Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang Peneraju Pemakanan Negara

🎉 KUIH RAYA CHECK! 🎉Kuih raya kegemaran anda berapa kalori? 🤔 Cuba semak kalori kuih kegemaran dulu sebelum makan. Nikma...
24/03/2026

🎉 KUIH RAYA CHECK! 🎉

Kuih raya kegemaran anda berapa kalori? 🤔 Cuba semak kalori kuih kegemaran dulu sebelum makan. Nikmati kuih raya dengan bijak, jangan lebih-lebih ya! 😅








23/03/2026

Raya memang tak lengkap tanpa aneka kek yang cantik dan sedap 😍
Dari kek mentega, brownies,sampai ke kek lapis… semuanya menggoda!

Tapi… 😱
Tahukah anda setiap potongan kek yang kita makan tu sebenarnya menyimpan kalori tersembunyi yang tinggi?

🍰 Nampak kecil, tapi:
✔ Tinggi gula
✔ Tinggi lemak
✔ Mudah terlebih makan tanpa sedar

✨ Bukan tak boleh makan, tapi kena bijak kawal:
👉 Ambil portion kecil
👉 Elak makan berulang kali
👉 Seimbangkan dengan makanan lain (buah & air kosong)

Ingat, raya setahun sekali… tapi kesihatan kita untuk selamanya 💛



23/03/2026

Raya Challenge 2026 – Day 2
🚫 STOP makan lepas 8.30 malam

Ramai orang berjaya kawal makan siang hari…
Tapi “tewas” bila masuk malam 😅

Lepas Isyak, mula mengunyah…
Kerepek, kuih raya, air manis tanpa sedar.

👉 Hakikatnya, makan lewat malam:
❌ Mudah terlebih kalori
❌ Ganggu metabolisme
❌ Cepat naik berat
❌ Tingkatkan risiko kencing manis

💡 Cabaran hari ini:
✅ Stop makan selepas 8.30 malam
✅ Kalau lapar, minum air kosong dulu
✅ Sibukkan diri (solat, kemas rumah, rehat awal)

🔥 Siapa join challenge ni, komen “DONE DAY 2”!

23/03/2026

Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupnya untuk hilangkan dahaga! Kurangkan minuman manis yang mungkin menambah pengambilan kalori tanpa sedar!

💧Raya sakan meriah, air kosong jangan lupa! 💧Manis boleh, tapi berpada-pada. Air kosong tetap pilihan utama! Cukupkan 6–...
23/03/2026

💧Raya sakan meriah, air kosong jangan lupa! 💧

Manis boleh, tapi berpada-pada. Air kosong tetap pilihan utama!
Cukupkan 6–8 gelas sehari, jom kekal sihat raya ini ✨






Raya bukan alasan untuk makan apa saja ya! Perlu beringat dan berpada-pada. Juadah sedap memang menggoda, tapi jangan lu...
22/03/2026

Raya bukan alasan untuk makan apa saja ya!

Perlu beringat dan berpada-pada. Juadah sedap memang menggoda, tapi jangan lupa kawal pengambilan kalori. Elak makan berlebihan!




20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Semoga berbahagia bersama insan tersayang..

Namun jangan lupa..terus kekal sihat:

Jaga pemakanan
Kekal aktif
Amalkan kebersihan diri dan persekitaran

Semoga Aidilfitri kali ini membawa kesejahteraan, kegembiraan dan kesihatan yang berpanjangan buat semua.

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada;

Dr Rahim bin Sulong
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Sambil kita seronok beraya dan menikmati juadah yang enak-enak, jangan lupa pesanan kami dalam pantun ini.Kuih raya mani...
20/03/2026

Sambil kita seronok beraya dan menikmati juadah yang enak-enak, jangan lupa pesanan kami dalam pantun ini.

Kuih raya manis bergula,
Ambil sedikit buat rasa,
Sayur dan buah jangan dilupa,
Barulah sihat sepanjang raya!


19/03/2026

KPI nak turun berat capai dah sebulan puasa, tapi jangan pulak korang pi balun makan 2-3 raya pertama. Nayaaa.

18/03/2026

Sepanjang Ramadan, kurangkan penggunaan kicap, sos dan perisa tambahan dalam makanan harian.

Walaupun nampak sedikit, bahan-bahan ini boleh menyumbang kepada pengambilan garam, gula dan bahan penambah rasa yang berlebihan jika digunakan terlalu kerap.

Pilih masakan yang lebih ringkas, kawal kuantiti, dan utamakan rasa asli makanan untuk hidangan yang lebih sihat semasa berbuka dan bersahur. 🌙✨

18/03/2026

🌙 TIP RAMADAN: PEMAKANAN IBU MENYUSU

Dalam Islam, terdapat rukhsah (keringanan) berpuasa di bulan Ramadan bagi ibu yang menyusukan bayi. Namun begitu, bagi ibu yang ingin dan mampu untuk terus berpuasa, tip ini khas untuk anda 🤱

Semoga ibu-ibu terus kuat menjalani ibadah puasa sambil memperbanyakkan amal ibadah yang lain ❤️

P/S: Teruskan mengepam susu secara konsisten pada waktu siang dan galakkan penyusuan terus (direct feeding) pada waktu malam. Power pumping pada waktu malam juga disarankan bagi ibu yang mengalami pengurangan penghasilan susu pada waktu siang.

Address

Jabatan Kesihatan Negeri
Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category