Bekam D' Jeram

Bekam D' Jeram Memberikan Perkhidmatan Bekam Islamic, Rawatan Ruqyah Syar'iyyah & Terapi Urutan Kiropraktik

Lama tak post sini..In sha Allah, sesi terapi masih dibuka untuk membantu tuan² dan puan² sekalian..Badan barai + lesu.....
10/10/2025

Lama tak post sini..

In sha Allah, sesi terapi masih dibuka untuk membantu tuan² dan puan² sekalian..

Badan barai + lesu.. angin jahat ni 😌

AssalamualaikumJangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.Perhatikan jika anda atau kenalan terdekat anda meng...
16/05/2024

Assalamualaikum
Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.
Perhatikan jika anda atau kenalan terdekat anda mengalami gejala ini ;
1. Susah tidur malam.
2. Sering terjaga tengah malam.
3. Selalu mimpi menakutkan.
4. Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi.
5. Selalu mimpi bayi.
6. Selalu mimpi diancam benda tajam.
7. Selalu mimpi tempat kotor atau kawasan kubur.
8. Selalu sakit kepala tanpa sebab.
9. Selalu rasa berdebar-debar.
10. Cepat nak marah tanpa sebab.
11. Rasa malas nak beribadah.
12. Cepat lupa.
13. Sakit belakang terutamanya dibahagian tulang belakang.

Jika ada mengalami tanda diatas, ada kemungkinan bahawa anda telah mengalami gangguan jin samada melalui sihir, saka atau jin asyik.

Digalakkan untuk segera menjalani rawatan sebelum melarat mengganggu urusan harian anda.

Klik link berikut untuk pertanyaan lanjut

wasap.my/60183692590/ruqyahsyariyyahjeram
wasap.my/60183692590/ruqyahsyariyyahjeram

Business Account

Hukum Memasang Ayat Ruqyah Dalam KeretaAgak viral mengenai tulisan artikel yang melarang memasang ayat-ayat Ruqyah di da...
14/05/2024

Hukum Memasang Ayat Ruqyah Dalam Kereta

Agak viral mengenai tulisan artikel yang melarang memasang ayat-ayat Ruqyah di dalam kereta.

Insya-Allah saya akan huraikan sedikit dan jelaskan mengenai salah faham yang berlaku.

1. Hukum Asal Membaca atau Memasang Ayat Ruqyah

Pada asalnya, hukumnya adalah sunat seperti mana hukum membaca dan memasang ayat al-Quran, kerana ayat-ayat Ruqyah terdiri dari ayat al-Quran juga.

2. Perubahan Status Satu Ibadah Mengikut Lokasi dan Tempat

Namun, hukumnya boleh berubah mengikut keadaan. Ibadah seperti bacaan al-Quran, solat dan puasa, ada ketikanya boleh menjadi haram mengikut waktu dan lokasi. Contohnya, bacaan al-Quran adalah haram dibaca di tandas dan oleh makmum sewaktu khatib membaca khutbah.

3. Hukum Membaca Ayat Al-Quran di dalam kenderaan.

Membaca al-Quran sewaktu di dalam kenderaan adalah harus. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin Mughaffal r.a yang berkata,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ وَهْوَ يَقْرَأُ عَلَى رَاحِلَتِهِ سُورَةَ الْفَتْحِ‏

“Aku melihat rasulullah s.a.w pada hari pmbebasan kota Mekkah dan beliau saat itu membaca surah al-Fath di atas tunggangannya” (Bukhari & Muslim)

Begitu juga hukumnya kepada ayat-ayat Ruqyah yang juga merupakan ayat-ayat al-Quran

4. Bagaimana Hukumnya Sekiranya dengan Membaca Al-Quran Itu Membahayakan Nyawa?

Menjaga nyawa adalah wajib, sedangkan membaca al-Quran atau Ruqyah itu adalah sunat yang sangat dituntut.

Sekiranya dikhuatiri boleh membahayakan nyawa, adalah lebih baik untuk menunda bacaan al-Quran atau Ruqyah tersebut dalam keadaan yang lebih baik.

Kenapa saya kata begini?

Kerana ada beberapa kes yang saya sendiri hadapi, apabila seseorang yang mudah kerasukan terkena gangguan jin, apabila mendengar bacaan Al-Quran di dalam keretanya, menyebabkan dia dirasuk dan hilang kawalan terhadap kenderaan, nyaris menyebabkan dia kemalangan.

