SKUAD CAKNA UBAT

SKUAD CAKNA UBAT Team Kenali Ubat Anda Negeri Terengganu

Bengkel Pemantapan Pharmacy Intergrated Community Care (PICC) Tahun 20267 April 2026 | Selasa | 9.00 Pagi | Kompleks Ibu...
07/04/2026

Bengkel Pemantapan Pharmacy Intergrated Community Care (PICC) Tahun 2026

7 April 2026 | Selasa | 9.00 Pagi | Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu, Chendering (Pejabat YPK Kawasan Kuala Terengganu)

Anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

๐Ÿ•‹ CAKNA UBAT DAN KEKAL SIHAT SEPANJANG IBADAH HAJIMusim haji telah tiba. Bakal jemaah haji sudah pasti sedang melakukan ...
06/04/2026

๐Ÿ•‹ CAKNA UBAT DAN KEKAL SIHAT SEPANJANG IBADAH HAJI
Musim haji telah tiba. Bakal jemaah haji sudah pasti sedang melakukan pelbagai persiapan yang diperlukan.

Persediaan yang rapi dari setiap segi, termasuk yang berkaitan ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฎ๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan jemaah haji sentiasa berada tahap yang memuaskan. Keadaan kesihatan yang baik membolehkan jemaah melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Jom ketahui tip pengurusan ubat yang betul semasa menjalankan ibadah haji !

Ikuti kupasan lebih lanjut berkenaan topik ini pagi ini di Terengganu FM

Jemput tonton semua.
-------------------
7 April 2026 (Selasa)
10.30 pagi
Pengurusan Ubatan untuk Jemaah Haji
-------------------


Nak bawa ubat balik kampung? Kami kongsikan tip untuk pengurusan ubat-ubatan dengan betul semasa perjalanan dari rumah s...
19/03/2026

Nak bawa ubat balik kampung? Kami kongsikan tip untuk pengurusan ubat-ubatan dengan betul semasa perjalanan dari rumah sampai ke kampung. Ingat ye, pengurusan ubat-ubatan yang tidak tepat boleh menyebabkan ubat rosak dan tidak berkesan.

Bagi yang telah memulakan perjalanan pulang beraya ke kampung minggu ini, kami ucapkan semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin :)

Tolak Ubat Tidak Sah
12/03/2026

Tolak Ubat Tidak Sah

๐Ÿšจ Nampak biasa, tapi risikonya luar biasa.
Sesetengah produk kesihatan mungkin mengandungi bahan terlarang yang tidak dinyatakan pada label.
Jangan ambil risiko dengan kesihatan anda.

โœ”๏ธ Semak nombor MAL
โœ”๏ธ Pastikan ada hologram keselamatan
โœ”๏ธ Beli di farmasi atau premis berlesen

๐Ÿ’™ Lindungi diri. Pilih ubat berdaftar.

Episod 8 Dengor Molek akan membongkar realiti yang jarang dibincangkan berkenaan isu berhenti ubat kerana puasa, โ€œbom gu...
26/02/2026

Episod 8 Dengor Molek akan membongkar realiti yang jarang dibincangkan berkenaan isu berhenti ubat kerana puasa, โ€œbom gulaโ€ ketika berbuka, mitos ubat-ubatan, produk kurus pantas menjelang raya dan persiapan ubat ketika balik kampung.

Perkongsian terus daripada pakar Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Jangan tunggu sampai badan beri amaran.

Saksikan Dengor Molek Episod 8, jam 9:30 malam ini.

Channel Youtube Dengor Molek : https://youtube.com/?si=YSK8z57OmRDMCGuQ

๐ŸŒ™ Tip Ambil Ubat Semasa Berpuasa ๐Ÿ’ŠBimbang tidak boleh berpuasa kerana perlu mengambil ubat? Jangan risau.Jika anda sedan...
22/02/2026

๐ŸŒ™ Tip Ambil Ubat Semasa Berpuasa ๐Ÿ’Š

Bimbang tidak boleh berpuasa kerana perlu mengambil ubat? Jangan risau.

Jika anda sedang menjalani rawatan, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum membuat sebarang perubahan terhadap ubat anda.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah:

โœ… Menyesuaikan masa pengambilan ubat kepada waktu sahur dan berbuka
โœ… Menukar jenis ubat (jika sesuai) kepada yang diambil dengan kekerapan lebih rendah
โœ… Menukar bentuk ubat mengikut kesesuaian
โœ… Melakukan pelarasan dos di bawah nasihat profesional kesihatan

โš ๏ธ Jangan hentikan ubat tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi.

Sekiranya keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk berpuasa, utamakan kesihatan dan dapatkan nasihat lanjut.

โœจ Ingatlah, menjaga kesihatan juga satu amanah dan ibadah.

Dapatkan nasihat sebelum membuat sebarang perubahan terhadap ubat anda.




๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‘๐’–๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’ƒ๐’‚๐’•-๐‘ผ๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐Ÿ’ŠRamadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap Muslim diperintahkan...
18/02/2026

๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‘๐’–๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’ƒ๐’‚๐’•-๐‘ผ๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐Ÿ’Š
Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap Muslim diperintahkan untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Namun Islam adalah agama yang penuh rahmat dan kemudahan. Bagi mereka yang diuji dengan kesakitan sehingga tidak mampu berpuasa, maka gugurlah kewajipan puasa ke atasnya dan dibolehkan menggantikan puasa tersebut pada hari-hari yang lain apabila telah sihat.

Bagi pesakit yang berhasrat untuk terus berpuasa, amatlah digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Kaunseling yang tepat akan membantu memastikan pengambilan ubat dilakukan dengan selamat tanpa menjejaskan ibadah puasa.

Semoga setiap usaha menjaga kesihatan ini menjadi ibadah dan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT. ๐Ÿคฒ



Seminggu menjelang Ramadan.Jelajah Farmasi Imaratul Masjid.Kem Askar pun kita masuk.
11/02/2026

Seminggu menjelang Ramadan.

Jelajah Farmasi Imaratul Masjid.

Kem Askar pun kita masuk.


Dari pesisir pantai hingga ke pedalaman di Tengkawang, Hulu Terengganu.Jelajah Farmasi Imaratul Masjid.Temui ahli farmas...
08/02/2026

Dari pesisir pantai hingga ke pedalaman di Tengkawang, Hulu Terengganu.

Jelajah Farmasi Imaratul Masjid.

Temui ahli farmasi anda di masjid berdekatan.


JELAJAH FARMASI IMARATUL MASJIDHARI INI. Dari Besut hingga Kemaman, ahli farmasi turun padang ke kerusi pengkuliah di ma...
06/02/2026

JELAJAH FARMASI IMARATUL MASJID

HARI INI.

Dari Besut hingga Kemaman, ahli farmasi turun padang ke kerusi pengkuliah di masjid komuniti anda.

Kali ini, ahli farmasi turun ke lebih 30 buah masjid di seluruh negeri Terengganu sepanjang Syaaban ini untuk mengupas topik permasalahan ubatan ketika berpuasa.

Jumpa anda di masjid terdekat.


๐Ÿ”ฅ ๐‘ท๐‘ถ๐‘ซ๐‘ช๐‘จ๐‘บ๐‘ป ๐‘ญ๐‘จ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’Š Nok masuk bulan puasa doh, ejas makan ubat guane tu?๐Ÿ’Š Balik kampung mana tahun n...
03/02/2026

๐Ÿ”ฅ ๐‘ท๐‘ถ๐‘ซ๐‘ช๐‘จ๐‘บ๐‘ป ๐‘ญ๐‘จ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’Š Nok masuk bulan puasa doh, ejas makan ubat guane tu?
๐Ÿ’Š Balik kampung mana tahun ni, dah tahu tips bawa ubat?
๐Ÿ’Š Tahukah anda inisiatif baharu perkhidmatan farmasi untuk OKU Penglihatan?

๐ŸŽง Jawapan terus daripada Pegawai Farmasi Anda!

๐Ÿ“… Khamis | 5 Februari 2026
โฐ 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ LIVE Facebook Skuad Cakna Ubat

โœจ Episod 1/2026 membawakan kupasan eksklusif:
โœ… Isu ubat ketika berpuasa
โœ… Tips selamat bawa ubat balik kampung
โœ… Inisiatif perkhidmatan farmasi mesra OKU penglihatan

๐ŸŽ™๏ธ Bersama hos anda:
๐Ÿ”น Syazwan Maarof
๐Ÿ”น Muzani

๐Ÿ‘ค Tetamu Istimewa Minggu Ini
Encik Imran Faisal โ€“ Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Terengganu

๐Ÿ‘‰ Jangan sekadar dengar, JOM FAHAM & SEBARKAN!
Pakat Cakne Ubat Kite, Terengganu Celik Ubat ๐Ÿ’™

๐Ÿ”” Set reminder, tekan follow & jumpa kami LIVE!

Address

Team Kenali Ubat Anda Negeri
Kuala
20300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD CAKNA UBAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram