06/04/2026
KUALITI UDARA KUALA TERENGGANU HAMPIRI TAHAP TIDAK SIHAT - PAKAR
: Kualiti udara Bandaraya Kuala Terengganu hari ini berada pada tahap sederhana, menghampiri tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan sekitar 89, dengan suhu mencecah 33 darjah Celsius.
Pengarah Kampus Besut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Azman Azid berkata berdasarkan pemantauan semasa, keadaan cuaca panas dan pergerakan angin yang perlahan dikenal pasti sebagai faktor utama peningkatan kepekatan bahan pencemar di udara, khususnya zarah halus pada waktu tengah hari.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan agar mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah berjaga-jaga.
โKombinasi suhu tinggi dan keadaan atmosfera yang stabil boleh mempercepatkan pembentukan bahan pencemar sekunder, selain mengurangkan penyebaran pencemar di udara.
โKawasan bandar seperti Kuala Terengganu lebih terdedah kepada peningkatan IPU walaupun tanpa berlakunya jerebu berskala besar,โ katanya dalam kenyataan hari ini.
Berita penuh:
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2541661