22/11/2020
KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT 7 UNTUK PENDINDING DIRI
1.Barangsiapa mengamalkan/membaca ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa aman sentosa dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
2.Apabila ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), insyaallah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dai gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan serta dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
3.Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada setiap solat fardhu dibaca tujuh kali, niscaya akan memperoleh faedah yang besar.
4.Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, insyaallah, Allah akan memudahkan sakaratul maut kelak dan memperolehi pahala yang besar p**a. Juga kalau dibacakan ayat ini pada orang sakit, maka insyaallah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.
5.Barangsiapa yang membaca ayat tujuh dengan tujuh hari berturut-turut dengan ketentuan tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di malam hari, mudah-mudahan Allah akan melepaskan atau memudahkan dari kesulitan dan kesusahan.
Keutamaannya jika diamalkan secara istiqomah :-
1) Dicatat pahala yang banyak
2) Wajah berseri
3) Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4) Dijauhkan dari gangguan iblis
5) Ditunaikan segala hajat
6) Terpelihara dari tipudaya musuh
BERDOA.BERUSAHA.BERTAWAKKAL.
ALLAH MAHA KUASA ATAS SESUATU
Sila rujuk : Kitab โMajmuโah Musammah Bi Tuhfatul Authon Wal Ikhwanโ karya Almarhum Tuan Syeikh Hj. Ahmad Ibn Syeikh Hj. Muhammad Said B. Syeikh Hj. Jamaluddin Al-Linggi Al-Jawi r.a.