Mr. Therapy Oil

Mr. Therapy Oil Hana Healthy & Beauty mengutamakan produk semulajadi untuk kegunaan kesihatan dan kecantikan. Cuba d

KADAR KHAS BAYARAN SAMANPada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas...
03/05/2023

KADAR KHAS BAYARAN SAMAN

Pada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50. Tetapi kecuali kepada saman yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut :

i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal - https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm
iii) Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/ #/app/C104046205

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, anda boleh hubungi no. hotline call centre 03-22663346 atau emel ke mybayar@rmp.gov.my



Kadar Zakat Fitrah 1444H/2023M
28/03/2023

Kadar Zakat Fitrah 1444H/2023M

📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.✅ Langkah-langkah ...
27/06/2022

📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

✅ Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernaf...
27/06/2022

😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

📢 Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan influenza, anda dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara seperti dikongsikan.

✔️Jaga kebersihan dan elakkan berkunjung ke tempat awam.

Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia❓Wabak yang disebabkan virus influenza be...
27/06/2022

Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia❓

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

📢 Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan influenza, anda dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara seperti dikongsikan.

✔️Jaga kebersihan dan elakkan berkunjung ke tempat awam.

Permohonan pengeluaran khas RM10,000 KWSP melalui portal khasPUTRAJAYA: Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM...
29/03/2022

Permohonan pengeluaran khas RM10,000 KWSP melalui portal khas

PUTRAJAYA: Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

"Dalam pengumuman pada 16 Mac lalu, KWSP memaklumkan permohonan untuk pengeluaran itu akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun, bermula 1 April ini dan tempoh permohonan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April ini.

"Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka serta perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

"Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan," kata KWSP.

Kenyataan itu memaklumkan, pencarum boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

"Pengeluaran khas ini bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu," katanya.

KWSP memaklumkan, pencarum boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan 'Ask ELYA' dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.
- BH

BERAYA DI MANA AGAK-AGAK
10/02/2022

BERAYA DI MANA AGAK-AGAK

Syabas Bonnie Bunyau Gustin!Seluruh peminat sukan tanah air pastinya sedang meraikan kejayaan Malaysia meraih pingat ema...
28/08/2021

Syabas Bonnie Bunyau Gustin!

Seluruh peminat sukan tanah air pastinya sedang meraikan kejayaan Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang disumbangkan oleh jaguh powerlifting kita, Bonnie Bunyau Gustin sebentar tadi.

Keupayaan melakukan angkatan menakjubkan sehingga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di arena membuktikan anda sememangnya layak dipertaruhkan sebagai antara prospek utama memenangi pingat emas pada edisi kali ini.

Aksi mengagumkan sehingga memecahkan rekod Paralimpik pastinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara. Tahniah buat Bonnie, barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia.

Demi Malaysia!
Demi Malaysia!
Demi Malaysia!

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr. Therapy Oil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mr. Therapy Oil:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram