Teganu Breastfeeding MomS

Teganu Breastfeeding MomS Geng ibu ibu menyusu seluruh Terengganu Darul Iman
Seminar dan Bengkel Penyusuan
Pelbagai Tips dan Teknik serta Ilmu hebat mengenai Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam SejahteraMEGA SEMINAR PENYUSUAN SUSU IBU TERENGGANU30 JULY 2016  SABTU 9AM - 6PMTAWAQUF INN KU...
21/07/2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MEGA SEMINAR PENYUSUAN SUSU IBU TERENGGANU
30 JULY 2016 SABTU 9AM - 6PM
TAWAQUF INN KUALA NERUS
(berdekatan airport dan th hotel)

YURAN RM120

Daftar ke
019 379 6969
019 379 6969
Antara Topik yang dibentangkan adalah
1.PERSIAPAN PENYUSUAN SUSU IBU MENJELANG KELAHIRAN SICOMEL ANDA
🍭istimewa buat bakal bakal ibu dan yang baru menjadi ibu.Topik membincangkan pekara pekara asas , mitos serta fakta yang benar mengenai susu ibu.Sediakan diri anda dengan ilmu asas yang penting ini jika anda berniat untuk menyus**an si comel anda dengan susu ibu.Apa p**a yang anda lakukan semasa hamil dan baru melahirkan serta pekara di pantang yg perlu diperhatikan dalam penyusuan susu ibu.
🍭Mari belajar Marmet atau Perahan tangan

2. GAYA LAKTASI PILIHAN IBU BEKERJAYA
🍭Bagaimana cara untuk meneruskan penyusuan susu ibu hingga ke 2 tahun.Apa yg perlu anda lakukan.Topik membincangkan perihal susu ibu dengan lebih lanjut

3.CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG BAYI
🍭Kenali tanda tanda bayi kembung dan cara mengatasinya

4.CARA CARA URUTAN BAYI YANG BETUL .BABY MASSAGE
🍭Bagaimana cara urutan bayi yang betul agar bayi anda tidur lebih lena dan tenang serta kebaikan urutan buat bayi.Di sampaikan oleh Certified Physiotherapist

5.DEMO DAN TESTING BREAST PUMP PILIHAN TERKINI
🍭Anda tercari cari breastpump pilihan anda? Mari cuba dan belajar breastpump terkini.Anda boleh mencubanya juga!

Seminar akan disampaikan oleh LACTATION CONSULTANT dari DRNURHAYA LACTATION CENTER.Dr Nurhaya Yacob.
Beliau adalah Perunding dan Pakar Laktasi serta Doktor .Pernah bertugas di HKL dan Hospital diPenang.Mempunyai ilmu dan Pengalaman yg luas dalam bidang penyusuan.

Assalamualaikum dan Salam SejahteraMEGA SEMINAR PENYUSUAN SUSU IBU TERENGGANU30 JULY 2016 SABTU 9AM - 6PMTAWAQUF INN KUA...
20/07/2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MEGA SEMINAR PENYUSUAN SUSU IBU TERENGGANU
30 JULY 2016 SABTU 9AM - 6PM
TAWAQUF INN KUALA NERUS
(berdekatan airport dan th hotel)
YURAN RM120
Daftar ke
019 379 6969
019 379 6969
Antara Topik yang dibentangkan adalah

1.PERSIAPAN PENYUSUAN SUSU IBU MENJELANG KELAHIRAN SICOMEL ANDA

🍭istimewa buat bakal bakal ibu dan yang baru menjadi ibu.Topik membincangkan pekara pekara asas , mitos serta fakta yang benar mengenai susu ibu.Sediakan diri anda dengan ilmu asas yang penting ini jika anda berniat untuk menyus**an si comel anda dengan susu ibu.Apa p**a yang anda lakukan semasa hamil dan baru melahirkan serta pekara di pantang yg perlu diperhatikan dalam penyusuan susu ibu.
🍭Mari belajar Marmet atau Perahan tangan

2. GAYA LAKTASI PILIHAN IBU BEKERJAYA

🍭Bagaimana cara untuk meneruskan penyusuan susu ibu hingga ke 2 tahun.Apa yg perlu anda lakukan.Topik membincangkan perihal susu ibu dengan lebih lanjut

3.CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG BAYI

🍭Kenali tanda tanda bayi kembung dan cara mengatasinya

4.CARA CARA URUTAN BAYI YANG BETUL .BABY MASSAGE

🍭Bagaimana cara urutan bayi yang betul agar bayi anda tidur lebih lena dan tenang serta kebaikan urutan buat bayi.Di sampaikan oleh Certified Physiotherapist

5.DEMO DAN TESTING BREAST PUMP PILIHAN TERKINI

🍭Anda tercari cari breastpump pilihan anda? Mari cuba dan belajar breastpump terkini.Anda boleh mencubanya juga!

Seminar akan disampaikan oleh LACTATION CONSULTANT dari DRNURHAYA LACTATION CENTER.Dr Nurhaya Yacob.
Beliau adalah Perunding dan Pakar Laktasi serta Doktor .Pernah bertugas di HKL dan Hospital diPenang.Mempunyai ilmu dan Pengalaman yg luas dalam bidang penyusuan.

26/05/2016

TIPS PENYUSUAN DI BULAN PUASA

1.MIND SET DAN NIAT
Ingatlah ibu yang berpuasa selama 12-14 sehari boleh menyusui bayi mereka tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan.Isi padu susu yang dihasilkan tidak bergantung sepenuhnya pada berapa banyak air yang ibu minum tetapi berapa kerap bayi menyusu atau jika bayi tiada bersama berapa kerap ibu memerah susu.Lebih banyak demand dari bayi dan pump lebih banyaklah susu akan dihasilkan
Ibu mestilah yakin bahawa penghasilan susu ibu tidak terjejas walaupun ibu berpuasa.Jika ibu tidak yakin ,maka janganlah berpuasa.Ganti puasa ye lepas ni. Dalam penyusuan keyakinan ibu amat penting kerana ia mempengaruhi emosi dan minda ibu.Emosi dan minda yang positif mampu merangsang hormon oxsitosin dan seterusnya memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Jadi apa yang kita fikir,apa yang kita sebut,apa yang kita buat serta rasa adalah doa dan mindset kita dan jika kita sentiasa meletakkan sesuatu yang positif di hadapan kita sudah tentu kita sentiasa yakin dan bersemangat meneruskan penyusuan bayi.Bersyukur selalu.

2.’SETKAN’ BADAN DAN KEKERAPAN MENGEPAM
Mengikut pengalaman saya sebelum bermulanya bulan puasa sekurang-kurangnya 2 minggu.Saya akan membuat jadual memerah sebanyak 4-5 kali sehari dan mengikut jadual memerah susu dengan konsisten.Saya panggil cara ini adalah untuk ‘set’kan tubuh badan , otak serta hormon prolaktin didalam badan supaya megeluarkan susu pada waktu-waktu berikut.Melalui cara ini susu saya bertambah naik dari sehari ke sehari.Hasil dari jadual saya ini secara tidak langsung saya mempunyai stok susu yang banyak kerana hasil susu saya yang meningkat dari sehari ke sehari dan ianya sudahpun melebihi keperluan anak saya seharian.Jadi baki yang ada saya simpan sebagai stok.Sikit sikit lama-lama jadi bukit .Ini yang berlaku dimana saya mempunyai syok yang banyak apabila tibanya bulan puasa.Jadi jika ada diantara hari-hari yang mana susu saya sedikit drop saya tidak stress sebab saya mempunyai banyak stok tersedia.
Jadi jalanilah ibadah berpuasa anda dengan tenang dan bersyukur.

