Farmasi I-Care Kuala Nerus

Farmasi I-Care Kuala Nerus Farmasi i-Care Kuala Nerus - Memenuhi Keperluan Barangan Kesihatan Anda Semua i-Care Pharmacy - Dekaat Di Hati

03/03/2026

Migrain juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’ merupakan sakit kepala yang menyerang sebelah bahagian kepala sahaja. 😫💢

Migrain boleh menyerang semasa berpuasa yang berpunca daripada dehidrasi, kurang tidur, gula darah rendah atau kesan penarikan kafein (caffeine withdrawal). 💧☕

Amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan stres dan rehat secukupnya bagi mengelakkan migrain.

28/02/2026

LAST DAY*‼️📢 *LAST DAY*‼️📢 *LAST DAY*‼️📢
Rebut peluang anda sekarang dengan harga yang sangat berbaloi🔥🤩



28/02/2026

Pedih ulu hati adalah rasa panas atau perit di bahagian dada akibat asid perut yang naik ke esofagus (salur makanan).

Semasa berpuasa, pedih ulu hati masih boleh berlaku kerana:
▪️ Perut menghasilkan asid walaupun tiada makanan.
▪️ Makan terlalu banyak semasa berbuka.
▪️ Makanan pedas, berlemak, bergoreng & berkafein.
▪️ Terus baring selepas makan.
▪️ Stres & kurang tidur.

Puasa bukan punca utama pedih ulu hati, tetapi cara pemakanan ketika berbuka & sahur sangat mempengaruhi keadaan ini. 🍎🌙

28/02/2026

Tengah fokus meeting kat ofis, suasana sunyi sepi sebab bos tengah bercakap. Tiba-tiba, dari arah perut anda keluar bunyi "Kruuuukkk.. Kruk!" yang sangat panjang dan kuat.

Satu bilik meeting toleh pandang anda. Dalam hati rasa nak sorok muka bawah meja sebab segan, mesti dorang ingat kita melantak tak ingat dunia waktu sahur tadi tapi lapar balik.

Jangan segan. Bunyi perut berkeroncong (Borborygmi) waktu berpuasa adalah petanda usus anda sangat sihat. Ini sains di sebalik konsert mini dalam perut tu:

1. Sistem Pencucian Automatik (Motilin)
Bila perut anda kosong melebihi dua jam, badan akan keluarkan hormon motilin. Hormon ni akan arahkan otot perut dan usus untuk mengecut dan 'menyapu' segala baki sisa cecair dan gas ke bawah. Proses pengecutan inilah yang hasilkan bunyi.

2. Efek Dewan Kosong (Echo)
Kenapa bunyi dia luar biasa kuat waktu puasa? Sebab perut anda tengah kosong. Kalau hari biasa, makanan dalam perut bertindak sebagai penyerap bunyi (absorber). Bila tak ada makanan, ruang perut yang dipenuhi gas bertukar jadi macam dewan kosong. Bunyi pergerakan usus tu akan bergema dan jadi berkali ganda lebih bising.

Macam mana nak perlahankan 'volume' perut ni waktu kat ofis?

- Duduk tegak (Good Posture). Bila anda duduk membongkok, anda sedang menghimpit perut. Himpitan ni memaksa gas bergerak dengan lebih agresif dan bising. Duduk tegak beri ruang untuk usus bekerja senyap-senyap.
- Waktu sahur, kunyah makanan perlahan-lahan. Makan terlalu laju buatkan anda tertelan banyak udara. Makin banyak angin masuk, makin kuatlah bunyi kruk kruk tu nanti.
- Elakkan air bergas dan makanan tinggi angin waktu sahur seperti kubis, brokoli, dan kekacang.
- Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sekejap bila rasa perut mula nak berbunyi. Ini boleh perlahankan sikit pergerakan otot perut tu.

Jadi, kalau perut kawan sebelah berbunyi kuat, janganlah gelakkan dia. Usus dia cuma tengah buat kerja pembersihan berjadual.

Cuba tag kawan ofis anda yang perut dia selalu buat konsert waktu tengah hari buta!

27/02/2026
27/02/2026

📢*2 HARI LAGI*‼️📢 *LAST CALL*🔥‼️📢

Jom dapatkan barangan terpilih ini dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang anda‼️🤩👍🏻

Boleh walk-in ke farmasi i-Care Gong Pak Jin, Kuala Nerus📍
Lokasi kami terletak bersebelahan Tealive Gong Pak Jin, Kuala Nerus🤗



27/02/2026

Kenapa perut mudah berangin ketika berpuasa? 🤰

Semasa berpuasa, perut kosong lebih lama. Bila tiba waktu berbuka, kita cenderung makan banyak dan laju. Ini boleh menyebabkan udara terperangkap dalam sistem penghadaman. 🍽️

Cuba ubah rutin untuk mengatasi masalah angin:
🥣 Jangan tinggal sahur
🚫 Kurangkan air manis & bergas
🍗 Kurangkan makanan berminyak
🍜 Jangan makan terlalu banyak semasa berbuka
🕌 Amalkan aktiviti ringan lepas makan / solat tarawih

Siapa kat sini ada masalah angin❓🤔Hurm.. Ini antara tanda-tanda masalah angin tau👇✅Kerap kentut✅Kerap sendawa✅Perut rasa...
24/02/2026

Siapa kat sini ada masalah angin❓🤔
Hurm.. Ini antara tanda-tanda masalah angin tau👇
✅Kerap kentut
✅Kerap sendawa
✅Perut rasa kembung & tegang
✅Perut berbunyi " kruk kruk"
✅Rasa senak/ pedih ulu hati
✅Rasa penuh walaupun makan sikit
Kalau korang ada salah satu tanda atau kesemuanya sekali, korang patut cuba Blackmores Garlic Oil sebab ianya mampu untuk mengatasi masalah-masalah diatas.👍😇
Untuk dapatkan Blackmores Garlic Oil boleh datang ke farmasi i-Care Kuala Nerus.
Lokasi farmasi kami terletak bersebelahan Tealive Gong Pak Jin, Kuala Nerus.📍🥰





24/02/2026

Ramai sebenarnya yang keliru tentang aturan makan suplemen seperti vitamin c tiba bulan puasa.

Secara asasnya, mengambil suplemen setiap hari pada bulan Ramadan adalah selamat dan tiada masalah. Namun, cara dan waktu pengambilannya perlu diubah suai untuk menghormati keadaan perut yang telah berpuasa dan berehat lebih empat belas jam.

Mari kita fahami tindak balas biologi perut terhadap suplemen ini dan cara yang selamat untuk mengamalkannya.

Bahaya vitamin c pada perut kosong.
Kebanyakan vitamin c di pasaran adalah dirumus dalam bentuk asid askorbik. Seperti namanya, sifat bahan ini adalah berasid. Jika anda telan vitamin ini sejurus selepas azan maghrib sewaktu perut masih benar benar kosong, ia boleh menghakis dan merengsakan dinding mukosa perut. Anda berisiko mengalami pedih ulu hati, mual dan gastrik yang teruk.

Waktu terbaik adalah selepas makan.
Jadikan makanan sebagai pelapik perut anda. Waktu paling ideal untuk mengambil vitamin c adalah selepas anda selesai makan hidangan berat waktu berbuka puasa, atau selepas makan nasi sewaktu sahur. Penyerapan vitamin tetap akan berlaku dengan baik tanpa menyeksa tahap asid perut anda.

Suplemen kecantikan dan minuman botani.
Untuk produk seperti minuman kolagen, sarang burung atau ekstrak buah buahan, anda perlu perhatikan kandungan gulanya. Jika ia agak manis, elakkan minum sewaktu sahur kerana kandungan gula boleh membuatkan anda cepat dahaga pada siang hari akibat tindak balas insulin dan osmotik. Waktu terbaik untuk suplemen jenis ini adalah selepas solat terawih atau sebelum tidur.

Keutamaan air kosong untuk buah pinggang.
Setiap suplemen yang masuk ke dalam badan memerlukan air yang cukup untuk ditapis oleh buah pinggang. Memandangkan tingkap waktu minum kita agak terhad pada waktu malam, pastikan anda minum sekurang kurangnya lapan gelas air kosong secara berperingkat supaya organ buah pinggang tidak terbeban menapis sisa suplemen tersebut.

Tubuh kita sebenarnya lebih memerlukan makanan sebenar berbanding suplemen sewaktu berbuka. Makanlah buah kurma dan minum air suam dahulu. Jadikan suplemen sebagai sokongan kesihatan tambahan, bukan sebagai keutamaan yang merosakkan perut.

22/02/2026

Siapa kat sini s**a tidur lepas sahur❓🙋‍♀️🙋‍♂️
Nak tau tak sebenarnya tidur selepas sahur mempunyai banyak kesannya.
Haa jom min kongsikan kesan² tidur selepas sahur.🥰


PROMOSI RAMADHAN DAH BERMULA*‼️📢JOM KUNJUNGI FARMASI I-CARE UNTUK DAPATKAN BARANGAN TERPILIH DENGAN HARGA YANG SUPER WOW...
10/02/2026

PROMOSI RAMADHAN DAH BERMULA*‼️📢

JOM KUNJUNGI FARMASI I-CARE UNTUK DAPATKAN BARANGAN TERPILIH DENGAN HARGA YANG SUPER WOWW!🔥 PROMOSI BERLANGSUNG DARI 10 FEBRUARI 2026 HINGGA 28 FEBRUARI 2026. JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!🤩

FARMASI KAMI TERLETAK BERSEBELAHAN TEALIVE GONG PAK JIN, KUALA NERUS.📍

Address

Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+6096591880

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi I-Care Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi I-Care Kuala Nerus:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram