06/12/2025
Pembedahan plastik haram yang dikendalikan oleh warga luar semakin berleluasa di Malaysia. Mereka juga dengan beraninya mengiklankan prosedur melalui media sosial, menawarkan harga yang terlalu murah & tidak masuk akal.
Ramai tidak sedar bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap komplikasi, tahap steriliti atau penjagaan selepas pembedahan.
Penulis sendiri pernah menerima banyak kes komplikasi akibat pembedahan tidak berdaftar ini.
Salah satu pengalaman ialah apabila seorang client bertanya pelbagai soalan mendalam tentang blepharoplasty, termasuk teknik yang digunakan. Namun selepas penulis memberikan anggaran kos — yang sebenarnya lebih rendah berbanding Lembah Klang — client tersebut terus senyap.
Beberapa bulan kemudian, klinik DMMC memaklumkan seorang client hadir untuk masalah berkaitan blepharoplasty. Sebaik sahaja client masuk, penulis terkejut kerana beliau sudah menjalani pembedahan di KL, dilakukan oleh doktor asing, pada separuh harga yang penulis tawarkan.
Masalah mula timbul apabila tiada klinik di sekitar Kuantan tahu bagaimana mahu membuka benang yang digunakan. Ulang-alik ke KL p**a agak menyusahkan bagi client tersebut.
Lebih mengejutkan, teknik yang digunakan ternyata kurang sesuai & biasanya hanya dilakukan pada individu dengan tatu di kelopak mata atau mereka yang berusia lanjut. Parut yang terhasil juga tidak memuaskan — jauh berbeza daripada imej “sempurna” yang ditunjukkan di media sosial.
Masyarakat perlu tahu bahawa banyak gambar selepas pembedahan yang dimuat naik di media sosial telah melalui filter, menyebabkan hasil kelihatan lebih cantik daripada realiti sebenar.
Pesanan penulis:
Pembedahan plastik adalah prosedur perubatan. Pilihlah berdasarkan keselamatan, kelayakan & pusat yang diiktiraf — bukan semata-mata harga.
Kesihatan tidak boleh diganti. Keputusan untuk menjalani pembedahan mestilah dibuat dengan pertimbangan yang matang & bertanggungjawab.