Ada juga berlaku kepada penumpang yang kerasukan, bergegas cuba buka pintu kereta dan ingin melompat keluar dari kereta.

Dalam situasi ini, adalah baik sekiranya dia tangguhkan dulu amalan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.

5. Salah Faham Yang Berlaku

Ada beberapa salah faham yang berlaku disebabkan penyebaran artikel sebegini, dan saya akan huraikan jawapan kepada setiap salah faham tersebut satu persatu.

i. Larangan membaca / mendengar ayat Ruqyah ini terkena kepada semua orang

Ia salah. Hanya minoriti manusia sahaja yang ada kecenderungan untuk kerasukan. Berapa peratusnya saya tidak tahu, kerana tidak pernah dibuat kajian oleh mana-mana pihak, namun ia cukup kecil.

Walaupun saya berurusan dengan banyak kes-kes gangguan, saya sampai boleh ingat dan bilang dengan tangan sahaja mereka yang ada potensi kerasukan.

Oleh itu, kenal pasti diri anda dulu, sama ada anda ada sejarah terkena kerasukan atau tidak. Kalau tidak ada, maka tiada masalah bagi anda.

ii. Ayat Ruqyah berbeza dengan Ayat Al-Quran

Dari banyak komen yang saya baca, ada juga yang sehingga menasihati, agar jangan dipasang ayat Ruqyah sahaja, tapi ayat al-Quran lain itu boleh.

Ini merupakan suatu yang keliru, kerana sama sahaja ayat Ruqyah, yang merupakan ayat Al-Quran juga. Dan sehingga ini, masih tiada panduan yang tepat boleh mengatakan ayat Al-Quran mana yang bukan ayat Ruqyah. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan seluruh atau hampir semua Al-Quran itu boleh digunakan untuk Ruqyah.

iii. Memasang Ayat Ruqyah Menganggu “Makhluk-makhluk Lain” di sepanjang perjalanan

Ada juga komentar yang sebegini, mengatakan bila kita membawa kenderaan yang dipasang ayat Ruqyah atau al-Quran, kita menganggu ciptaan Allah yang lain, menyebabkan jin-jin marah dan menganggu kita.

Sesungguhnya ini adalah tuduhan yang sangat berat, kerana Al-Quran itu digunakan untuk menarik minat manusia dan jin untuk belajar mengenai Islam. Bagaimana mungkin ayat al-Quran yang penuh dengan Rahmah dari Allah, kebaikan dan manfaat yang terlalu banyak, yang telah menyebabkan jutaan manusia dan jin memeluk agama Islam, menyebabkan bangsa jin itu berang bila mendengar al-Quran.

Kalau berlaku, ia bukanlah disebabkan al-Quran, tapi oleh peribadi seseorang itu sendiri. Yang juga, agak jarang. Malah musuh-musuh Islam pada zaman Rasulullah s.a.w juga amat kagum dengan al-Quran, meskipun mereka memilih untuk tidak menganut agama Islam.

Perhatikan firman Allah,

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawa: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan” (Surah al-Jin, 1)

Adalah satu kezaliman mengatakan Al-Quran ini merupakan suatu yang memudaratkan. Walaupun kepada bangsa Jin, kerana ada beberapa kes dari hadis Nabi s.a.w memuji bangsa jin kerena kelembutan hati mereka terhadap al-Quran.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, anda boleh membaca atau mendengar ayat-ayat Ruqyah di dalam kenderaan, kecuali apabila anda antara mereka yang mudah kerasukan.

Sekiranya anda berada dalam golongan itu, jangan bersedih, dan anggaplah itu sebagai petunjuk dari Allah. Iaitu sebagai petanda yang anda sedang ada penyakit, dan berusahlah untuk merawatnya. Insya-Allah setelah sembuh, anda juga boleh mendengar dan membaca ayat-ayat Ruqyah di dalam kendereaan seperti orang lain.

Itulah yang saya biasanya lakukan. Saya tidak menjadikan larangan membaca ayat al-Quran di dalam kenderaan sebagai satu larangan yang kekal, tetapi hanya sebagai nasihat bersifat sementara. Saya juga menyarankan dia baiki amalan-amalan yang lain, berusaha hilangkan gangguan sepenuhnya, sehinggalah dia mampu mendengar atau membaca ayat al-Quran seperti biasa.

Dan bila dia mampu, ketahuilah, itu petanda yang cukup bagus bahawa dia sudah sembuh! Alhamdulillah.



Kredit : Akhi Ahmad Redha

Puas baraan, melantak berbalang kuih raya, lemang, rendang dan ketupat?Jom servis diri anda dengan pakej serendah RM70 t...
25/04/2023

Puas baraan, melantak berbalang kuih raya, lemang, rendang dan ketupat?
Jom servis diri anda dengan pakej serendah RM70 termasuk FREE adjust tulang belukang badan anda dengan kami.
In sha Allah, kami bantu anda sedaya kami dalam proses 'recharge' diri anda setelah penat beraya. Lepas tu bolehlah pergi baraan lagi sejauhnya.
Klik link berikut untuk menetapkan slot dengan kami sesegera mungkin!
wasap.my/60183692590/bookslotraya
wasap.my/60183692590/bookslotraya
wasap.my/60183692590/bookslotraya

12/09/2022
KAMI MAHU BANTU ANDA !Kami bersedia untuk membantu anda untuk menjalani kualiti kesihatan dengan kaedah yang disukai ole...
12/09/2022

KAMI MAHU BANTU ANDA !

Kami bersedia untuk membantu anda untuk menjalani kualiti kesihatan dengan kaedah yang disukai oleh Baginda Nabi SAW.

Alhamdulillah kami telah membantu masyarakat tak kira bangsa, agama dan latar belakang dalam mencari ikhtiar kepada permasalahan kesihatan yang dialami.

Antara permasalahan yang kebiasaan pesakit alami adalah ;
Lenguh Badan
Badan tak bermaya
Darah tinggi
Anxiety
Gout
Badan rasa sebu
Masalah angin dalam badan
Badan rasa lesu
Penyakit kulit

Kami juga turut menyediakan sesi rawatan Ruqyah Syariyyah untuk membantu mereka yang mengalami masalah gangguan mistik seperti ;

Saka
Sihir
Jin Asyik
Bayi kuat meragam
Dan sebagainya...

S**a untuk diingatkan bahawa apa jua yang kita ikhtiar dan usahakan, hanya akan berjaya dengan izin Allah.

In sha Allah, Allah akan permudahkan setiap perkara yang baik.

Sesi rawatan terbuka kepada Lelaki dan Wanita.

Setiap rawatan hanyalah melalui TEMUJANJI yang ditetapkan awal terlebih dahulu.

Sila klik link berikut untuk menetapkan temujanji anda.

wasap.my/60184692590/bookingslot
wasap.my/60183692590/bookingslot
wasap.my/60183692590/bookingslot


Gout merupakan penyakit artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi terutamanya pada kaki....
10/07/2022

Gout merupakan penyakit artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi terutamanya pada kaki.

Antara punca adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin. Purin terdapat dalam kebanyakan tisu tubuh manusia dan juga daripada makanan. Antara contoh makanan tinggi purin ialah daging merah, organ dalaman (hati, paru, limpa), kerang, udang, ikan bilis, sardin.

Pada keadaan normal asid urik akan melarut dalam darah melalui buah pinggang dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing.Bagi pesakit gout, amalan diet rendah purin boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah.

Diet ini tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.

Kredit : KKM

AssalamualaikumJom SERVIS tubuh badan anda setelah kepenatan balik bercuti beraya.🤗+ Bekam Full Body (20 cup)+ Urutan Ki...
25/05/2022

Assalamualaikum
Jom SERVIS tubuh badan anda setelah kepenatan balik bercuti beraya.🤗
+ Bekam Full Body (20 cup)
+ Urutan Kiropraktik (Asas)
+ Infrared Therapy (Terapi Haba Inframerah)
***only RM90***
(N.P RM100)
====================================
RUMAH BEKAM D'JERAM
Hari/Waktu Operasi: (Isnin-Ahad)
------------------------------------
Sesi 1 : 10.00am - 01.00pm
Sesi 2 : 02.30pm - 05.00pm
Sesi 3 : 08.30pm - 10.00pm
(Jumaat Tutup: 12.00pm - 2.30pm)
------------------------------------
MELALUI TEMUJANJI SAHAJA
====================================
Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik.
Gabungan Perubatan Thibbun Nabawi (Cara Nabi) + Tradisional dan Komplementari.
====================================
RUMAH BEKAM D'JERAM
Jalan Sekolah Kebangsaan Jeram (Hadapan Tadika)
Kuala Selangor, Selangor
Kami menawarkan:
➨ Harga Berpatutan & 100% Steril,Bersih & Selamat.
➨ JURUBEKAM LELAKI & WANITA
Rawatan:
✅ BEKAM ✅ KIROPRAKTIK ✅ RUQYAH/SIHIR
For fast action or booking appointment, please WhatsApp via:
Jom Tempah Slot Rawatan / BOOK NOW!
📲PM/SMS/WhatsApp KE

wasap.my/60183692590/nakbekampromoRAYA
wasap.my/60183692590/nakbekampromoRAYA
wasap.my/60183692590/nakbekampromoRAYA


𝗞𝗔𝗞𝗜 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗜𝗦𝗔.Pengetahuan am tentang simptom penyakit medis yang biasa dialami rakyat Malaysia harus diamb...
23/05/2022

𝗞𝗔𝗞𝗜 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗜𝗦𝗔.

Pengetahuan am tentang simptom penyakit medis yang biasa dialami rakyat Malaysia harus diambil tahu oleh semua pihak.Contohnya untuk pesakit kencing manis yang bukan ringan dari jenis tertentu.Kadang-kadang bila berjalan kaki dia mula rasa kebas, rasa nyilu, rasa panas terbakar, rasa tajam, rasa sakit menjalar dan juga seperti renjatan elektrik.Hal ini kerana mula berlaku gangguan saraf terhadap penghidap diabetes kategori ini.Jika semakin teruk,pesakit mula rasainya hanya selepas berjalan beberapa meter sahaja.

Jika tidak cakna, mungkin ada yang bersangka pesakit sudah terkena sihir jenis tabur atas tanah,sebab itulah bila berjalan mula rasa kaki kebas dan berbisa.Ini baru salah satu contoh, terdapat pelbagai lagi jenis penyakit medis yang beri kesan pada fizikal.Contoh lain seperti masalah pada darah,bahkan masalah pada organ dalaman juga mampu menyebabkan masalah kulit yang kronik pada seseorang.Tidak semestinya sebab alahan makan udang sahaja baru nak jadi kegatalan dan masalah kulit.

Wallahua'alam.

kredit : Rawatan Islam Pulau Pinang.

AssalamualaikumJom SERVIS tubuh badan anda setelah kepenatan balik bercuti beraya.🤗+ Bekam Full Body (20 cup)+ Urutan Ki...
19/05/2022

Assalamualaikum
Jom SERVIS tubuh badan anda setelah kepenatan balik bercuti beraya.🤗
+ Bekam Full Body (20 cup)
+ Urutan Kiropraktik (Asas)
+ Infrared Therapy (Terapi Haba Inframerah)
***only RM90***
(N.P RM100)
====================================
RUMAH BEKAM D'JERAM
Hari/Waktu Operasi: (Isnin-Ahad)
------------------------------------
Sesi 1 : 10.00am - 01.00pm
Sesi 2 : 02.30pm - 05.00pm
Sesi 3 : 08.30pm - 10.00pm
(Jumaat Tutup: 12.00pm - 2.30pm)
------------------------------------
MELALUI TEMUJANJI SAHAJA
====================================
Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik.
Gabungan Perubatan Thibbun Nabawi (Cara Nabi) + Tradisional dan Komplementari.
====================================
RUMAH BEKAM D'JERAM
Jalan Sekolah Kebangsaan Jeram (Hadapan Tadika)
Kuala Selangor, Selangor

Kami menawarkan:
➨ Harga Berpatutan & 100% Steril,Bersih & Selamat.
➨ JURUBEKAM LELAKI & WANITA
Rawatan:
✅ BEKAM ✅ KIROPRAKTIK ✅ RUQYAH/SIHIR
For fast action or booking appointment, please WhatsApp via:
Jom Tempah Slot Rawatan / BOOK NOW!
📲PM/SMS/WhatsApp KE wasap.my/60183692590/nakbekampromoRAYA


Boleh ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?BERBEKAM KETIKA PUASA LEBIH BAIKPersepsi itu sememangnya sering berla...
16/04/2022

Boleh ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?

BERBEKAM KETIKA PUASA LEBIH BAIK

Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya

Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak??

Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.

"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit".

Oleh itu di sarankan kepada anda yang ingin menjalani rawatan bekam, sebaiknya berpuasa, atau dalam keadaan perut yg kosong atau 2 ke 3 jam selepas makan berat.

"Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih"

Wallahua'lam

Address

Kuala
45800

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60183692590

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam D' Jeram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram