Klinik Perubatan Ku

Klinik Perubatan Ku Klinik 24 JAM yang memberikan rawatan terbaik untuk anda seisi keluarga

✨ Akhir tahun makin hampir… dan inilah masa terbaik untuk ibu ayah melihat perkembangan si kecil dalam kandungan dengan ...
28/11/2025

✨ Akhir tahun makin hampir… dan inilah masa terbaik untuk ibu ayah melihat perkembangan si kecil dalam kandungan dengan lebih jelas, selamat & menyentuh hati.

Ramai ibu ayah selalu cakap,

> “Saat nampak baby bergerak dalam perut… itu antara kenangan paling indah dalam hidup.”

Untuk meraikan detik istimewa itu, Klinik Perubatan KU bawakan MEGA SCAN AKHIR TAHUN dengan diskaun sehingga 30%, khas untuk anda yang nak buat scan tanpa membebankan poket hujung tahun.

Dan ya… harga promosi ini TERHAD untuk Isnin, Selasa, Rabu & Khamis sahaja!
---

💖 APA YANG TERMASUK DALAM PROMOSI?

🔹 2D Scan – RM35 (asal RM50)
Untuk ibu yang nak lihat kedudukan & perkembangan awal baby.

🔹 6D Scan – RM45 (asal RM60)
Gambar lebih jelas, warna lebih natural, nampak bentuk baby dengan lebih real.

🔹 Nuchal Scan – RM70 (asal RM100)
Pemeriksaan penting untuk trimester pertama, dilakukan oleh doktor terlatih.

🔹 5D Scan – RM80 (asal RM110)
Nampak muka baby dengan lebih ‘lifelike’. Ramai ibu ayah s**a yang ini 😍

🔹 Detail Scan – RM140 (asal RM200)
Pemeriksaan menyeluruh organ & pertumbuhan — paling disarankan.

🔹 Synergy Scan – RM165 (asal RM230)
Pakej lengkap & premium untuk pengalaman scan paling memuaskan.
---

🌸 KENAPA RAMAI PILIH KAMI?

✔ Doktor berpengalaman & mesra ibu mengandung
✔ Gambar & video berkualiti tinggi
✔ Proses selesa, cepat, dan profesional
✔ Klinik family-friendly
✔ Harga promosi paling berbaloi di akhir tahun

---

⚠ KENA TAHU — SLOT CEPAT PENUH SETIAP HUJUNG TAHUN

Musim cuti = lebih ramai ibu ayah datang untuk scan baby.
Bila promosi besar macam ini, slot boleh habis dalam 1–2 hari saja.

Kalau anda mengandung,
Kalau anda nak simpan gambar & video baby sebagai kenangan,
Kalau anda belum buat detail scan lagi…

👉 Inilah masa terbaik untuk lock slot sebelum penuh.

---

📲 TEMPAH SEKARANG (PANTAS & MUDAH)

WhatsApp kami: 013-8187743
Call klinik: 09-8535773

Rebut peluang sementara promosi masih berjalan.
Kita raikan detik indah ibu ayah bersama si manja

𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝑺𝑼𝑵𝑨𝑻 𝑪𝑼𝑻𝑰 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯✨ Cuti sekolah dah dekat!Ibu ayah dah ada perancangan untuk sunatkan anak tahun ni?Di Klinik P...
17/11/2025

𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝑺𝑼𝑵𝑨𝑻 𝑪𝑼𝑻𝑰 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯

✨ Cuti sekolah dah dekat!
Ibu ayah dah ada perancangan untuk sunatkan anak tahun ni?

Di Klinik Perubatan KU, kami menyediakan pengalaman sunat yang lebih mudah, cepat dan selesa khas untuk kanak-kanak.

---

🔥 Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Klinik Kami?

👨‍⚕ Doktor Berpengalaman
Anak anda dijaga oleh doktor yang mahir dalam prosedur sunat moden.

⚡ Kaedah Laser (Cautery)
Lebih cepat, lebih bersih & proses penyembuhan lebih baik.

💊 Ubat Disediakan Lengkap
Tak perlu risau, semua ubat penting kami sediakan terus selepas prosedur.

🩸 Kurang Pendarahan, Kurang Risiko
Teknologi laser bantu kurangkan bleeding pada anak.

😊 Kurang Sakit – Kanak-kanak Lebih Tenang
Kami gunakan teknik mesra kanak-kanak & suasana klinik yang selesa.
---

🎁 BONUS CUTI SEKOLAH!

📌 Temujanji fleksibel
📌 Proses lebih cepat
---
📲 Slot cepat penuh setiap cuti sekolah!

Jangan tunggu saat akhir.
Tempah awal untuk dapatkan masa yang sesuai untuk anak anda.

📞 WhatsApp sekarang: 013-8187743
📞 Klinik: 09-8535773
🏥 Klinik Perubatan KU 24 jam & X-ray

Marathon Sunat di Negara Thailand..Alhamdulillah selesai sudah Fasa 1 program sunat dalam jelajah ke Selatan Thailand (T...
18/10/2025

Marathon Sunat di Negara Thailand..

Alhamdulillah selesai sudah Fasa 1 program sunat dalam jelajah ke Selatan Thailand (Tha Sala dan Koh Samui) .. Rombongan anjuran Tamo (Terengganu Assistant Medical Officer) ini bukanlah yang kali pertama disertai oleh Kumpulan Klinik Perubatan Ku.. Sudah banyak yang kami sertai..

Untuk program hari ini, 70 orang berjaya rombongan kami khatankan.. Meja Dr Umar Abdullah dan Dr Nurul Hazirah masing² menyelesaikan 7 orang anak² Islam di Tha Sala.. Jumlah yang kami lakukan 14 orang iaitu kira² 20% daripada kesemua 70 orang yang datang.. Paling muda kami sunat hari ini berusia 2 tahun 7 bulan.. Yang mempunyai masalah OKU lembam pun kami sunat juga.. Nak sunat tak susah, asalkan yang pegang haruslah gagah..

Layanan penduduk Tha Sala amat baik.. Mudir madrasah juga seorang yang mesra.. Menurut penduduk tempatan, kos berkhatan di sini, kira² THB 1500 iaitu kira² MYR 200.. Maksudnya lebih kurang harga di kebanyakan klinik di Terengganu..

Pun begitu, di Klinik Perubatan Ku, kosnya lebih rendah, tidak sampai MYR180.. Jadi, cuti sekolah ini, jika ada yang hendak mengkhatankan anak², jemput tempah slot dengan kami segera.. InsyaAllah murah dan selamat..

🌡 INFLUENZA SEMAKIN MENGGANAS!Tahukah anda bahawa kes influenza meningkat lebih 3 kali ganda sejak awal tahun ini di Mal...
15/10/2025

🌡 INFLUENZA SEMAKIN MENGGANAS!

Tahukah anda bahawa kes influenza meningkat lebih 3 kali ganda sejak awal tahun ini di Malaysia? Ramai yang mula jatuh sakit — demam tinggi, batuk berpanjangan, sesak nafas — dan ada yang terpaksa dirawat di wad selama berminggu-minggu akibat komplikasi paru-paru dan jangkitan sekunder.

💉 Jangan tunggu sehingga terlambat!
Lindungi diri dan keluarga anda dengan VAKSIN INFLUENZA sekarang sebelum wabak ini terus menular.

📍 Promosi khas untuk seluruh warga Terengganu — sebagai usaha bersama melandaikan penularan wabak influenza.

🔥 BOOK SEKARANG hanya RM5X.XX sahaja!

👉 Tempahan dibuka TERHAD untuk stok vaksin yang masih ada.
Apabila stok habis, promosi akan ditutup serta-merta.

📞 Hubungi kami segera di 013-8187743 / 09-8535773
atau terus ke Klinik Perubatan KU (24 Jam).

Kerana sekali anda dijangkiti, penyesalan sudah tidak berguna.
Cegah sekarang — selamatkan kesihatan anda dan keluarga!

🎀💖 PINK OCTOBER — BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 💖🎀> “Awal dikesan, nyawa diselamatkan.”Setiap 1 daripada 19 wanita di ...
08/10/2025

🎀💖 PINK OCTOBER — BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 💖🎀

> “Awal dikesan, nyawa diselamatkan.”
Setiap 1 daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara — tetapi dengan pemeriksaan awal, peluang untuk sembuh boleh meningkat sehingga 90%! 🌸

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda ❤
Bulan Oktober ini, Klinik Perubatan KU ingin bersama anda menyebarkan kesedaran penting tentang kesihatan wanita — kerana kesedaran hari ini boleh menyelamatkan nyawa esok.

🌷 PAKEJ PINK OCTOBER – Ujian Darah Lengkap Wanita

💉 Harga Promosi: RM120 sahaja (Normal RM160)
📋 Ujian meliputi:

Komponen darah lengkap

Fungsi hati & buah pinggang

Kolesterol & kencing manis

Ujian air kencing

Kanser hati, usus & pankreas

Kanser ovari & kanser payudara

👉 Pemeriksaan menyeluruh ini penting untuk mengesan tanda awal penyakit sebelum ia menjadi serius. Ramai wanita nampak sihat di luar, tapi tanpa sedar — perubahan kecil dalam darah boleh memberi amaran awal!

💗 BREAST ULTRASOUND PROMO

> “Langkah kecil hari ini, boleh jadi penyelamat nyawa anda esok.”

Kini anda boleh lakukan pemeriksaan payudara lengkap dari hanya RM80 (Normal RM130) sahaja!

💌 Pakej termasuk:
✔ Consultation Fee
✔ Clinical Breast Examination (CBE)
✔ Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita untuk keselesaan anda
➕ Tambahan pilihan: Pap Smear hanya RM80

---

🌸 Promosi sah hingga akhir Oktober sahaja!
Jangan tunggu simptom baru bertindak — kerana pengesanan awal adalah kunci utama melawan kanser.
Ramai wanita terlambat hanya kerana menunggu tanda-tanda keluar 😔

---

📞 Tempah slot anda hari ini:
📲 013-8187743 | ☎ 09-8535773
📍 Klinik Perubatan KU – Dibuka 24 jam setiap hari!

📱 Ikuti kami di Facebook & Instagram:
👉

💖 Kerana setiap wanita berhak untuk sihat, kuat, dan bahagia.

Ku Riders dan MelankoliaMemang doktor ada ride ke Siam Pertengahan bulan 10 ini.. Ride amal membantu masyarakat Islam di...
01/10/2025

Ku Riders dan Melankolia

Memang doktor ada ride ke Siam Pertengahan bulan 10 ini.. Ride amal membantu masyarakat Islam di sana.. Jauh yang amat.. Doktor tau, untuk sampai ke destinasi, boleh jejak 9-10 jam.. Pasti kena ride malam punya.. Mata doktor pulak malam² tak berapa terang.. Jadi doktor buat keputusan untuk practice ride malam.. Nak biasakan diri..

Alkisah malam tadi, sedari jam 11:10 malam sampai jam 1:30 pagi doktor ride membawa diri yang lara.. Pusing habis kawasan Kuala Terengganu dan sedikit masuk ke Marang.. Doktor sempat lihat² klinik sahabat seperjuangan..

Alangkah sedihnya doktor, banyak yang dahulunya beroperasi 24 jam, kini sudah tidak lagi beroperasi seperti dahulu bahkan ada juga klinik yang sudah tutup terus selamanya.. Itu yang masyarakat dapat lihat dari luar.. Hal dalaman sudah tentu lagi berat..

Doktor faham sangat.. Keadaan sekarang yang amat mendesak.. Kos semakin tinggi.. Ekonomi Makin merosot.. Itu juga kami lalui selaku pemilik klinik 24 jam.. Dari luar kelihatan gah.. Di dalam hanya Allah sahaja yang tahu.. Walaupun berat, kami tetap Cuba memberi yang terbaik pada kos yang mampu.. Pada kami ia adalah fardhu kifayah dan tanggungjawab sosial yang ada pada bahu kami..

Doakan kami. InsyaAllah kami akan berterusan memberikan yang terbaik pada kos yang berpatutan.. Masa depan klinik masa kini tidak secerah era dulu.. Denai yang penuh dengan onak dan duri amat tajam untuk pengusaha klinik hadapi.. Justeru, terima kasih kepada tuan puan pendokong kami.. Perasaan ini, terasa Melankolia..

Nota tambahan, kalau siapa Nak jadi ahli atau Nak sticker istimewa "Ku Riders" dijemput untuk pm doktor ya.. Kami layan semua jenis motor, tak kira cc berapa, pakai minyak atau eletrik.. Kami tak racist..

Klinik Perubatan Ku
Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus
Klinik Perubatan Ku Tepoh
Klinik Perubatan Ku Simpang Tok Ku



✨ DAH SIAP UNTUK SAMBUNG STUDY? ✨Jangan lupa buat Medical Screening Pre-University dulu! 🩺📚📌 Hanya RM88 sahaja!Termasuk:...
08/09/2025

✨ DAH SIAP UNTUK SAMBUNG STUDY? ✨
Jangan lupa buat Medical Screening Pre-University dulu! 🩺📚

📌 Hanya RM88 sahaja!
Termasuk:
✅ Pemeriksaan penuh air kencing (UFEME & Microscopic Examination)
✅ X-Ray dada (Chest X-Ray)
✅ Konsultasi bersama Pegawai Perubatan KPK

💡 Kenapa pilih kami?
✔ Dibuka 24 jam setiap hari
✔ Proses cepat & mudah
✔ Laporan lengkap untuk urusan kemas**an universiti

📍 Lokasi: Klinik Perubatan Ku
📞 09-853 5773 | 📲 WhatsApp 013-818 7743

Jangan tunggu saat akhir, jom datang sekarang untuk medical check-up anda! 🚑

🩸 PROMOSI BLOOD TEST & HEALTH SCREENING 🩸𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝟗 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀Nak check kesihatan tapi tak pasti nak mu...
08/09/2025

🩸 PROMOSI BLOOD TEST & HEALTH SCREENING 🩸
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝟗 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Nak check kesihatan tapi tak pasti nak mula dari mana?
Di Klinik Perubatan Ku Kuala Ibai, kami sediakan pilihan mengikut keperluan anda 💙

✅ Basic Blood Test – RM59 sahaja
🔹 Sesuai untuk anda yang nak buat pemeriksaan asas & pantas

✅ Health Screening Premium – RM200 sahaja
🔹 Termasuk:
✔️ Blood Test lengkap
✔️ ECG (pemeriksaan jantung)
✔️ X-Ray dada
✔️ Consultation doktor

👉 Pilih yang basic untuk check ringkas, atau ambil pakej premium untuk pemeriksaan menyeluruh – semuanya boleh dibuat di klinik kami, senang & selesa ✨
📍 Lokasi: Klinik Perubatan Ku Kuala Ibai (24 JAM), PT2582 & PT2583, Taman Adis Indah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
📞 Temujanji/pertanyaan: 098535773 / 013-818 7743

Kesihatan anda, pilihan di tangan anda.
Jom screening awal sebelum terlambat!

Setahun terlajak simpan ImplanonAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ini doktor nak sampaikan sebuah kisah menarik...
03/09/2025

Setahun terlajak simpan Implanon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ini doktor nak sampaikan sebuah kisah menarik dan jarang² berlaku.. Malam tadi Dr Umar Abdullah bertugas selaku pegawai perubatan atas panggilan di Klinik Perubatan Ku..

Aliran pesakit seperti biasa, selepas jam 12 malam hingga ke 7 pagi biasanya tak ramai.. Sejam dalam seorang.. Kadang² pukul 3 pagi sudah boleh tidur sampai subuh.. Biasanya lebih banyak masa untuk bersembang² dengan pesakit..

Alkisah datanglah Puan V.. Datang sebab lenguh² lengan dan kebas² tangan.. Banyak juga doktor Umar bertanya tentang sejarah pesakit.. Tiba² terbuka cerita tentang ketumbuhan atau benda asing.. Barulah Puan V teringat tentang Implanon yang dipasangnya 4 tahun lepas..

Tak sempat buang.. Tiada masa katanya.. Dr Umar beritahu, Implanon mungkin tiada kaitan dengan masalah beliau.. Tapi Puan V berkata saya asyik lupa dan tiada masa untuk ke klinik cabut.. Meminta Dr Umar mengeluarkan alat yang dipasangnya itu.. Lagi pun mungkin keberkesanannya sudah tiada kerana sudah setahun tamat tempoh..

Tengah malam pun tengah malamlah.. Tidak sampai 5 minit.. Semuanya selesai..

Emm bukan sahaja xray dan cucuk bahu, kami juga menawarkan perkhidmatan pembedahan kecil.. Terutama di cawangan Klinik P...
04/08/2025

Emm bukan sahaja xray dan cucuk bahu, kami juga menawarkan perkhidmatan pembedahan kecil.. Terutama di cawangan Klinik Perubatan Ku Kuala Nerus

🩺 Pembedahan Ketumbuhan di Telinga – Dalam 2 Fasa
Ketumbuhan di telinga bukan sekadar isu kosmetik — ia boleh menjejaskan fungsi dan keselesaan harian.

📍Pembedahan dilakukan dalam dua fasa untuk memastikan keselamatan maksimum dan hasil yang kemas.
Lihat perubahan pesakit kami dari sebelum ke selepas rawatan.
Jangan abaikan benjolan kecil — rawatan awal adalah kunci pemulihan!

🎯 Dari ketumbuhan… ke keyakinan semula!
Kisah benar – pesakit hadir dengan ketumbuhan di telinga.
Kami jalankan rawatan dalam 2 fasa pembedahan, hasilnya?
✅ Tiada lagi benjolan
✅ Telinga kembali normal
✅ Pesakit kini lebih yakin

Frozen ShoulderAssalamualaikum dan Salam sejahtera semua..! Hari ni doktor ada cerita best Nak cerita kepada tuan-puan s...
04/08/2025

Frozen Shoulder

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..! Hari ni doktor ada cerita best Nak cerita kepada tuan-puan sekalian..

Minggu lepas kami didatangi oleh Puan Y.. Beliau menghadapi masalah sakit Bahu kronik.. Mungkin juga disebabkan oleh Puan Y yang kuat bekerja masa muda-muda dulu.. Pekerjaannya pun banyak menggunakan kudrat.. Angkat sana angkat sini..

Setelah 3 bulan menahan sakit, keadaan bertambah teruk.. Nak angkat tangan pun sakit.. Salah tidur pun sakit.. Angkat barang memang tak boleh terus.. Anaknya kebetulan pulang dari Kemaman terus bawa kepada kami..

Dr. Syamil Safwan ini kes frozen shoulder.. Biasa terjadi kepada pesakit di Pertengahan usia.. Nak lagi mereka yang Masa mudanya kerja kuat atau pernah mengalami kemalangan melibatkan sendi Bahu..

Pada mulanya rawatan yang ditawarkan ialah dengan ubat tahan sakit.. Tapi, Puan Y beritahu Dr Syamil, ubat banyak dah kat rumah.. Kalau boleh nak cara yang cepat sedikit baik.. Maka kami tawarkan suntikan pada Bahu Puan Y..

Setelah Persiapan dibuat, suntikan pun diberi.. Alhamdulillah sakit beransur-ansur hilang.. Dr Syamil menggalakkan puan Y untuk melakukan senaman fisioterapi di rumah.. InsyaAllah akan beransur-ansur pulih..

Buat tuan puan yang mengalami masalah Frozen Shoulder, jemput datang dan alami sendiri perbezaannya setelah sesi rawatan diberi.. Apa pun kesembuhan itu datang dari Allah.. Kami sekadar membantu semampu mungkin..






Address

PT2582 & PT2583 Taman Adis Indah, Kuala Ibai
Kuala
20400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Ku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Perubatan Ku:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category