25/04/2026
Pagi ini di klinik kami, seorang pekerja ladang kelapa sawit datang dengan wajah yang jelas menahan sakit. Dia berasal dari luar negara, dan dengan suara perlahan dia berkata, “Doktor… telinga saya sakit sangat… macam terbakar… dan ada benda bergerak di dalam…”
Beberapa hari dia menahan kesakitan itu. Malam tak boleh tidur, siang kerja pun terganggu. Bayangkan rasa berdenyut, panas, dan seperti ada sesuatu hidup di dalam telinga — itu bukan sekadar sakit biasa.
Kami terus melakukan pemeriksaan telinga.
Seekor kumbang besar berada di dalam saluran telinganya.
Bukan sahaja itu — terdapat beberapa luka dan kesan gigitan pada dinding telinga akibat pergerakan dan gigitan serangga tersebut. Setiap kali ia bergerak, itulah yang menyebabkan rasa sakit yang amat sangat.
Prosedur mengeluarkan serangga dilakukan dengan berhati-hati.
Kami tunjukkan kumbang yang sudah mati itu kepada pesakit.
Reaksinya?
Dia menarik nafas panjang… wajahnya terus berubah.
“Sudah tak sakit, doktor… rasa lega sangat…”
Kadang-kadang, masalah yang nampak “kecil” seperti sakit telinga… sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang luar biasa.
👉 Jika anda atau orang tersayang mengalami:
• Sakit telinga yang teruk
• Rasa berdenyut atau bergerak di dalam telinga
• Bunyi pelik tanpa sebab
今天早上,一名在油棕园工作的外籍劳工走进我们的诊所,脸上写满了痛苦。
他用不太流利的语气说:“医生……我的耳朵很痛……像在烧一样……而且里面好像有东西在动……”
这种折磨已经持续了好几天。晚上睡不好,白天工作也受影响。那种灼热、刺痛、再加上‘有东西在里面爬动’的感觉,让人几乎无法忍受。
我们立刻为他进行耳朵检查。
结果让人震惊——
在他的耳道里,竟然有一只体型不小的甲虫(kumbang)。
不仅如此,耳道内壁已经出现了多处伤口和被咬的痕迹。每一次它的移动,都会带来剧烈的疼痛。
我们小心翼翼地进行处理,一点一点地将这只甲虫取出。
当我们把已经死亡的甲虫拿给他看时——
他深深吸了一口气,整个人明显放松下来。
