26/04/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama Sekali, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Kuantan yang telah menunjukkan minat serta mengambil inisiatif untuk mendaftar dalam Program Pengurusan Berat Badan Ifiter bagi sesi 2026. Sambutan yang amat menggalakkan ini jelas mencerminkan kesedaran dan komitmen masyarakat terhadap gaya hidup sihat yang semakin meningkat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya terpilih dan telah dihubungi untuk menyertai program ini. Pemilihan anda adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, dan kami amat berbesar hati untuk bersama-sama anda dalam perjalanan mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Bagi mereka yang masih belum terpilih, jangan berputus asa kerana peluang akan terus dibuka pada masa akan datang, dan kami amat mengalu-alukan penyertaan anda sekali lagi.
Pihak Wellness Hub Kuantan berharap agar semua peserta yang terpilih dapat memberikan komitmen yang padu, disiplin yang tinggi serta semangat yang berterusan sepanjang menjalani program ini. Kejayaan program ini bukan sahaja bergantung kepada modul latihan yang disediakan, malah juga kepada kesungguhan dan usaha setiap individu.
Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada perubahan gaya hidup yang lebih sihat, seimbang dan berkekalan. Kami mendoakan agar semua peserta memperoleh manfaat yang maksimum serta mencapai matlamat kesihatan yang diimpikan.
ππππππ
πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππ πππππ ππππ π/ππππ (KOMUNITI)
Berita baik kepada warga KUANTAN khususnyaβΌοΈ Nak turun berat badan secara sihat dan selamatβ
Kami di Wellness Hub Kuantan bersedia membantu anda secara π£ππ₯ππ¨π πβοΈ
Pendaftaran bagi Program IFitEr Sesi 1/2026 kini telah dibuka dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda tahun 2026.
Syarat-syarat penyertaan :
π Berumur 18 tahun dan ke atas
π Mempunyai Indeks J***m Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) >25kg/m2
π Tidak mempunyai sebarang penyakit kronik
π Berminat dan memberi komitmen sepanjang intervensi
Pelaksanaan Program :
π Program ini berlangsung selama 6 bulan
π Program secara bersemuka bersama Jurulatih
π Peserta yang dipilih akan dihubungi oleh pihak Wellness Hub Kuantan
ποΈ Tarikh Kick Off : 27 April 2026
β° Masa : 8.30 pagi sehingga selesai
π Lokasi : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Hadiah menarik menanti anda ππ
Sila imbas kod QR pada infografik atau tekan pautan ini untuk mendaftar ππ»ππ»
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc-yCXI9m_Fbew1tKmJitYA4j7-2LIMC84draLw0yRS0A0Vgw/viewform?usp=sharing&ouid=108099940892597979183
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 18 April 2026 (Sabtu)
Untuk pertanyaan, sila hubungi kami :
014-8418616 (Coach Helmy) atau 016-9869331 (Pn. Hong)