3.JADUAL MENGEPAM SEMASA BERPUASA
Pastikan ibu mempunyai jadual memerah susu setiap hari.Boleh memerah mengikut JADUAL KEBIASAAN untuk memastikan demand pada breast sentiasa ada.Lebih-lebih lagi jika bayi tidak ada bersama ibu.Atau ibu boleh ubah jadual kepada yang lebih ringan seperti berikut
Sesi 1 : Selepas sahur atau Sebelum Subuh.Pada waktu pagi begini hormon prolaktin tinggi maka
susu akan dihasilkan lebih banyak
Sesi 2 : Pada waktu tengahari Pukul 12 atau waktu rehat ibu seperti biasa
Sesi 3 :Pada waktu petang pukul 4 atau waktu ibu hendak p**ang dari kerja
Sesi 4 :Pada waktu malam sebelum tido jam 10 mlm
(sumber : cikgu susu Zuain Ghani )

Jika ibu merasa terlalu letih untuk memerah pada waktu siang tambahkan sesi pada waktu malam supaya demand sentiasa tinggi.

4. AIR SUAM
Jangan lupa Air.Pengambilan air yang mencukupi merupakan sebahagian daripada nutrien yang seimbang.Ibu digalakkan mengambil AIR SUAM dan elakkan ais.Keperluan ibu menyusu adalah 3.5L sehari atau 8 gelas untuk mengelakkan masalah kurang air.Minum air suam selepas menyusu dan mengepam.
Saya kongsikan gambarajah pengambilan air semasa bulan puasa


5.PEMAKANAN IBU
Bulan ramadhan,bazar banyak.Pilih makanan yang betul.Elakkan makanan pedas dan berminyak.Semasa berbuka ibu digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.Antara makanan yang digalakkan ialah buah-buahan segar seperti betik pisang jagung,kurma,kueh muih yang kurang minis seperti popia basah ,apam beras dan lain-lain.Bole juga mengambil yogurt rendah lemak ditambah buahan segar,bijirin kacang panggang telur rebus atau roti bijirin.
Ibu juga boleh memilih hidangan lengkap dengan protien karbohidrat vitamin dan sedikit lemak contohnya
pasta dengan kuah berasaskan tomato bebola daging salad dan parutan cheese
Mihun sup dengan ayam dan sayur sayuran dan telur
Nasi putih dengan ikan panggang/ayam dan sayur sayuran
Nasi dagang kerana ada halba didalamnya

6.KURMA DAN KISMIS
Kurma adalah buahan syurga yang tinggi kandungan zat besi dan tenaga. Dimana kandungan dalam sebutir kurma terdapat sekitar 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein, 8,5% serat, juga terdapat sejumlah materi lainnya seperti lemak.
Beberapa penelitian lain menunjukkan bahwa kurma basah mengandung 65-70% air, itu dihitung dari berat bersihnya. Kandungan gula sekitar 24-58%, protein sekitar 2-2,1%, kandungan serat sekitar 5,55 %, dan sisa nya berupa kandungan lemak.
Tidak boleh dinafikan lagi khasiat nya.Masukkan kurma sebagai salah satu makanan wajib anda semasa berbuka bersahur dan sepanjang penyusuan ibu .

7.BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
Kita sudahkan berusaha,sekarang tinggal kita bertawakal kepada Allah S.W.T. Kepda ALLAH juga tempat kita meminta rezeki .
Semoga perjalanan penyusuan susu ibu kita dipermudahkan Allah
Allah Ya Rahman Ya Rahim
Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid
Allah Ya Ghoniy Ya Mughni
Allah Ya Fattah Ya Salam
Allah Ya Zohir Ya Baari
Allah Ya Matin Ya Razzak

Salam Sayang Susu Ibu,
LC Rosmawati Md Zin
Personal Breastfeeding Coaching Terengganu
‘guide your breastfeeding to the peak’

Teganu Breastfeeding Moms Centre
019 379 6969

PENGUMUMAN PENUNDAAN DEMO BREASTPUMP& TESTING KE 2 JUN 2016Salam Sejahtera SemuaDimaklumkan bahawa DEMO BREASTPUMP & TES...
26/05/2016

PENGUMUMAN PENUNDAAN DEMO BREASTPUMP& TESTING KE 2 JUN 2016

Salam Sejahtera Semua

Dimaklumkan bahawa DEMO BREASTPUMP & TESTING pada 28 28 MEI 2016 | SABTU |10 PG KE 2PTG |MOMSJOYS DATARAN AUSTIN telah

DITUNDA pada

2 JUN | KHAMIS | 10PG KE 5PTG |
di TATEH DATARAN AUSTIN.
(berhadapan Pizza Hut ,Sebelah Happy Home,
dikenali sbg Momsjoys sebelum ini )

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Dengan berbesar hati DIJEMPUT SEMUA IBU-IBU yang berada di KUALA TERENGGANU hadir dan mencuba melihat sendiri breastpump terkini yang ada dipasaran sekarang

Salam Hormat,Salam Sayang Susu Ibu,

LC RoSe Md Zin
Personal Breastfeeding Coach Runner Terengganu
Teganu Breastfeeding Moms Centre

BREASTPUMP DEMOSTRATE AND TESTING DI KUALA TERENGGANU !28 MEI 2016 | SABTU | 10AM - 2PM | MOMSJOYS DATARAN AUSTIN Hello ...
24/05/2016

BREASTPUMP DEMOSTRATE AND TESTING DI KUALA TERENGGANU !

28 MEI 2016 | SABTU | 10AM - 2PM | MOMSJOYS DATARAN AUSTIN

Hello ~!
Buat mak mak comel lote di Teganu kita.Buat PERTAMA KALI di adakan demostrasi penggunaan breastpump dan diberi mak peluang untuk mencuba setiap jenis breastpump yang dipamerkan .

Wahhh! menarikk menarikk dan menarik !

Maklumlah nak beli breastpump ni kene tau jugak mana yg sesuai untuk mak mak ye.Silap beli mungkin tak sesuai.

Jadi dengan berbesar hati saya bawa kan khas 14 JENIS BREASTPUMP model2 terbaru double breastpump dan single breastpump dengan kerjasama gemilang bersama Dr Nurhaya Lactation Center untuk diLIHAT ,diPEGANG dan diCUBA secara LIVE.

Datang lah beramai-ramai dan dapatkan juga DISCOUNT 5% utk semua jenis breastpump pada hari demostrasi nanti.Syok kan :)

Please Share and Tag kawan-kawan anda ye :)

LC RoSe Md Zin
Personal Breastfeeding Coach Terengganu

Buat IBU HAMIL yang comel
28/04/2016

Buat IBU HAMIL yang comel

28/04/2016

Salam Susu Ibu. :-)

TAHUKAH ANDA POSISI BAYI MENYUSU DENGAN BETUL?

1.Badan bayi sepenuhnya disokong oleh tangan ibu
Untuk lebih keselesaan boleh gunakan nursing pillow atau alaskan bantal dibawah lengan ibu

2.Bayi dibawa rapat ke badan ibu
Jangan ibu menunduk ke arah bayi.Ini boleh menyebabkan ibu merasa penat dan sakit belakang untuk tempoh penyusuan yang lama

3.Bayi mengadap payudara ibu dan ibu memandang bayi
Bole dilihat dengan hidung bayi mengadap payudara ibu

4.Pastikan kepala bahu badan dan kaki bayi selari mengadap ibu.
Ini akan memberikan keselesaan penuh kepada bayi ketika menyusu

Okey.check posisi baby mak mak semua.ok tak?Jangan plak kepala je pusing ke payudara mak badan straight p**ak.sakit leher dia.hehe.

