Klinik Safwa Pasir Panjang

Klinik Safwa Pasir Panjang Rawatan Am/ Kanak-kanak/ Sakit Puan/ Vaksin bayi dan dewasa/ Ujian darah/ Detail Scan/ Scan 2d@5D

30/08/2025

Makluman waktu operasi sempena Hari Kemerdekaan yang ke - 68🇲🇾 klinik beroperasi seperti biasa 😊

30/08/2025

Sedihnya. Seharian saya selsema. Makan tak rasa. Hidung tersumbat. Saya ada influenza ke demam selsema?

Adakah influenza sama dengan demam selsema?

TIDAK

Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Sesiapa yang ada gejala batuk dan bersin yang kuat, tolonglah tutup mulut tu, selepas itu basuh tangan. Jika tidak, kuman akan merebak ke persekitaran dan lebih ramai akan dijangkiti

10/08/2025

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di leher. kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid - iaitu Hormon yang mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia

Apabila hormon yang dihasilkan terlalu banyak , ia dikenali sebagai Hipertiroidisme. Masalah ini dapat dikesan dengan mudah dengan menjalankan ujian darah dan ada rawatan untuk masalah ini.

Jika tidak di rawat ia menyebabkan

‼️Masalah jantung akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.

‼️ Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah l

‼️ Thyroid storm”- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.

Dapatkan pemeriksaan jika anda ada gejala (tidak semestinya semua gejala)

SLOT ULTRASOUD BERSAMA SONOGRAPHER pada 25 OGOS 2025Jom booking sekarang ! 😊 boleh hubungi kami di 09-6266226 atau boleh...
02/08/2025

SLOT ULTRASOUD BERSAMA SONOGRAPHER pada 25 OGOS 2025
Jom booking sekarang ! 😊 boleh hubungi kami di 09-6266226 atau boleh whastapp kami di 019-6807226

31/07/2025

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda tanda gastrik adalah

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

31/07/2025

Pernah rasa pening tiba-tiba bila bangun dari duduk? Atau rasa lemah tak bermaya tanpa sebab? Itu mungkin tanda tekanan darah anda terlalu rendah.

Tekanan darah rendah atau hipotensi berlaku apabila bacaan tekanan darah anda kurang daripada 90/60 mmHg.

Mungkin anda fikir, “Tak apa kot, rendah lagi Bagus daripada tinggi.” Tapi tahukah anda, tekanan darah rendah boleh menjadi bahaya?

• Pitam secara tiba-tiba semasa memandu atau kendali mesin

• Bekalan darah tidak cukup ke organ penting seperti otak dan jantung.

Sebenarnya anda boleh pantau tekanan darah secara konsisten, terutama jika anda atau ahli keluarga sering alami gejala.

Laburkan sedikit untuk membeli mesin tekanan darah sendiri. Ia bukan sekadar alat—ia pelindung nyawa anda dan keluarga.

https://s.shopee.com.my/4ffKrzlzOA

Mulakan sekarang. Cegah sebelum menyesal. Kesihatan anda, tanggungjawab anda.

11/07/2025

Ini Mungkin Hasil Daripada Minum Air Teh Tarik Setiap Pagi. Ditambah Dengan Kopi Viral Petang-Petang.

Satu cawan teh tarik waktu pagi.
Tambah satu lagi teh susu viral waktu petang.
Campur kopi manis waktu tengah hari.
Kadang-kadang, air boba manis tahap dewa hujung minggu.

Kita tak nampak apa-apa berlaku.
Tak rasa sakit. Tak rasa berat. Tak rasa bersalah.

Tapi dalam diam, hati kita sedang menyimpan lemak.Bukan lemak dari lauk daging atau minyak, tapi dari gula berlebihan yang tak digunakan badan.

Gula itu ditukar menjadi lemak. Dan ia disimpan dalam hati. Inilah yang dipanggil fatty liver.

Fatty liver bukan lagi penyakit orang obes.
Ramai yang kurus pun dah kena.
Bezanya, ia tak berbunyi. Tak beri tanda. Sampailah hati mula rosak perlahan-lahan.

Kalau anda rasa badan okay, tapi setiap hari minum air manis pekat. Mungkin anda patut mula risaukan hati anda.

Kurangkan gula tambahan.
Lebihkan air kosong.
Bergerak lebih kerap.
Fatty liver boleh pulih, tapi hanya kalau anda mula jaga dari sekarang.

11/07/2025

Address

LOT 3623 Jalan PASIR PANJANG
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:30
Tuesday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:30
Wednesday 09:00 - 18:00
18:00 - 22:30
Thursday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:30
Friday 09:00 - 17:30
20:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:30
Sunday 09:00 - 18:00
20:00 - 22:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safwa Pasir Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safwa Pasir Panjang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

KLINIK MESRA KELUARGA & KANAK-KANAK NO.1 DI TERENGGANU

#SERVIS_AM : 📷Rawatan Kanak2 & Dewasa 📷Check up ANTENATAL / ibu mengandung 📷Vaksin kanak2/dewasa (Umrah/Haji/Tifoid dll) 📷Khatan, LUKA diabetes, cekam kuku, asthma 📷Perancang keluarga (pil, cucuk & Implanon) 📷Ujian darah DENGGI, FBC, Urine Test/Drug

#SERVIS_SPECIAL: 📷Ultrasound 2D,3D,4D, 5D HD dan DETAIL SCAN 📷Ultrasound BATU KARANG, buah pinggang, hempedu, PROSTAT dll 📷Suntikan sendi LUTUT (arthritis), bahu, tangan, carpal tunnel, trigger finger dan lain2 📷Jaundice Care 📷Rawatan kesuburan) 📷KEMUDAHAN KLINIK📷 - Parking - Surau - Tandas - Ruang Menunggu yang selesa - Playground 📷Dr berpengalaman > 10 tahun 📷Klinik buka setiap Sabtu-Khamis (jumaat cuti) Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :- Safwa PP 📷09-626 6226 Whatsapp 📷011-53571217

#DrLinda #DrHakimi #DrFarhana