12/03/2026
Tahukah anda, perubahan iklim bukan sahaja menjejaskan bumi, malah memberi kesan langsung kepada buah pinggang kita?
Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day) 2026, kita perlu sedar bahawa cuaca yang semakin panas (stres haba) serta pencemaran udara dan air boleh juga mencederakan 'penapis' badan kita secara senyap. Apabila suhu meningkat, buah pinggang bekerja lebih keras untuk mengekalkan imbangan cecair, manakala toksin daripada pencemaran boleh menyebabkan keradangan dan merosakkan unit penapis buah pinggang (nefron).
Ikuti tips berikut untuk memastikan buah pinggang kita kekal sihat dalam persekitaran yang semakin mencabar ini!
โข Elak Dehidrasi Minum air kosong secara konsisten (setiap 1-2 jam), sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ingat, haus adalah tanda badan sudah mengalami dehidrasi!
โข Sifar Air Manis. Gantikan dengan air kosong atau infused water (sayur atau buah). Kurang gula = Kurang beban buah pinggang!
โข Lebihkan Protein Tumbuhan. Gantikan daging merah dengan tempe, tauhu, atau kekacang. Kurang jejak karbon dan, lebih ringan untuk penapisan nefron.
โข Pantau Warna Urin. Setiap kali ke tandas, pastikan warna urin kuning cerah. Jika pekat, minum segelas air kosong segera!
โข Kawal Tekanan Darah. Capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Kurangkan ambil garam, makanan segera dan daging terproses. Rehat dan tidur dengan mencukupi. Urus stress dengan baik.
โข Rempah Ratus Asli. Masak tanpa kiub perasa, sos, perencah, atau penambah perisa. Gunakan bawang, kunyit, halia dan lada hitam untuk rasa enak asli. Kurang garam = Kurang beban buah pinggang!
โข Hati-hati Suplemen: Jangan sembarangan ambil produk kurus, pemutih kulit atau jamu tanpa nasihat pakar, kerana ia boleh memberi tekanan pada buah pinggang
โข Detoks Persekitaran, Kurangkan penggunaan plastik semasa membeli belah. Bawa botol air stainless steel dan elakkan membeli air botol plastik sekali guna. Pilih sayur segar (tempatan) berbanding makanan dalam tin yang tinggi pengawet.
โข Elakkan Terdedah Suhu Tinggi. Rancang aktiviti luar pada waktu redup (pagi/lewat petang). Elakkan pendedahan haba melampau dan dehidrasi untuk cegah stres haba (heat stress) pada buah pinggang.
By:
Nor Azwani Mohd Shukri