24/04/2026
Alhamdullilah selesai sudah amanah diberikan sebagai Tenaga Pengajar untuk Kursus Asas Urutan Tradisional dalam Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 anjuran Unit Pengajian Sepanjang Hayat,kolej Komuniti Paya Besar,Kuantan.
Program berlangsung selama dua hari dimana peserta terdiri dari golongan B40,Belia dan komuniti setempat yang ingin belajar kemahiran untuk jana pendapatan sampingan baru atau sebagai kerjaya baru lepas bersara.
Majoriti peserta datang dalam keadaan zero knowledge ,alhamdullilah lepas kursus dapat sikit sebanyak dapat menguasai teknik asas urutan dan ada keyakinan untuk mulakan perkhidmatan urutan lepas ini.
Akhir sekali,terima kasih kepada Puan Norita dari Unit Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Paya Besar beri peluang kepada saya untuk berkongsi ilmu kepada peserta..Kepada peserta kursus moga ilmu yang dapat memberi manfaat untuk anda mencurah khidmat kepada masyarakat..
Selamat maju jaya..