Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza

Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI

Bandar Permaisuri, 25 September 2025 – Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Ger...
29/10/2025

Bandar Permaisuri, 25 September 2025 – Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu (5PMCT) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu.
Seramai 80 peserta warga emas menyertai pemeriksaan kesihatan komprehensif I-COPE merangkumi aspek fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang memerlukan rawatan lanjut telah dirujuk ke hospital berdekatan, termasuk ke HoSZA.
Program turut diserikan dengan ceramah kesihatan warga emas oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA berkenaan kepentingan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan bagi warga emas.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan HoSZA serta Fakulti Perubatan UniSZA yang menjayakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada warga emas, seiring dengan aspirasi Penuaan Sejahtera di Komuniti.

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangun...
16/08/2025

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dalam siri perjumpaan bagi memperkenalkan GRACE dan membincangkan perancangan dan kolaborasi program kesihatan dan penyelidikan warga emas di komuniti.

Pusat Gerontologi GRACE telah pun memulakan siri pemeriksaan kesihatan warga emas di komuniti menerusi Program Kesihatan Satelit Warga Emas PKSK-WE sejak tahun 2023 dengan menggunakan modul I-COPE WHO yang komprehensif meliputi pemeriksaan fizikal asas, mental & kognitif, nutrisi, kekuatan & mobiliti, dan penglihatan & pendengaran. PKSK-WE adalah program KPT Madani menerusi kerjasama dengan Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Terengganu 5PMCT.

Hasil dari saringan ini beberapa rujukan telah dibuat kepada klinik kesihatan KKM dan bagi rawatan lanjut. Ini membuktikan keperluan saringan awal warga emas di komuniti. KKM p**a sedang menjalankan projek pilot pemeriksaan I-COPE di negeri Kedah yang akan diperluaskan ke seluruh negara mulai awal tahun 2026.

Pertemuan kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan GRACE dengan BPKK KKM khususnya Sektor Warga Emas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi perancangan latihan, penyelidikan dan saringan I-COPE di Klinik-Klinik Desa di seluruh Terengganu mulai hujung tahun 2025.

Semoga segala perancangan bagi memperkasakan kesihatan warga emas di komuniti dilancarkan bagi memberi manfaat kepada komuniti seluruhnya.

"MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI"


24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE,...
24/07/2025

24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan, Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu 5PMCT telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPD Dungun, Terengganu.

Seramai 92 orang peserta warga emas telah menjalani pemeriksaan kesihatan warga emas komprehensif I-COPE yang melibatkan pemeriksaan fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang perlu perhatian doktor pakar juga telah dibuat rujukan ke hospital berdekatan dan ada yang dirujuk ke HoSZA.

Ceramah kesihatan warga emas juga telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA.

Program kali ini telah mendapat kerjasama Persatuan 5PMCT cawangan Dungun yang diketuai oleh Cikgu Haji Fadzilah yang menyediakan tempat dewan yang selesa dengan peralatan yang lengkap.

Turut hadir adalah Dr Najayati binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KPP Bahagian Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr Zaleha binti Jusoh, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Batu Rakit yang turut membawa pasukan kesihatan KKM yang telah memberikan 20 suntikan vaksin influenza kepada peserta.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah HoSZA dan kakitangan HoSZA dan Fakulti Perubatan yang terlibat dalam program kali ini.

Semoga program kali ini memberikan manfaat besar buat warga emas bagi memastikan PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI dapat direalisasikan.


Address

FAKULTI PERUBATAN UNISZA, Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram