24/05/2022
KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia.
Tanda-tanda jangkitan monkeypox mirip cacar (smallpox) iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular.
Bagi pengembara yang baru tiba dan mengalami gejala jangkitan monkeypox, mereka dinasihatkan untuk mengikuti langkah yang dikongsikan agar:
✔️tindakan pengasingan dapat segera dilakukan;
✔️pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan.
KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1893056120887063&id=187891761403516