Derma Darah Terengganu Kite

Derma Darah Terengganu Kite Facebook Rasmi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Unit Tabung Darah Hospital Kemaman. Linktree DDTK https://tr.ee/uJkksTT_md

📍 Pusat Derma Darah Statik, Aras 1 KTCC Mall🗓 Jumaat | 3 April 2026⏰ 12.00 tengahari – 8.00 malam🩸 Operasi Derma Darah S...
03/04/2026

📍 Pusat Derma Darah Statik, Aras 1 KTCC Mall
🗓 Jumaat | 3 April 2026
⏰ 12.00 tengahari – 8.00 malam
🩸 Operasi Derma Darah Sedang Berlangsung
Pihak kami menjemput orang ramai untuk hadir dan menyertai program derma darah yang sedang beroperasi hari ini. Sumbangan anda amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan.
Setiap pendermaan darah bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa, malah menjadi satu bentuk tanggungjawab sosial yang amat bermakna kepada masyarakat.
✔️ Proses selamat dan dikendalikan oleh petugas terlatih
✔️ Masa yang singkat, impak yang besar
✔️ Sumbangan anda mampu memberi harapan baharu kepada pesakit

Kami di Giant Hypermarket Kuala Terengganu sehingga jam 8 malam
02/04/2026

Kami di Giant Hypermarket Kuala Terengganu sehingga jam 8 malam

Di sebalik senyuman mereka, ada perjuangan yang luar biasa…Buat ibu dan ayah anak-anak autisme,kesabaran kalian bukan bi...
02/04/2026

Di sebalik senyuman mereka, ada perjuangan yang luar biasa…

Buat ibu dan ayah anak-anak autisme,
kesabaran kalian bukan biasa-biasa.
Setiap hari adalah usaha tanpa henti untuk
memahami, membimbing, dan menyayangi tanpa syarat ❤️

Buat individu autisme,
kalian bukan kekurangan…
kalian unik, istimewa, dan penuh potensi tersendiri.

💙 Kepada masyarakat,
jangan cepat menilai apa yang kita tidak fahami.
Berilah mereka ruang,
berilah mereka peluang,
dan yang paling penting, berilah empati.
Bukan pandangan maut yang mematikan kegembiraan orang lain.

Kerana dengan sedikit kefahaman,
kita mampu mengubah dunia mereka menjadi lebih indah.

Melalui pengesanan awal, intervensi yang tepat,
sokongan berterusan dan persekitaran yang inklusif,
individu autisme mampu mencapai potensi diri secara optimum dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

Bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia,
marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang lebih penyayang dan memahami.

💙 Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!

Ya, Pusat Derma Darah Statik di KTCC Mall sudah beroperasi SEPERTI BIASA 😍😍😍Jomlah singgah sebentar bagi melaksanakan ta...
02/04/2026

Ya, Pusat Derma Darah Statik di KTCC Mall sudah beroperasi SEPERTI BIASA 😍😍😍

Jomlah singgah sebentar bagi melaksanakan tanggungjawab anda. Sekejap sahaja masa yang diperlukan bagi anda hadir menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan bantuan anda.

Bagi hari Sabtu - Khamis waktu operasi kami bermua jam 12.00 tengah hari - 8.00 malam. Manakala bagi hari Jumaat, kami akan beroperasi bermula jam 2.30 petang - 8.00 malam.

📍 Lokasi kami di Aras 1, KTCC Mall (bersebelahan dengan Butik Rasa Sayang & Fitness Concept)

Jumpa anda semua di sini ya 🥰🥰🥰




Ramai orang tahu derma darah itu satu amalan mulia, tapi tak semua benar-benar faham kenapa keserasian jenis darah sanga...
02/04/2026

Ramai orang tahu derma darah itu satu amalan mulia, tapi tak semua benar-benar faham kenapa keserasian jenis darah sangat penting. Setiap darah ada padanan yang sesuai, bukan semua boleh diberi atau diterima sesuka hati. Contohnya, O negatif sering dipanggil “hero senyap” kerana boleh membantu semua pesakit, manakala AB positif p**a boleh menerima dari semua jenis darah.

Dalam situasi kecemasan, perkara ini jadi sangat kritikal. Darah yang tepat bukan sekadar membantu, tapi boleh menentukan peluang hidup seseorang. Sebab itu, penting untuk kita tahu jenis darah sendiri dan faham asas keserasian ini.

Kalau kita sihat dan berpeluang, pertimbangkanlah untuk menderma. Kadang-kadang satu beg darah yang kita beri, mungkin jadi sebab seseorang masih diberi peluang untuk terus hidup. 🤍

Darah ANDA, Harapan Mereka 🩸Darah yang anda dermakan mungkin hanya mengambil beberapa minit,namun bagi mereka yang memer...
02/04/2026

Darah ANDA, Harapan Mereka 🩸
Darah yang anda dermakan mungkin hanya mengambil beberapa minit,
namun bagi mereka yang memerlukan…
ia adalah peluang kedua untuk terus hidup.
Setiap titisan darah mampu menyelamatkan nyawa,
setiap langkah anda ke pusat derma adalah satu amal yang besar nilainya.
Jangan tunggu saat diperlukan — bertindak hari ini.
Ayuh hulurkan bantuan…
❤️ Jom Derma Darah Sekarang! ❤️

🩸 PROGRAM DERMA DARAH APRIL 2026Anjuran Unit Perubatan Transfusi Hospital KemamanStok darah amat diperlukan bagi memasti...
01/04/2026

🩸 PROGRAM DERMA DARAH APRIL 2026

Anjuran Unit Perubatan Transfusi Hospital Kemaman

Stok darah amat diperlukan bagi memastikan bekalan mencukupi terutama selepas musim perayaan. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa.

📍 Jadual Program:

📌 Surau Taman Banggol Indah
🗓 2/4/2026 (Khamis)
⏰ 8 Malam – 10 Malam

📌 Simply Harmony Jakar
🗓 4/4/2026 (Sabtu)
⏰ 9 Pagi – 1 Tengahari

📌 Masjid Taman Hadhari Paka
🗓 6/4/2026 (Isnin)
⏰ 8 Malam – 10 Malam

📌 Arena Square Kemaman
🗓 10/4/2026 (Jumaat)
⏰ 8 Pagi – 11 Pagi

📌 Surau Biru Kerteh
🗓 15/4/2026 (Rabu)
⏰ 8 Malam – 10 Malam

📌 Binjai Souq
🗓 18/4/2026 (Sabtu)
⏰ 9 Pagi – 1 Tengahari

📌 Surau Taman Desa Solehah
🗓 20/4/2026 (Isnin)
⏰ 8 Malam – 10 Malam

📌 Mesra Mall
🗓 23/4/2026 (Khamis)
⏰ 10 Pagi – 2 Petang

📌 Balai Bomba dan Penyelamat Chukai
🗓 27/4/2026 (Isnin)
⏰ 9 Pagi – 1 Tengahari

📌 Ranaco Jakar
🗓 29/4/2026 (Rabu)
⏰ 9 Pagi – 1 Tengahari

💉 Setiap titisan darah anda amat bernilai
❤️ Jom derma darah, selamatkan nyawa!

Sebarkan maklumat ini dan ajak rakan serta keluarga bersama-sama menyumbang.

Bukan sekadar membantu orang lain—tetapi juga membuka ruang untuk pengesanan awal, siasatan awal, dan rawatan lebih cepa...
01/04/2026

Bukan sekadar membantu orang lain—tetapi juga membuka ruang untuk pengesanan awal, siasatan awal, dan rawatan lebih cepat sebelum terlambat.

Kadang-kadang, apa yang kita anggap “biasa”… sebenarnya adalah tanda awal yang tidak patut diabaikan.

Malam itu sudah sunyi, tapi telefon oncall masih berdering.Jam menunjukkan 1 pagi.Admin mengangkat telefon, seperti bias...
01/04/2026

Malam itu sudah sunyi, tapi telefon oncall masih berdering.
Jam menunjukkan 1 pagi.

Admin mengangkat telefon, seperti biasa bersedia dengan satu lagi permohonan darah di hujung talian.

“Saya Doktor Anis dari wad…maaf ganggu doktor malam ni. Saya perlukan platelet malam ni untuk pesakit bernama Humaira. Pagi tadi saya minta darah merah untuk pesakit ni."

Nada suaranya tidak panik, tapi cukup untuk buat admin berhenti sejenak.

“Platelet pesakit sekarang 5 x10⁹, hemoglobin 7.2 lepas masuk darah tadi.
Ada pendarahan dari hidung, dah 2 jam tak berhenti.”

Admin terus fokus. Permohonan diproses segera, kerana bacaan itu bukan perkara kecil. Humaira mendapat transfusi 4 unit platelet dan pendarahan berhenti selepas satu jam.

Namun dalam kesibukan itu, satu persoalan mula bermain di fikiran.

Pesakit ini bukan kes biasa.

Dia menghidap Polycythemia vera.

Satu penyakit yang kedengaran jarang, tetapi kesannya sangat nyata.

Dalam kepala admin, gambaran terus terbina. Darah yang terlalu pekat, penuh dengan sel darah merah. Penyakit ini biasanya menyebabkan darah menjadi likat, mengalir perlahan dan berisiko membentuk bekuan.

Tetapi yang berlaku di depan mata malam itu sangat berbeza.

Pesakit ini tidak datang dengan masalah darah beku.

Dia datang dengan pendarahan.

Hidung berdarah.
Badan penuh lebam.
Platelet jatuh ke paras yang hampir tiada perlindungan.

Ironi yang kejam.

Penyakit ini bermula dengan terlalu banyak, akhirnya berubah menjadi keadaan terlalu kurang. Sel darah merah menurun, platelet menurun, sel darah putih turut terjejas dan imuniti semakin lemah.

Admin termenung seketika.

Dan tanpa sedar, terlintas satu kelompok yang selalu ditemui di tabung darah. Penderma yang datang dengan niat baik, tetapi kerap p**ang dengan kecewa.

Bukan tidak layak kerana anemia, tetapi kerana hemoglobin terlalu tinggi.

Datang berkali - kali.
Setiap kali juga keputusan yang sama. Hb melebihi 18 g/dL, tidak boleh menderma.

Kebanyakan akan tersenyum dan berkata mereka memang begitu.

Dah biasa Hb tinggi.
Mungkin kurang minum air.
Hari agak panas.
Mungkin sebab aktif bersukan.

Tetapi betulkah semudah itu?

Kadang kadang memang hanya dehidrasi.
Kadang kadang faktor gaya hidup seperti merokok atau v**e.

Tetapi dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi petunjuk awal kepada sesuatu yang lebih serius, seperti Polycythemia vera yang sedang berkembang secara senyap dalam badan.

Masalahnya, bila sesuatu itu berlaku berulang kali, kita mula anggap ia normal.

Sedangkan penyakit seperti ini tidak datang dengan amaran yang kuat. Ia bermula perlahan, tanpa disedari, dan hanya menampakkan kesan apabila keadaan sudah berubah.

Sebab itu, apabila berdepan dengan kes hemoglobin tinggi tanpa faktor risiko yang jelas, pegawai perubatan biasanya akan memulakan siasatan lanjut. Tujuannya supaya keadaan seperti polycythemia vera dapat dikesan lebih awal dan tidak terlepas daripada rawatan yang sepatutnya.

Malam itu memberi satu pengajaran yang mendalam.

Satu bacaan darah bukan sekadar angka.
Ia boleh menjadi petunjuk kepada sesuatu yang lebih besar.

Dan di situlah sebenarnya kelebihan menderma darah.

Bukan hanya membantu orang lain, tetapi memberi peluang untuk kenal pasti masalah lebih awal, siasat lebih awal, dan mendapatkan rawatan sebelum terlambat.

Kadang kadang, apa yang kita anggap biasa… sebenarnya adalah tanda awal yang tidak patut diabaikan.

🩸 Hebahan Kempen Derma DarahKadang-kadang, kita tak sedar…Apa yang kecil bagi kita, sangat besar buat orang lain. ❤️Luan...
01/04/2026

🩸 Hebahan Kempen Derma Darah

Kadang-kadang, kita tak sedar…
Apa yang kecil bagi kita, sangat besar buat orang lain. ❤️

Luangkan sedikit masa anda untuk hadir ke:
📍 Giant Hypermarket Kuala Terengganu (Aras 1)
📅 2 April 2026 (Khamis)
⏰ 2.30 petang – 8.00 malam

Setiap titisan darah yang anda dermakan adalah harapan baru buat pesakit yang memerlukan.

Jom jadi penyelamat tanpa disedari.
Kebaikan kecil, impak yang besar 🤲✨

🩸 JOM DERMA DARAH!  Setiap titisan darah anda mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan ❤️  📅 31 Mac 202...
30/03/2026

🩸 JOM DERMA DARAH!

Setiap titisan darah anda mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan ❤️

📅 31 Mac 2026 (Selasa)
⏰ 9.30 pagi – 3.00 petang
📍 Kolej Kediaman Pelajar, UniSZA Kampus Gong Badak

✨ 1 beg darah mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa!

Jom ajak rakan-rakan & keluarga bersama 🤝
Sedikit usaha dari kita, besar maknanya buat mereka.

📌 Jangan lupa bawa MyKad / Pasport

Jumpa anda di sana! 💪

Terima kasih warga Dungun kerana menyahut dengan baik seruan kempen ‘donor bring donor’ ☺️ Hasil daripada kempen ini, al...
30/03/2026

Terima kasih warga Dungun kerana menyahut dengan baik seruan kempen ‘donor bring donor’ ☺️ Hasil daripada kempen ini, alhamdulillah kempen derma darah di Hospital Dungun hari ini mendapat sebanyak 55 beg darah.

Bawa rakan untuk menderma bersama-sama dan ada sedikit keychain sebagai kenangan buat anda bersama-sama 🥰🥰



Address

Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala
20400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096212121

Website

https://linktr.ee/DermaDarahTerengganuKite

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Terengganu Kite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Derma Darah Terengganu Kite:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category