24/11/2025
Alhamdulillah, pada Rabu, 19 November, pasukan GRACE UniSZA berkesempatan memenuhi jemputan pasukan DocCare di bawah Klinik Syafii untuk menyantuni empat warga emas asnaf di sekitar Cendering.
Program lawatan rumah ke rumah ini turut disertai oleh empat pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan (BMHS), Fakulti Perubatan UniSZA sebagai pendedahan awal kepada perkhidmatan kesihatan komuniti dan penjagaan warga emas.
Kerjasama ini turut melibatkan Klinik Syafii, JPKK, dan AJK Masjid yang bersama-sama memastikan sesi lawatan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penerima.
GRACE juga merancang untuk melaksanakan lawatan berkala ke rumah warga emas pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan kesejahteraan komuniti.