Salam sayang Susu ibu

RoSe Md Zin
Kaunselor Laktasi (jknt)
Teganu Breastfeeding Moms

============================================
Notakaki:
»»Inginkan PERSONAL BREASTFEEDING COACHING? »»HOME VISIT.
»»One to One Breastfeeding coaching
♡whatsapp ke 019 3796969
♡whatsapp ke 019 3796969
Untuk mak di Terengganu kite ajer :-)

THROWBACKTEGANU BREASTFEEDING MOMS GATHERING AND GRADUATION DAYS10 OCTOBER 2015DATARAN KUALA IBAI[ notakaki ]Daftar SEGE...
04/11/2015

THROWBACK

TEGANU BREASTFEEDING MOMS GATHERING AND GRADUATION DAYS

10 OCTOBER 2015
DATARAN KUALA IBAI

[ notakaki ]
Daftar SEGERA ke BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU 28 NOV 2015 SABTU




BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU KUALA TERENGGANUSUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DI BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU..?CEPAT BERTINDAK KERAN...
04/11/2015

BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU KUALA TERENGGANU

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DI BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU..?

CEPAT BERTINDAK KERANA TEMPAT SUDAH HAMPIR PENUH.
SEAT HANYA TINGGAL 6 SAHAJA LAGI..

DAFTAR SEGARA..!!

Mari bersama kita mendalami lagi ilmu penyusuan susu ibu bersama


Pn Asiah Maharam

Fast Action !
hubungi
019 379 6969
Rose Md Zin




29/10/2015
27/10/2015

KENAPA SUSU SAYA DROP APABILA UMUR ANAK SAYA MENINGKAT..?
ADAKAH SAYA DAH KEHABISAN SUSU..?

Persoalan diatas sering bermain diminda seiring dengan usia anak..lebih-lebih lagi pada ibu yang bersama anak 24jam dan hanya direct feeding(df) sahaja

Sebabnya..
1. Anak pada usia 6 bulan keatas telah diperkenalkan dengan makanan pejal pelengkap.Jadi anak biasanya akan kenyang setelah makan dan hanya direct feeding sedikit shj.Kalau dulu 18kali sehari contohnya bila dah makan jadi 10kali sehari shj.Ini sekaligus telah mengurangkan rangsangan pada breast.Berbalik kepada konsep supply dan demand.disini telah menunjukkan demnad yang berkurangan maka spply pun ikut berkurangan.Sebab tu susu kita menjadi kurang..

Bagaimana nak atasinya..?
Tingkatkan demand dengan pump.Pump lah 1@2 kali sehari untuk mengekalkan demand yang tinggi atau stabil seperti sebelumnya.@ Marmet shj lebih mudah tanpa menggunakan pump.

2. Anak kadangkala jika hanya direct feeding shj tidak mampu mengosongkan breast.Jadi selalu terjadi ada baki susu yang tertinggal.Baki susu yang tertinggal ini akan memakan ruang untuk susu baru masuk.Contohnya kapasiti breast pada satu masa boleh memuatkan 4oz tetapi baki yang tertinggal adalah 0.5oz.Jadi susu baru yang boleh masuk hanya 3.5oz.Keadaan yang berterusan boleh menyebabkan supply berkurangan.Jadi kosongkan breast!

Bagaimana nak atasinya...?
Selepas df marmet sehingga breast kosong.
Tanda breast kosong.Tiada ketulan dan breast terasa ringan ,tiada lagi susu yg keluar atau hanya titisan kecil shj yang keluar

Anak saya tidak s**a minum dari botol..Macam mane..?Membazir susu perahan..
Masukkan dalam cawan yang menarik contohnya ada 2 pemegang @ yg mempunyai straw.Usia anak membesar lagi menarik perhatian mereka untuk mencuba pekara baru.Cuba lah.

sekian
Selamat Menyusu





Rose Md Zin
Teganu Breastfeeding Moms Head

07/10/2015

Nantikan seminar penyusuan susu ibu pada 28 Nov 2015 sabtu di Kuala Terengganu

Address

Lot 1241 GELUGOR KEDAI
Kuala
20050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teganu Breastfeeding MomS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram