesibukkan menguruskan open house, beliau tidak minum air secukupnya.
4. Pada petang hari tersebut, dia mula merasa sakit yang sangat hebat pada kedua-dua kakinya. Dia perasan bahawa otot-otot kakinya kram dan terasa lemah. Dia cuba menahan kesakitan tetapi keadaannya semakin teruk.
5 Encik K cuba berehat di rumah, tetapi beliau mengalami kesakitan yang sangat hebat dan hampir tidak dapat bergerakkan kakinya. Beliau datang ke hospital.
6 Di hospital, didapati bacaan buah pinggang dan creatinine kinase beliau naik mendadak. Beliau juga perasan tidak kencing selama 36jam. Setelah sample air kencing diambil, didapati berwarna kemerahan+chocolate
7. Beliau didiagnosakan dengan "rhabdomyolysis" disebabkan "heat stroke", satu keadaan di mana tisu otot rosak dan melepaskan bahan beracun ke dalam aliran darah. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan komplikasi lain.
8. Doktor memberitahu Encik K bahawa aktiviti yang terlalu berat dalam cuaca panas telah menyebabkan ototnya rosak dan melepaskan bahan beracun ini. Rawatan termasuklah cecair intravena untuk membantu membuang bahan beracun dan mengelakkan kerosakan buah pinggang.
9 Encik K dimasukkan beberapa hari di hospital, menjalani rawatan dan memantau fungsi buah pinggangnya.
10. Akhirnya dia dibenarkan keluar tetapi diarahkan untuk berhati-hati dan tidak melakukan senaman yang terlalu berat sehingga badannya pulih sepenuhnya.
_________________________________________________________________________________________
Nota kaki
1. Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya kesedaran terhadap kesan aktiviti fizikal yang mengejut pada badan, terutamanya dalam cuaca panas.
2. Adalah penting untuk pengambilan air yang secukupnya, berehat bila diperlukan, dan tidak mendorong diri melampaui had. Jika anda mengalami gejala seperti kram otot, kelemahan, atau sakit, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
3. Rhabdomyolysis adalah satu keadaan di mana otot-otot kita rosak dan melepaskan bahan beracun ke dalam darah.
4 .Biasanya, ia berlaku apabila kita melakukan senaman yang terlalu berat atau panjang dalam cuaca panas.
4 .Apabila otot-otot kita rosak, mereka melepaskan bahan kimia yang tidak baik untuk badan.
Bahan kimia ini boleh merosakkan buah pinggang dan organ dalaman lain jika tidak dibuang dengan betul.
5 .Gejala rhabdomyolysis termasuk kram otot yang teruk, kelemahan, kesakitan, dan kadang-kadang air kencing menjadi gelap.
6. Jika seseorang mengalami rhabdomyolysis, mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rawatan termasuk pengambilan cecair drip
7 .Selepas itu, pesakit perlu berehat dan mengelakkan senaman yang terlalu berat untuk memberi
8.Jika anda mengesyaki rhabdomyolysis, cari bantuan perubatan dengan segera kerana keadaan ini memerlukan penjagaan dan rawatan yang tepat.
Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan AM
SALAM SPECIALIST HOSPITAL KUALA TERENGGANU
010-8607644