JPKK Ladang Hospital

JPKK Ladang Hospital Dun Batu Burok

(08/03/2026)  - Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:ثَلاَثَةٌ لا...
13/03/2026

(08/03/2026) - Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. (Hadith Riwayat Tirmizi).

Berkesempatan bersama team ajk jpkk membuat agihan lauk berbuka di sekitar Kampung Ladang Hospital. Terima kasih Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan lauk berbuka yang diberikan.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa untuk berqiamullail dan bertadarrus di 10 malam terakhir, ambil peluang yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.



(18/02/2026) - Pihak JPKK Ladang Hospital telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok buluh serta se...
18/02/2026

(18/02/2026) - Pihak JPKK Ladang Hospital telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok buluh serta semak samun di kawasan tepi jalan dan sekitar longkang.

Tujuan kerja ini dijalankan adalah bagi memastikan laluan penduduk lebih selamat, persekitaran lebih bersih serta mengelakkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan masalah aliran air.

Walaupun kami tidak ramai, tetapi kami ada — sentiasa komited dan berusaha menjaga kebajikan serta keselamatan komuniti Ladang Hospital.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama.



Khamis ini, kita akan memulakan puasa  bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih hati agar lebih tunduk dan...
17/02/2026

Khamis ini, kita akan memulakan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih hati agar lebih tunduk dan jiwa agar lebih bersih.

Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi titik kembali kepada Tuhan dengan air mata taubat dan harapan yang baru.

Kami dipihak Ajk JPKK mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga Kampung Ladang Hospital.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَت...
17/02/2026

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(-Al baqarah ayat 183)

Petang ini berkesempatan bersama jawatankuasa jpkk membuat agihan kurma di sekitar Kampung Ladang Hospital. Terima kasih Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan kurma yang diberikan.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa untuk berqiamullail dan bertadarrus, ambil peluang yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.



(10/09/2025) - Serahan katil sementara kepada Pn Rakiah Binti Mohd Noor kerana telah terkena strok. Sama-sama kita doaka...
31/10/2025

(10/09/2025) - Serahan katil sementara kepada Pn Rakiah Binti Mohd Noor kerana telah terkena strok. Sama-sama kita doakan beliau akan sembuh sepenuhnya

20/10/2025 - Kejohanan futsal tertutup ladang hospital telah diadakan bertempat di futsal berek dun ladang. Sebanyak 6 p...
31/10/2025

20/10/2025 - Kejohanan futsal tertutup ladang hospital telah diadakan bertempat di futsal berek dun ladang.
Sebanyak 6 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang.

(26/09/2025) - Bergotong royong membersihkan semak & tumbuhan liar di sekitar laluan kampung serta longkang besar.
31/10/2025

(26/09/2025) - Bergotong royong membersihkan semak & tumbuhan liar di sekitar laluan kampung serta longkang besar.

(03/09/2025) - Bersama wakil pihak pejabat dun batu buruk & pihak kontraktor meninjau keadaan rumah Khadijah Binti Awang...
31/10/2025

(03/09/2025) - Bersama wakil pihak pejabat dun batu buruk & pihak kontraktor meninjau keadaan rumah Khadijah Binti Awang yang bermasalah mengalami kerosakan

(12/08/2025) - Bersama wakil pejabat daerah & pejabat dun batu buruk melawat rumah En Sabri Abu Bakar yang mengalami ker...
31/10/2025

(12/08/2025) - Bersama wakil pejabat daerah & pejabat dun batu buruk melawat rumah En Sabri Abu Bakar yang mengalami kerosakan pada atap rumah semasa berlaku ribut

(08/08/2025) - Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ladang Hospital telah selesai melak...
31/10/2025

(08/08/2025) - Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ladang Hospital telah selesai melaksanakan agihan sumbangan barangan dapur seramai 26 keluarga

Agihan ini bertujuan membantu meringankan beban penduduk serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti setempat. Pihak JPKK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk para penyumbang dan sukarelawan yang membantu menjayakan pengagihan tersebut.

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanaka...
08/06/2025

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:



فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Al-Kauthar 108:2

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Sempena Hari Raya Aidiladha pihak JPKK Ladang Hospital membuat agihan daging korban ke beberapa buah rumah di sini. Terima kasih kepada Adun Batu Burok Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan daging tersebut.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَInna lillahi wa inna ilahi raji'un."Dari Allah kita datang dan kepada Allah k...
08/06/2025

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.

"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"

‎Perkhabaran sedih dari Kampung Ladang Hospital, Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Musa Bin Mamat atau dikenali sebagai Kor, mengampuni dosa-dosanya dan menerima segala amalannya yang meninggal jam 7 malam tadi 07/06/25. Ameen Ya Rabb. Jenazah dimandikan, dikapan & disembahyangkan pada jam 9 pagi ini.

Sama-sama kita sedekahkan alfatihah & doa kepada rohnya..
Takziah buah seluruh ahli keluarga mereka.

Salam Takziah

Address

Kuala

Telephone

+60129591089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Ladang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram