16/03/2023
Alhamdulillah wa syukurillah..
Hari ini seorang sahabat saya berumur 40an telah berjaya menyempunakan rawatan "Penyucian jasad" khususnya kepada organ jantung yang mana kita tahu bahawa ia memiliki 2 bahagian iaitu dibahagian kanan dan kiri yg terdiri daripada atrium dan ventrikel.
Jantung adalah organ yg terpenting pada manusia yang mana setiap minit ia bekerja untuk memastikan tubuh kita sentiasa cukup keperluanya, kesihatan manusia berkait rapat dengan kesihatan jantung dan alirannya.
Namun perlu diketahui bahawa setiap ciptaan Allah swt pasti mempunyai kelemahan dan jangka hayat yg bersifat sementara dan tidak kekal selamanya, oleh itu jantung manusia juga perlu kepada "maintenance" yg teruji akan proses input dan output nya agar fisiologinya sentiasa dalam keadaan optimun.
Oleh itu, proses penyucian jasad secara berkala adalah amat dituntut agar kesinambungan mekanisma fungsi jantung dapat berjalan dengan lancar dan teratur
semoga Allah swt memudahkan segala urusan hambanya agar setiap berikhtiar diberi oleh Allah swt akan kebaikan didunia dan diakhirat..aamin